Apa Itu Bitcoin Cash?

Bitcoin Cash adalah matawang kripto ke-9 paling bernilai di dunia dengan jumlah USD25 billion.

Apakah sebenarnya Bitcoin Cash ($BCH) dan apa beza dengan Bitcoin ($BTC)?

Bitcoin Cash ($BCH) adalah hasil daripada perbezaan pendapat antara komuniti Bitcoin dan tercipta melalui hard fork daripada protokol Bitcoin asal. Ini bermakna rangkaian yang digunapakai Bitcoin Cash berbeza berbanding Bitcoin asal.

Fork: Versi alternatif untuk sesuatu matawang kripto

Apabila hard fork terjadi, token atau matawang kripto akan tercipta berdasarkan protokol lama tetapi dengan pembaharuan. Kredit: Investopedia.

Apakah yang menyebabkan hard fork terjadi dan apakah kelebihan Bitcoin Cash?

Sejarah Bitcoin Cash

Sejarah Bitcoin Cash bermula pada tahun 2017 ketika Crypto Boom di mana matawang kripto mula mendapat perhatian dunia.

Bitcoin semakin popular di kalangan pelabur dan secara langsung, rangkaian yang digunakan Bitcoin semakin sesak. Jadi, untuk menghantar Bitcoin mengambil masa yang lebih lama daripada biasa.

Ada laporan daripada pengguna Bitcoin pada bulan Mei 2017 yang mengatakan penghantaran Bitcoin mengambil masa selama 4 hari untuk diluluskan.

Ini bercanggah dengan ideologi Bitcoin yang dicanangkan sebagai matawang masa hadapan.

Apa gunanya matawang digital antarabangsa jika ia mengambil masa berjam-jam untuk dihantar kepada penerima lain?

Masalah Rangkaian Blockchain Bitcoin

Setiap transaksi Bitcoin dikumpulkan dalam bentuk blok. Blok ini akan direkodkan dalam ledger kekal dalam rangkaian Bitcoin.

Secara purata, setiap blok akan ditambah ke dalam rangkaian setiap 10 minit.

Untuk Bitcoin asal, saiz maksimum untuk blok adalah 1MB.

Contoh blok dalam blockchain. 1 blok rangkaian Bitcoin mempunyai saiz maksimum 1MB.

Dalam kata yang mudah, rangkaian Bitcoin membolehkan 3 hingga 7 transaksi dibuat setiap saat (bergantung kepada saiz transaksi). Bandingkan dengan Visa dan Mastercard yang boleh memproses sebanyak 1,700 transaksi setiap saat.

Jadi, masalah utama rangkaian Bitcoin adalah apabila populariti Bitcoin meningkat dan ramai yang ingin menghantar dan menerima Bitcoin, rangkaian tidak dapat menampung permintaan yang banyak.

Proses penghantaran akan “tersangkut” dan akan mengambil masa yang lama.

Proses penghantaran juga semakin mahal jika anda ingin “memotong” queue dengan membayar lebih banyak caj transaksi.

Jadi, bermulalah idea untuk “penambahbaikan” Bitcoin oleh kumpulan tertentu.

Peningkatan Saiz Blok Sebagai Jalan Penyelesaian

Kelompok yang terdiri daripada pelombong besar, BitMain dan disokong oleh pelabur awal Bitcoin seperti Roger Ver mempunyai idea baru untuk menyelesaikan masalah rangkaian sesak Bitcoin.

Ideologi mereka berkait rapat dengan idea awal Satoshi Nakomoto, pencipta Bitcoin, yang inginkan Bitcoin menjadi sebuah instrumen penghantaran dan pembayaran global.

Jika ia tidak dapat digunakan secara meluas, orang ramai akan melihat Bitcoin lebih kepada emas digital atau penyimpan nilai.

Cara penyelesaian mereka adalah dengan meningkatkan saiz blok daripada 1MB kepada 8MB.

Idea ini membahagikan penyokong Bitcoin kepada “mazhab” masing-masing;

  • Big Blockers” – yang ingin meningkatkan saiz blok Bitcoin
  • Small Blockers” – yang ingin mengoptimumkan saiz transaksi Bitcoin dan mengekalkan saiz blok sedia ada

Big Blockers” kemudiannya terpisah daripada protokol asal Bitcoin dan menjadi matawang kripto baru berasaskan prinsip Bitcoin tetapi dengan penambahan saiz blok pada bulan Ogos 2017.

Maka, lahirlah Bitcoin Cash.

Perbezaan Bitcoin Cash dan Bitcoin

Bitcoin Cash dan Bitcoin asal sebenarnya lebih kurang sama dengan beberapa perubahan seperti:

  • Bitcoin Cash mempunyai saiz blok yang lebih besar iaitu 8MB (update terbaru meningkatkan saiz kepada 32MB) berbanding Bitcoin iaitu 1MB
  • Bitcoin Cash kurang popular berbanding Bitcoin dan jarang menerima blok transaksi melebihi 1MB
  • Bitcoin Cash mempunyai mekanisme perlombongan yang berbeza berbanding Bitcoin
  • Bitcoin Cash menyokong fungsi smart contract yang tidak boleh digunakan untuk Bitcoin
  • Sistem transaksi Bitcoin Cash yang lebih pantas dan murah berbanding Bitcoin

Rumusan

Perbezaan sebenar Bitcoin Cash dan Bitcoin lahir daripada perbezaan pendapat mengenai saiz blok dalam rangkaian Bitcoin.

Contohnya;

Jika jalanraya sesak, cara penyelesaian “hard blockers” melalui Bitcoin Cash adalah dengan menambah lebih banyak jalan.

Cara penyelesaian “soft blockers“, yang menyokong saiz blok asal Bitcoin, adalah dengan menggalakkan penggunaan kenderaan awam dan berkongsi kereta.

Antara sistem yang ditambah baik dalam Bitcoin asal adalah Segregated Witness dan Lightning Network.

Bitcoin Cash pula melalui hard fork sekali lagi dengan Bitcoin Satoshi’s Vision ($BSV) dengan penambahan saiz blok kepada 120 MB dalam matawang kripto BSV.

Perpecahan kepada kumpulan Bitcoin yang berbeza ini lebih bersifat ideologi dan penambahbaikan yang dibuat menyokong ideologi masing-masing dalam penggunaan Bitcoin.

Perubahan dari segi pengurusan blok juga telah dibuat untuk membuatkan Bitcoin asal lebih efisien. Kini, saiz purata setiap blok Bitcoin hampir mencecah 2MB pada tahun 2021.

Pada 5 Mei 2021, pelabur matawang kripto di Malaysia telah dibenarkan memiliki Bitcoin Cash secara sah di aplikasi Luno.

Apakah pendapat anda tentang Bitcoin Cash? Adakah anda penyokong Bitcoin asal atau Bitcoin Cash?

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto yang sah di Luno dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya