Apa Itu Dogecoin?

Kisah bagaimana meme ada harga. Dogecoin adalah matawang kripto ke-14 paling “bernilai” dalam pasaran dengan jumlah nilai sebanyak USD 6.7 billion. Adakah ia akan menjadi mata wang rasmi dunia pada tahun 2080 nanti?

Sumber: TradingView

Apa itu Dogecoin?

Mungkin ini pertama kali dengar tentang Dogecoin atau pun pernah terdengar di media sosial melalui ciapan Elon Musk. Dogecoin adalah suatu jenis altcoin yang dicipta pada tahun 2014 oleh Jackson Palmer. Sebelum itu, kita perlu ketahui apa itu altcoin.

Altcoin: “Alternative Coin”

Altcoin adalah mata wang kripto yang dibina berasaskan prinsip Bitcoin iaitu;

  • Tidak dikawal oleh sesiapa
  • 100% digital
  • Jumlah yang terhad
  • Tidak terbatas oleh undang-undang
  • Menggunakan teknologi Blockchain

Hampir semua orang boleh mencipta altcoin mereka sendiri dan kini, terdapat beribu-ribu jenis altcoin seperti Ethereum, Ripple, Polkadot dan lain-lain dalam dunia digital. Semua altcoin menjanjikan “keistimewaan” dan “kegunaan” tersendiri berbanding Bitcoin dan ini memberikan sebab kepada pasaran untuk mengapa altcoin mempunyai nilai.

Altcoin adalah matawang kripto bukan Bitcoin seperti Ethereum, Ripple, Polkadot, Megacoin dan lain-lain lagi.

Pasaran matawang kripto dipenuhi dengan pembeli yang ingin memiliki “the next Bitcoin“. Sama seperti pasaran saham, ia dipenuhi dengan keadaan yang boleh mendedahkan pembeli dengan penipuan, helah dan spekulasi. Cuma bezanya adalah ia tidak dikawal oleh mana-mana badan kerajaan dan 100% bergantung kepada sentimen pasaran.

Di sebalik semua kegunaan “praktikal” yang ditawarkan oleh altcoin yang berbeza ini, Dogecoin pula tidak menawarkan apa-apa melainkan hanya sebagai meme, yang boleh didefinisikan sebagai;

idea, kelakuan, cara yang tersebar dengan pantas dan dengan pesat daripada satu minda ke minda lain melalui bentuk percakapan, kelakuan atau media.

Sejarah Dogecoin

Berasaskan meme “Doge” yang popular pada hujung tahun 2013, ianya dibina pada tahun 2014 oleh Jackson Palmer, seorang rakyat Australia yang bekerja di Adobe, sebagai suatu bentuk satira atas populariti dan lambakan matawang kripto di pasaran.

“Lawak” ini kekal popular di internet dan mendapat perhatian lebih dari yang disangkai. Jadi, Jackson Palmer bekerjasama dengan Billy Marcus, jurutera dari IBM, untuk mendaftarkan Dogecoin dan memberikan ia logo dan program yang digunakan sekarang.

Logo “rasmi” Dogecoin yang digunakan sekarang

Apa yang menarik pembeli kepada Dogecoin adalah ia tidak diambil serius. Disebabkan ia dimula sebagai “lawak” terhadap mata wang kripto, ia bukan dimiliki kerana “potensi kegunaan di masa depan” atau sama ada ia akan “setaraf dengan Bitcoin”.

Juga disebabkan ia tidak diambil serius, orang ramai melihat Dogecoin sebagai suatu bentuk mata wang kripto yang lebih mesra pasaran di dalam dunia mata wang kripto yang penuh dengan terma teknikal.

Will Rogers, pelakon dan penulis komedi Amerika Syarikat yang bertanding untuk Presiden tahun 1928

Will Rogers: Contoh “Dogecoin” 1928

Will Rogers adalah pelakon dan penulis komedi yang popular pada tahun 1920an. Dia percaya bahawa aktiviti kempen sebagai suatu bentuk pembaziran. Jadi, slogan beliau untuk kempen pencalonan presiden Amerika 1928 adalah, “Undi saya dan saya akan letak jawatan”.

Ketika hari mengundi, beliau mengisytiharkan yang beliau telah menang dan letak jawatan. Walaupun sebenarnya beliau tidak menang dalam kempen sebagai presiden, beliau mempunyai penyokong sendiri daripada kalangan anti-politik.

Dogecoin Bukan Untuk Diambil Serius

Dogecoin membawa falsafah yang sama dengan falsafah Will Rogers terhadap politik. Ianya bukan untuk diambil serius.

Dogecoin dibincang dalam bentuk jenaka dan ia mempunyai komuniti yang besar di Internet dari forum Reddit (1.5 juta orang) hinggalah kepada bilionair terkenal, Elon Musk.

Elon Musk dalam menjawab soalan sama ada Dogecoin akan menjadi “matawang rasmi” planet Marikh:

Pandangan Elon Musk mengenai “Doge Standard” vs Sistem Kewangan Dunia:

Jawapan Elon Musk apabila ditanya mengenai Bitcoin:

Elon Musk selepas kenaikan mendadak Dogecoin baru-baru ini:

Dallas Mavericks Mula Menerima Dogecoin Sebagai Bayaran

Mark Cuban, billionair USA, mengumumkan bahawa kelab bola keranjang miliknya akan menjadi syarikat pertama di dunia yang akan menerima Dogecoin sebagai bayaran.

Peminat kelab Dallas Mavericks, yang bermain di NBA, boleh menggunakan Dogecoin untuk membeli tiket perlawanan dan barangan kelab itu melalui BitPay, syarikat pengurusan pembayaran matawang kripto terbesar di dunia.

Sebab utama beliau mengambil keputusan untuk menerima Dogecoin adalah kerana “beliau boleh”.

Kadang-kadang, dalam bisnes, anda perlu buat sesuatu yang seronok, interaktif dan dengan harapan akan membina lebih banyak publisiti. Jadi, kami akan menerima Dogecoin hari ini, esok dan mungkin selamanya” – kata Mark Cuban.

Sumber: Dallas Mavericks

Rumusan

Meletakkan wang ke dalam Dogecoin tidak sepatutnya dianggap sebagai pelaburan tetapi lebih kepada kenyataan “rebel” terhadap betapa gilanya idea matawang kripto, simbol tidak percaya terhadap institusi kewangan, yuran untuk masuk ke dalam hype yang dijana Elon Musk ataupun apa-apa lagi sebab lain kecuali untuk pelaburan. Ternyata pasaran boleh menjadi tidak rasional dan ini sememangnya realiti dan lumrah psikologi manusia. Kalau anda berminat dengan Dogecoin dan komunitinya, anda boleh dapatkan info terus daripada laman web Dogecoin.

Rujukan

Klik link di sini untuk mula memiliki matawang kripto.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya