Apa Itu “Centralized Exchange” (CEX)?

Bank, pasaran saham, platform pertukaran kripto/matawang. Kebanyakan perkara yang kita kenal tentang kewangan bersifat centralized dan dikenali sebagai “centralized exchange“, atau CEX.

Ketahui lebih lanjut tentang CEX dan bagaimana CEX mendominasi landskap kewangan yang kita kenal sekarang ini.

Sebelum matawang kripto mula terkenal, institusi dan platform kewangan semuanya mempunyai ciri yang sama iaitu mempunyai kuasa pusat (“centralized“). Ini merupakan satu-satunya cara untuk menjalankan operasi kewangan dan daripada sini, lahirnya bank. Jadi, selepas kita mempunyai pasaran matawang kripto, inovasi seterusnya dalam CEX adalah memberi pelanggan cara memindahkan/menukar matawang kripto dengan lebih mudah dan pantas.

Swapping adalah proses tukar daripada satu matawang kripto kepada matawang kripto yang diingini”

Centralized crypto exchange (CEX), atau pusat pertukaran matawang kripto berpusat berfungsi menggunakan cara tradisional. Asasnya, anda letakkan wang anda sama ada fiat (RM, USD) atau matawang kripto kepada platform pertukaran yang akan membantu anda.

Ini bermakna anda memberi keizinan kepada platform berpusat ini untuk melakukan transaksi bagi pihak anda dalam rangkaian blockchain. Untuk pengguna pula, platform CEX membenarkan anda pindah, jual, beli dana milik mereka tetapi sebenarnya dalam blockchain, dana ini dipegang oleh platform tersebut.

Apa Itu “Centralised Exchange (CEX)”?

Centralized exchange” adalah platform berpusat yang mengendalikan jual beli, pertukaran atau pemindahan matawang kripto bagi pihak pengguna di dalam blockchain dengan beroperasi sebagai penjaga dana pengguna”

Bagaimana untuk tahu sama ada platform tersebut pusat atau tidak? Anda boleh semak melalui kata kunci peribadi untuk dompet kripto anda. Jika mereka membenarkan anda untuk dapatkan dompet kripto anda sendiri, maka platform tersebut bukannya CEXJika kata kunci peribadi anda tidak diberikan, dompet anda dimiliki oleh platform tersebut dan dianggap sebagai “dompet penjaga” atau custodian wallet.

CEX mempunyai kelebihan tersendiri. Berbanding sistem blockchain, CEX dapat menjalankan apa-apa transaksi dengan lebih pantas. Untuk pihak pengguna pula, reka bentuk aplikasi CEX lebih mesra pengguna dan tidak terlalu kompleks berbanding platform decentralized.

Kos untuk semua kemudahan yang ditawarkan ini adalah anda melepaskan kawalan terhadap dana anda. Jika sesuatu berlaku terhadap platform tersebut, anda terpaksa menanggung risiko tersebut. Contoh perkara yang boleh berlaku seperti godaman, dana dicuri oleh platform itu sendiri dan kehilangan kata kunci. Kecuaian manusia boleh berlaku dalam operasi CEX dan pernah berlaku sebelum ini.

Contoh yang paling terkenal adalah godaman terhadap platform Mt Gox di mana hampir 850,000 Bitcoin telah dicuri. Nilai ini mencecah USD450 juta ketika itu.

Antara contoh CEX yang terkenal dan paling kerap digunakan adalah Luno, Coinbase dan Binance.

CEX paling tinggi nilai transaksi dalam masa 24 jam berdasarkan data daripada laman Coinmarketcap. Kredit: coinmarketcap.com

Contoh “Centralised Exchange” Dalam Dunia Kripto

Luno

Pejabat induk Luno terletak di United Kingdom dan beroperasi di negara seperti Malaysia dan Australia.

Coinbase

Coinbase adalah antara CEX untuk kripto terbesar di dunia. Mereka beroperasi daripada Amerika Syarikat dan platform ini ditawarkan kepada hampir 100 negara.

Binance

Binance adalah CEX untuk kripto yang terbesar di dunia dengan transaksi harian berjumlah USD1 trillion. Mereka asalnya beroperasi daripada China tetapi telah berpindah ke Cayman Islands disebabkan oleh kekangan terhadap industri kripto di China.

Apa Akan Jadi Apabila CEX Terlalu Berpengaruh?

CEX merupakan platform berguna untuk pengguna kripto dan penjual beli tetapi prinsip ini tidak mengikut idea asal adanya matawang kripto. Bayangkan senario yang akan jadi apabila CEX ini dikawal oleh kerajaan, atau lebih teruk, kumpulan orang-orang kaya dan berpengaruh yang boleh meminda apa-apa polisi kewangan dalam matawang kripto melalui CEX.

Dengan kontrak pintar, suatu jenis platform cuba untuk mengembalikan prinsip matawang kripto yang lebih ke arah decentralization. Dengan sistem ini, platform dapat dibentuk supaya memiliki ciri:

  • Tidak berpusat
  • Tidak perlu “meyakinkan” mana-mana pihak
  • Terbuka untuk semua orang

Jenis platform ini dipanggil “decentralised exchanges” ataupun DEX.

Rumusan

  • Centralised exchange (CEX) adalah platform yang mempunyai kuasa pusat yang mengendalikan transaksi matawang kripto seperti jual beli, pertukaran dan pemindahan bagi pihak pengguna dengan beroperasi sebagai “penjaga dana”.
  • Dompet kripto dalam CEX adalah custodian wallet yang dikendalikan oleh pihak ketiga yang mempunyai akses terhadap dompet ini.
  • Swapping adalah proses pertukaran daripada suatu matawang kripto kepada matawang kripto yang dikehendaki.

 

Pernahkah anda menggunakan servis daripada CEX seperti Binance, Luno atau Coinbase? Kongsi pendapat anda bersama kami.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya