4 Sebab Mengapa Bitcoin Adalah Emas Zaman Moden

Bitcoin semakin kerap didengari sama ada di media sosial atau di berita semasa. Pada tahun 2020 sahaja, Bitcoin naik lebih 250%. Apa yang membuatkan Bitcoin bernilai?

Bitcoin ($BTC) adalah program yang dibina oleh Satoshi Nakamoto (nama samaran) dan dilancarkan pada tahun 2009. Bitcoin adalah matawang kripto pertama yang berjaya merekod transaksi di dalam rangkaian kukuh tanpa pusat berdasarkan rangkaian blockchain.

Seluruh Bitcoin di pasaran kini bernilai RM1 trillion.

Manakala, seluruh emas di pasaran kini bernilai RM10 trillion.

Jadi, adakah Bitcoin akan mula menggantikan emas di masa depan?

Persamaan Bitcoin Dengan Emas

Terhad dan susah untuk diperolehi

Kedua-dua emas dan Bitcoin mempunyai jumlah yang terhad. Jumlah emas di dunia ini dijangka berjumlah sebanyak 283 juta kilogram sahaja dan setiap tahun, jumlah hasil perlombongan emas adalah sebanyak 1.5 juta kilogram dan ia semakin sedikit setiap tahun.

Bitcoin pula mempunyai had jumlah sebanyak 21 juta unit. Selepas mencecah jumlah ini, tiada lagi Bitcoin dapat “dilombong”. Setiap kali Bitcoin “dilombong”, program/algoritma akan membuatkan Bitcoin seterusnya semakin susah untuk diperolehi.

Kedua-dua instrumen ini; Bitcoin dan emas, tidak boleh dicipta atau ditiru dalam makmal. Jadi, sumbernya terhad dan susah untuk diperolehi.

Fungible dan Boleh Dibahagikan

Antara konsep instrumen kewangan paling penting adalah fungibility di mana ianya mempunyai unit nilai yang sama dan konsisten. Satu gram emas mempunyai nilai yang sama dengan satu gram emas yang lain. Begitu juga dengan Ringgit Malaysia. Nilai nota RM50 sama seperti nota RM50 yang lain walaupun nota RM50 itu kotor, lama atau lusuh. Bitcoin mempunyai fungibility dan nilainya sama di setiap rangkaian walaupun dalam bentuk digital.

Bitcoin juga boleh dibahagikan kepada bahagian sama seperti emas. Pada masa dahulu, emas dileburkan dan dibahagikan dalam bentuk syiling. Kini, ia datang dalam berbagai saiz seperti 1 gram, 5 gram, 10 gram hingga ke bar 1 kilogram. Kelebihan Bitcoin adalah ia boleh dibahagikan kepada berapa banyak unit sekalipun. Maksudnya, seseorang boleh membeli 0.00000001 daripada 1 Bitcoin.

Dianggap sebagai pelaburan atau instrumen penyimpan “nilai”

Baru-baru ini, Elon Musk telah mengumumkan bahawa syarikat miliknya, Tesla Corporation akan mula menyimpan sebahagian tunai dalam bentuk Bitcoin sebagai langkah memelihara nilai syarikat.

Institusi kewangan di Malaysia sudah pun mengambil langkah tidak konvensional ini seperti pembelian syarikat pertukaran matawang digital Tokenize Sdn Bhd oleh bank broker pelaburan, Kenanga Berhad.

Sebelum Bitcoin, pelaburan dalam emas dilihat sebagai langkah mempelbagaikan aset dalam suatu syarikat. Emas dianggap sebagai “kalis inflasi” dan sebab yang sama juga digunakan untuk pelaburan ke atas Bitcoin.

Harga emas dalam USD dari tahun 2007 hingga kini.
Kredit: TradingView

Tahan lasak

Selagi ada internet, selagi itulah bitcoin ada. Bitcoin “disimpan” dalam rangkaian berasaskan blockchain dan kewujudannya disahkan oleh rangkaian lain. Jadi, secara teknikal, Bitcoin anda  disimpan” Bitcoin di dalam cloud dan penyimpanan ini disahkan oleh komputer lain. Maksudnya, selagi rangkaian antara komputer wujud (iaitu internet), Bitcoin akan kekal wujud.

Emas juga digunakan kerana ianya tidak karat dan tidak reaktif bersama logam lain atau dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, apabila makam Tutankhamun ditemui di Mesir, kerandanya yang diperbuat daripada emas masih terpelihara dan kekal dalam keadaan asalnya walaupun selepas lebih 3,000 tahun.

Bitcoin dan Emas Tidak Mempunyai Nilai Intrinsik

Kritik Bitcoin selalu menghebohkan bahawa ia tidak mempunyai nilai intrinsik dan sebenarnya, majoriti peminat Bitcoin setuju dengan kenyataan kritik ini.

Apa itu nilai intrinsik?

Nilai intrinsik, atau intrinsic value, adalah nilai objektif berapa harga sesuatu barangan/syarikat/instrumen. 

Jadi, adakah ini bermaksud Bitcoin tidak bernilai? Ya, dan tidak. Nilai sesuatu benda, contohnya, jika dilihat daripada segi saham syarikat adalah berdasarkan aset, liabiliti, keupayaan ia menjana pendapatan dan jenama. Jika kita menilai sesuatu yang subjektif seperti Bitcoin atau emas, ianya berdasarkan perspektif manusia secara kolektif yang bermaksud kita yang meletakkan harga dan nilai terhadap instrumen kewangan ini.

 

Emas tidak mempunyai kegunaan pada masa lampau tetapi ia masih dianggap mempunyai nilai. Sekarang, ia digunakan dalam elektronik, semikonduktor serta barang kemas. Namun, kita masih melihat ia sebagai instrumen untuk menyimpan nilai (i.e melawan inflasi, matawang kedua).

Sudah tentu emas tidak mampu “membuat” wang setiap hari/bulan/tahun dengan menjana lebih banyak emas atau barang keperluan lain tetapi itulah yang menjadikan ianya menarik sama seperti Bitcoin. Jumlahnya yang terhad dan perspektif masyarakat terhadap emas dan Bitcoin adalah sebab utama kenapa kedua-dua instrumen ini bernilai.

Rumusan

Bitcoin boleh dianggap sebagai emas digital kerana ciri-cirinya yang lebih kurang sama dengan emas. Bitcoin terhad, susah diperolehi, fungible, boleh dibahagikan, instrumen “kalis inflasi” dan tahan lasak. Sama ada Bitcoin akan lebih diterima masyarakat, hanya masa yang akan menentukan nasibnya. Manusia sudah pun mempunyai konsep matawang melalui kulit siput, tembaga atau gading sebelum nota kertas yang lebih sistematik digunapakai.

Emas pernah digunakan sebagai matawang dan masih digunakan sekarang. Tidak mustahil untuk mengatakan bahawa matawang masa depan adalah digital dan jika ya, Bitcoin adalah contoh terbaik untuk sistem matawang masa depan.

Di Malaysia, pemilikan Bitcoin boleh dibuat melalui aplikasi Luno yang telahpun disahkan oleh Bank Negara Malaysia. Klik di sini untuk daftar dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25. 

Jika anda ingin menggunakan platform luar negara untuk membeli Bitcoin, anda boleh berbuat demikian di platform Binance

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya