3 Jenis Risiko Dalam “Yield Farming”

Pelaburan dalam ekosistem DeFi boleh dianggap sebagai suatu jenis pelaburan berisiko tinggi tetapi memberikan pulangan tinggi. Namun, sebagai pelabur bijak, anda perlu mencari cara yang boleh mengurangkan risiko anda dalam dunia kripto.

Ketahui lebih lanjut 3 jenis risiko dalam ekosistem DeFi terutamanya dalam yield farming.

Decentralised finance (DeFi) adalah konsep wang yang jauh berbeza daripada sistem kewangan tradisional. Sistem ini mengutamakan ketelusan, tidak perlu melalui pihak autoriti dan  dikawal oleh kod/kontrak pintar.

DeFi semakin popular baru-baru ini disebabkan oleh perkembangan ekosistem kripto yang menawarkan pelbagai produk kewangan daripada pinjaman hinggalah kepada insurans. Antara kelebihan dalam DeFi adalah konsep yield farming yang membolehkan pengguna mendapatkan token lain melalui aset kripto yang dimiliki.

Terdapat beberapa cara yield farming boleh mengatasi pulangan yang ditawarkan di bank seperti yang disebut di bawah. Ketahui lebih lanjut tentang risiko yang ada dalam DeFi terutamanya dalam yield farming. 

Cara Semak Kadar Risiko Platform Kripto

Pertama sekali, sebelum melihat mana-mana peratusan dalam platform DeFi, anda perlu semak kadar risiko kontrak pintar untuk platform tersebut. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan laman rugdoc.io dan semak kesahihan sesuatu platform.

Nota: RugDoc hanya audit dan semak status platform untuk kod merbahaya yang boleh mengancam pelabur dari segi kontrak pintar. Mereka tidak menjanjikan kestabilan harga atas sesuatu token.

Contoh keputusan Audit platform DeFi dalam rangkaian BSC iaitu Pancakeswap Finance melalui RugDoc.

Kadar Risiko Dalam DeFi

Apabila telah berpuas hati dengan status kontrak pintar untuk sesuatu platform DeFi, pilihan yang anda boleh buat adalah:

  • Letakkan satu aset sahaja dalam platform (e.g single asset staking, deposit pinjaman)
  • Letakkan dua atau lebih aset sebagai pasangan dalam platform (e.g liquidity pool, yield farming)

Selalunya, kadar risiko akan dilihat melalui jenis aset yang diletakkan. Dalam artikel ini, semua contoh risiko akan digambarkan melalui pasangan dua aset dalam liquidity pool melalui platform PancakeSwap.

Apa yang penting untuk pelabur dalam ekosistem DeFi adalah risiko impermanent loss. Risiko ini adalah sebarang kerugian sementara untuk sesuatu aset disebabkan oleh naik turun pasangan token.

Ketahui lebih lanjut tentang impermanent loss melalui video penerangan di bawah.

Risiko Tinggi

Pool yang mempunyai 2 atau lebih aset dengan kadar naik turun yang tinggi. Sebagai contoh, kita akan lihat liquidity pool dengan pasangan token Bunny dan BNB (BUNNY-BNB). Kedua-dua token ini mempunyai kadar naik turun yang tinggi dan ya, anda berpotensi dapatkan pulangan yang tinggi.

Pool BUNNY-BNB di platform Pancakeswap. Peratusan tinggi untuk pasangan token yang lebih spekulatif.

Risiko Sederhana

Pool yang mempunyai 2 atau lebih aset dengan salah satu daripadanya stablecoin. Sebagai contoh, pasangan token BNB dan BUSD (stablecoin daripada Binance). Nilai 1 BUSD akan dipastikan bersamaan dengan 1 US Dollar oleh Binance. Ini memberikan kestabilan kepada pasangan token ini dan mengurangkan risiko kerugian lebih banyak apabila harga BNB jatuh.

Namun, ini bermakna pulangan daripada pasangan token ini lebih rendah daripada pool berisiko tinggi.

BNB yang dipasangkan bersama stablecoin, BUSD. Pulangan LP token ini lebih rendah berbanding LP token berisiko tinggi.

Risiko Rendah

Pool berisiko rendah mengandungi hanya stablecoin. Memandangkan harga stablecoin ditambat kepada US Dollar (atau matawang lain), nilai antara stablecoin dianggap sama dan tidak akan berubah. Jadi, risiko impermanent loss adalah rendah. Nisbah antara stablecoin juga tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap nilai token LP.

Namun, pulangan dengan strategi ini lebih rendah berbanding token LP lain. Risiko yang sentiasa ada dalam strategi ini adalah risiko kontrak pintar dan nilai stablecoin yang tidak lagi ditambat.

Pasangan token LP stablecoin untuk BUSD dan USDT. Risiko untuk impermanent loss adalah rendah. Pulangan merangkumi satu angka sahaja.

Strategi Menggunakan Stablecoin

Jika anda pelabur DeFi yang ingin mengurangkan risiko, pool yang memiliki stablecoin adalah cara terbaik. Terdapat pelbagai platform DEX dan DeFi di luar sana jadi kami sarankan anda gunakan platform yang besar dan dikenali ramai.

Cara paling mudah adalah dengan melihat Total Value Locked (TVL) dalam pool yang anda berminat.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan Binance Smart Chain, anda boleh cuba platform Pancakeswap.finance, Venus.io dan Ellipsis.finance.

Untuk Ethereum pula, anda boleh letakkan pasangan stablecoin di Uniswap dan dapatkan caj untuk pertukaran.

Rumusan

Cara terbaik untuk mengurangkan risiko dalam ekosistem DeFi adalah dengan memiliki stablecoin dan gunakan dalam platform decentralised apps (Dapps). Stablecoin mampu melindungi anda daripada aset lain yang lebih susah diramal dan juga mengurangkan kadar impermanent loss anda.

Namun, terdapat risiko juga untuk strategi ini di mana nilai stablecoin bergantung kepada aset yang ditambat. Sebagai contoh, jika 1 USDT tidak lagi bersamaan dengan 1 US Dollar, anda berpeluang besar untuk mengalami kerugian.

Pastikan anda buat kajian anda sendiri sebelum mula melabur dalam mana-mana projek kripto.

 

Apakah strategi yang anda guna untuk kurangkan risiko dalam ekosistem DeFi? Kongsi bersama kami di seksyen komen di bawah.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya