6 Tips Buat Kajian Sendiri Sebelum Beli Kripto

DYOR, atau Do Your Own Research. Dalam ekosistem kripto, anda perlu buat kajian anda sendiri kerana terlalu banyak maklumat akan “disuap” kepada anda sama ada melalui rakan-rakan atau iklan media sosial.

Ketahui lebih lanjut 6 cara untuk buat kajian anda sendiri sebelum mula melabur ke dalam apa-apa aset kripto.

Pernahkah rakan anda shill (bermaksud promote) token atau matawang kripto baru yang akan “mengubah dunia” atau “menjanjikan pulangan berganda”? Mungkin ya. Tetapi anda tahu anda perlu buat kajian anda sendiri. Bagaimana?

Ketahui bagaimanakah cara untuk buat kajian anda sendiri sebelum membuat keputusan beli aset kripto.

#1. Cari dan Tapis Maklumat

Apabila anda dengar atau baca tentang token kripto baru, sudah tentu anda akan bersemangat untuk terus mula meletakkan wang anda. Tunggu dahulu. Pertama sekali, pastikan anda guna laman pencarian kripto seperti Coinmarketcap atau Coingecko untuk semak profil matawang kripto tersebut.

Apa yang anda boleh lakukan untuk semak sesuatu projek kripto adalah:

  • Semak laman web dan media sosial
    • Terdapat pelbagai jenis projek kripto di luar sana yang akan mempromosikan diri sebagai projek “masa depan” dengan terma-terma tidak masuk akal untuk menarik pelabur seperti “web 4.0” atau “to the moon“. Selain itu, perhatikan cara komunikasi mereka dan elakkan projek yang tidak jelas dalam penyampaian pelan mereka.

  • Baca whitepaper dan pelan pembangunan

“Whitepaper adalah dokumen yang mengandungi maklumat terhadap sesuatu produk, solusi atau servis yang ditawarkan oleh sesuatu organisasi”

    • Anda disarankan untuk baca dan hadamkan whitepaper untuk sesuatu projek. Anda boleh semak dokumen mengikut pilihan matawang kripto anda di sini.
    • Dari maklumat ini, anda boleh membuat keputusan sama ada token ini mempunyai nilai tersendiri atau dibuat untuk menyelesaikan apa-apa masalah dalam ekosistem kripto.
  • Semak Blockchain Explorer
    • Anda boleh anggap blockchain explorer sebagai sebuah alat di internet untuk meneroka sesebuah rangkaian tak kira siapa dan apa aktiviti yang telah dibuat.
    • Dalam kata mudah, katakanlah anda mempunyai nota RM50. Anda boleh masukkan nombor siri untuk nota RM50 dan jejaki ke mana nota ini telah pergi sepanjang hayatnya.
    • Contoh blockchain explorer; bscscan.com (Binance Smart Chain), etherscan.io (Ethereum), polygonscan.com (Polygon).

#2. Sesuaikan Dengan Profil Risiko Anda

Malu bertanya, sesat jalan. Pastikan anda mempunyai senarai komprehensif dalam menyaring jenis matawang kripto berpotensi mengikut pandangan anda.

Senaraikan soalan relevan tentang pelaburan kripto contohnya seperti:

  • Apakah masalah yang cuba diselesaikan matawang kripto ini?
  • Bagaimanakah pengurusan pasukan untuk pembangunan matawang kripto ini? Adakah mereka dibiayai oleh pelabur luar?
  • Siapakah pesaing terdekat mereka dan sebesar manakah sasaran pasaran mereka?
  • Apakah produk yang telah pun ditawarkan di pasaran?
  • Bagaimanakah nilai atau harga dijana daripada pemegang token ini? Apa mekanisme penggunaannya?
  • Apakah masalah terbesar dalam penggunaan matawang kripto tersebut?

#3. Bina Model/Rangka Pelaburan Yang Mudah

Setiap orang mempunyai profil risiko yang berbeza. Ini bermakna setiap orang mempunyai reaksi berbeza apabila dalam kerugian atau keuntungan.

Tetapi, apa yang tidak berubah adalah falsafah pelaburan. Ini adalah rangka untuk anda buat keputusan. Sebagai contoh;

  • Metcalfe’s Law menyatakan bahawa nilai sesuatu rangkaian bersamaan dengan gandaan jumlah pengguna dalam sistem (n2). Anda boleh bandingkan dengan jumlah nilai keseluruhan sesuatu aset dan jumlah pengguna.

  • Anda juga boleh lihat perkembangan 10 hingga 20 senarai projek terbesar dalam kripto dan lihat prestasi dalam tempoh masa tertentu. Walaupun prestasi lampau tidak menunjukkan apa-apa, anda boleh gunakan prestasi ini sebagai kayu ukur di tahap rugi/untung yang anda mampu terima.
  • Semak di mana majoriti matawang tersebut diletakkan. Adakah pemilik matawang kripto tersebut sekadar HODL atau stake di platform lain? Anda boleh semak menggunakan blockchain explorer.

#4. Pelbagaikan Portfolio Anda

Dalam dunia aset kripto, bagaimanakah anda anggap sesuatu sebagai “selamat” atau “spekulatif”? Untuk pelabur baru yang berminat dengan kripto, ianya lebih baik jika anda pegang beberapa aset sekaligus termasuklah Ethereum dan Bitcoin.

Sebagai contoh, anda boleh letakkan 50-70% portfolio anda dalam aset utama dan yang lain dalam aset lebih spekulatif. Terdapat pelbagai jenis matawang dan token kripto seperti:

  • Utama: Bitcoin, Ethereum
  • Kontrak pintar: Ethereum, Polkadot, ALGO, Solana
  • Side chain: Polygon, Avalanche, Fantom
  • Privasi: Monero, Zcash
  • Perbankan: Stellar, Ripple
  • NFT: Tezos, Audius, Axie Infinity Shard
  • Spekulatif: NANO, Cardano

Bahagikan mengikut profil risiko anda dan kini, anda juga boleh kurangkan pendedahan anda terhadap naik turun aset kripto melalui stablecoin seperti USDC, USDT, DAI dan lain-lain.

#5. Ketahui Apa Yang Anda Mahir

Warren Buffet pernah memberi nasihat tentang pelaburan iaitu “sentiasa tahu tentang apa yang anda tahu dan jauhkan diri daripada apa yang anda tidak tahu”. Sama juga dengan matawang kripto. Jika anda tidak masih tidak faham tentang konsep blockchain, anda tidak sepatutnya melabur dalam mana-mana aset kripto.

Walaupun anda mempelbagaikan aset anda, ini tidak bermakna anda tidak patut tahu tentang kegunaan, kelebihan dan kelemahan aset kripto yang anda pilih. Guna teknik ini untuk membantu anda.

Jika anda hanya boleh memiliki 5 aset kripto sahaja sepanjang hayat anda, apakah yang akan anda akan pilih?

#6. Ambil Tahu Tentang Teknologi/Pasaran Baru

Baca setiap hari tentang berita pasaran dan jangan fokus akan harga naik turun. Aset kripto mempunyai kadar perubahan harga yang jauh berbeza berbanding kelas aset lain.

Fokus terhadap apa perkembangan yang terjadi, kawalan kerajaan dan jenis godaman yang menyerang platform kripto. Anda boleh dapatkan berita kripto contohnya seperti di:

  • Rekt – Serangan godaman terbaru dalam kripto
  • Coingecko – Platform carian aset kripto
  • Finematics – Tutorial, Sumber pembelajaran

Rumusan

Matawang kripto merupakan topik yang agak berat kerana terdapat pelbagai konsep yang perlu dipelajari dahulu seperti ekonomi, sistem matawang dan blockchain.

John Oliver dalam rancangan Last Week Tonight pernah berkata,

“Bitcoin adalah semua yang anda tidak faham terhadap wang + semua yang anda tidak faham tentang komputer”.

Sedikit sebanyak apa yang dikatakan ini betul untuk orang ramai dan ini membuatkan pihak awam menganggap melabur dalam aset kripto adalah suatu bentuk perjudian. Sebenarnya, prinsip yang ingin dibawa komuniti kripto adalah platform yang lebih telus, adil dan melibatkan semua orang.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya