Apa Itu “Decentralized Exchange (DEX)”?

Decentralized exchange semakin popular saban hari dalam ekosistem kripto dengan jumlah nilai pertukaran mencecah hampir USD7 billion setiap hari.

Apa sebenarnya decentralized exchange, atau nama singkatnya DEX, dan bagaimanakah ia mampu mengukuhkan infrastruktur matawang kripto?

Sejak pengenalan sistem kewangan baru iaitu “decentralized finance“, permintaan untuk token baru semakin meningkat. Jadi, pusat atau platform pertukaran semakin bercambah dengan pesar untuk menawarkan servis yang lebih efisien untuk pengguna.

Dahulunya, centralized exchanges seperti Binance, Luno adalah cara utama untuk bertukar token/matawang kripto. Kini, dengan adanya kontrak pintar, para developer dan programmer mampu membina ekosistem yang membolehkan pengguna matawang kripto untuk bertukar matawang kripto tanpa melalui syarikat. Cara ini adalah cara tidak berpusat ataupun decentralized yang memberi makna kepada decentralized exchanges (DEX).

Apa Itu DEX?

Decentralized exchange menawarkan servis yang sama dengan apa yang ditawarkan centralized exchange tetapi dengan cara yang lebih teknikal. Semua servis yang digunakan dalam platform decentralized akan dilakukan dalam blockchain menggunakan kontrak pintar. Pengguna mempunyai hak milik mutlak terhadap dana mereka tidak seperti centralized exchange yang akan melakukan transaksi bagi pihak anda.

“DEX adalah platform pertukaran yang tidak mempunyai entiti pusat dan berfungsi untuk membolehkan jual beli, pertukaran dan transaksi matawang kripto tanpa mengorbankan hak milik pengguna melalui kontrak pintar”

Jenis-jenis DEX

Tetapi dengan blockchain, masalah utama adalah masa yang diambil untuk transaksi dilakukan lebih lambat berbanding menggunakan bank atau centralized exchange. Dengan pasaran matawang kripto yang naik turun dengan mendadak, DEX kurang digemari para trader yang ingin mengambil peluang dalam masa singkat.

Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat dua jenis pembangunan DEX dalam DeFi:

Automated Market Maker (AMM)

AMM adalah jenis DEX paling terkenal untuk pengguna ruangan Defi. DEX tidak mempunyai order book dan entiti pusat untuk menghubungkan antara pembeli dan penjual. Jadi, apa penyelesaiannya? Liquidity pools.

AMM dibina menggunakan kontrak pintar yang memegang 2 token berbeza yang dipanggil liquidity pools. Pengguna akan menggunakan liquidity pools ini untuk tukar antara token dan bayar caj transaksi. Sesiapa sahaja boleh meletakkan token mereka dalam liquidity pools ini. Anda akan menerima token liquidity pool (LP) sebagai bukti bahagian anda dalam liquidity pool. Anda juga akan menerima ganjaran dari segi caj transaksi apabila berlakunya pertukaran antara dua token tersebut.

Sesetengah DEX akan memberi ganjaran kepada pemilik token LP dengan token mereka sendiri sebagai insentif untuk meletakkan aset anda dan juga untuk memastikan adanya kecairan dalam sesuatu aset. Konsep ini masih baru dan dikenali sebagai yield farming.

Bagaimanakah DEX diselenggara dan ditambahbaik? Dalam ekosistem kripto yang menggunakan konsep decentralised, projek ini dikemaskini melalui decentralised asset organisation, ataupun DAO. Sesiapa yang memiliki governance token untuk DAO dapat mengundi untuk penambahbaikan platform ini.

Antara contoh DEX yang beroperasi menggunakan rangkaian Binance Smart Chain (BSC), Pancakeswap.

DEX menggunakan konsep AMM yang paling popular kini adalah Uniswap, Pancakeswap dan Sushiswap. Walaupun secara asasnya, mereka menawarkan servis yang sama, setiap DEX ini memiliki strategi berbeza dalam pembahagian token mereka dengan APY dan APR tersendiri.

Sebagai contoh, Pancakeswap membolehkan pemilik token LP untuk mendapatkan pulangan melalui staking dengan APR daripada 10% hingga 200%.

Contoh pulangan dalam bentuk token CAKE menggunakan Pancakeswap.

Namun, anda juga perlu arif akan risiko yang ada dalam staking iaitu impermanent loss, rugpulls atau kehilangan nilai token ganjaran.

Uniswap yang menggunakan konsep AMM adalah platform DEX paling popular dalam rangkaian Ethereum berbanding DEX lain.

Decentralized Order Book

Order book adalah senarai harga tawaran jual beli untuk sesebuah aset. Ini membolehkan pengguna pilih harga yang hendak dijual atau dibeli mengikut kesesuaian masing-masing atau sasaran harga.

Terdapat dua cara di mana blockchain boleh digunakan iaitu:

  • Dalam rangkaian (On chain)

On-chain order book adalah di mana setiap maklumat order book (harga tawaran, penyenaraian harga, pengesahan harga, pengesahan transaksi) dilakukan dalam sesebuah rangkaian.

Ini bermaksud pengguna perlu memastikan semua aktiviti perlu direkod dalam blockchain sebagai bukti.

Namun, cara ini kurang praktikal dan memakan masa kerana setiap pengesahan perlu dibuat sendiri. Caj juga lebih mahal kerana pengguna perlu membayar caj tinggi kepada pelombong untuk setiap aktiviti.

  • Luar rangkaian (Off-chain)

Off chain order book adalah di mana setiap aktiviti order book dilakukan luar daripada rangkaian blockchain tetapi pertukaran disahkan dalam rangkaian.

Contoh terbaik adalah protokol 0x untuk token dalam ERC-20. Protokol ini menawarkan rangka yang dikenali sebagai relayer kepada developer. Dengan ini, order book boleh diuruskan luar daripada rangkaian.

Relayer akan menghubungkan antara penjual dan pembeli di luar rangkaian dan setelah dihubungkan, transaksi akan dibuat dalam blockchain.

Uniswap adalah DEX terbesar dengan mendominasi hampir 20% jumlah transaksi dalam DEX.

Rumusan

Konsep DEX masih baru dalam ekosistem kewangan moden dan memerlukan masa untuk diterima ramai. Pengguna perlu memahami konsep blockchain terlebih dahulu kerana laman depan dan cara penggunaan DEX ini agak kompleks. Ini mungkin sebab utama mengapa pihak am masih menganggap matawang kripto sebagai pelaburan alternatif.

Jumlah pengguna Defi dalam rangkaian Ethereum sejak tahun 2018 menunjukkan perkembangan positif. Kredit: Dune Analytics

Ekosistem Defi sedang berkembang dengan pesat setiap hari disebabkan oleh potensi pulangan yang tinggi melalui yield farming dan juga disebabkan kemudahan yang berlainan dengan CEX.

Nota Penting

  • Decentralized exchanges (DEX) adalah platform pertukaran tanpa entiti pusat yang membolehkan transaksi jual beli dan pertukaran token dibuat tanpa mengorbankan pemilikan dana pengguna menggunakan kontrak pintar.
  • Yield Farming adalah aktiviti meletakkan kecairan dalam bentuk aset kripto kepada platform DEX dengan insentif dalam bentuk caj transaksi dan token platform tersebut.

Pernahkah anda menggunakan DEX untuk aset kripto anda? Kongsi bersama kami pengalaman anda di seksyen komen di bawah.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya