Apa Itu Ripple?

Dalam masa sebulan sahaja, XRP telah naik sebanyak 187% kepada USD1.36 setiap unit. XRP dinobatkan sebagai matawang kripto paling berpusat kerana dikawal oleh sistem Ripple yang bekerjasama dengan bank untuk memudahkan pemindahan wang antarabangsa.

Kenali apa itu Ripple dan matawang kripto, XRP dengan lebih lanjut.

Ripple ($XRP) adalah teknologi yang mengambil elemen matawang kripto untuk rangkaian pemindahan wang antarabangsa. Ripple diasaskan pada tahun 2012 oleh Chris Larsen dan Jed McCaleb. Mereka telah melancarkan kemaskini protokol Ripple yang digunakan sehingga sekarang pada tahun 2018.

Kini, Ripple adalah matawang kripto keempat terbesar di dunia selepas Bitcoin dan Ethereum menurut laporan daripada CoinGecko dengan nilai pasaran sebanyak USD62 billion.

Berbeza dengan matawang kripto lain, Ripple telah disediakan terlebih dahulu dan tidak perlu “dilombong”.

Cara Ripple Berfungsi

Ripple lebih dikenali sebagai protokol pembayaran digital berbanding matawang kripto sistem yang sama iaitu XRP. Sistem Ripple beroperasi secara terbuka (“open-source“) dan platform tidak berpusat untuk membolehkan pemindahan wang dilakukan dalam apa-apa bentuk sekalipun sama ada USD, Yen, Litecoin atau Bitcoin.

Untuk memahami bagaimana sistem ini berfungsi, fahamkan senario berikut:

  1. A yang tinggal di Malaysia nak hantar RM100 kepada D yang tinggal di USA dalam bentuk USD.
  2. A beri RM100 kepada ejen B untuk dihantar kepada D bersama kata kunci yang perlu diberikan oleh D.
  3. B memberitahu ejen C tentang maklumat pemindahan ini termasuk penerima, jumlah dana dan kata kunci.
  4. Jika D berikan C kata kunci yang betul, dia akan menerima nilai RM100 dalam USD.
  5. Pemindahan ini sebenarnya dibuat dari akaun C dahulu, jadi B akan berhutang dengan C.
  6. C boleh rekodkan semua hutang B dan simpan sebagai hutang dan berjanji untuk dibayar pada hari tertentu;
  7. Atau C boleh memindahkan wang kepada B daripada orang lain yang akan menggunakan servis ejen pemindahan wang dan hutang ini akan selesai.

Mungkin ia dengar agak rumit tetapi sistem protokol Ripple adalah ibarat sistem ejen pemindahan wang. Protokol Ripple sebenarnya lebih kompleks daripada contoh di atas tetapi secara asasnya, begitulah pemindahan wang dibuat.

Ripple menggunakan platform Gateway yang menjadi medium hubungan antara dua pihak yang ingin membuat pemindahan. Sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk Gateway dan sistem ini akan mengesahkan pendaftar sebagai orang tengah yang akan bertukar matawang, memastikan kecairan dan melalukan pemindahan wang dalam rangkaian ini.

Sistem pemindahan wang global menggunakan XRP daripada Ripple. Kredit; usethebitcoin.com

Kelebihan XRP Berbanding Matawang Kripto Lain

Kelebihan menggunakan Ripple dan matawang XRP sebagai medium perantaraan antara matawang adalah:

  • Menggunakan lebih sedikit tenaga berbanding Bitcoin
  • Pemindahan disahkan dalam masa hanya beberapa saat
  • Lebih murah berbanding transaksi Bitcoin

Sebab Ripple lebih murah dan cepat berbanding Bitcoin adalah kerana mereka tidak menggunakan pengesahan blockchain tetapi mekanisma konsensus melalui server untuk mengesahkan transaksi.

Apa yang dimaksudkan adalah tiada XRP akan muncul jika pengesahan dibuat. Ripple menggunakan server dan server inilah yang akan mengesahkan tiada double-spending berlaku.

Double-spending: Bayangkan anda ada satu gambar di WhatsApp. Kemudian, anda copy dan hantar kepada rakan anda menggunakan paste. Itulah double-spending dan masalah dalam membina matawang berbentuk digital.

Untuk matawang kripto (dan sebab ia “ada nilai”), masalah double-spending diselesaikan menggunakan rangkaian blockchain di mana konsensus rangkaian server (Ripple) atau bukti transaksi secara proof-of-work (Bitcoin) yang mengesahkan apa yang telah terjadi dan transaksi ini tidak boleh diubah atau dicetak.

Contoh double-spending dielakkan menggunakan teknologi blockchain. Transaksi kedua tidak akan dibuat walaupun kedua-duanya dibuat pada waktu yang hampir sama. Pengesahan dibuat menggunakan rangkaian pengesahan tersendiri mengikut matawang kripto.

Semua matawang kripto menyelesaikan masalah double-spending denganc cara tersendiri. Untuk Ripple, cara ini kerap digunakan oleh bank dalam pemindahan wang antarabangsa kerana proses yang lebih cepat dan efisien. Satu pemindahan mengambil masa hanya 5 saat.

Berbeza dengan Bitcoin yang memerlukan masa lebih lama untuk pengesahan dibuat. Bitcoin lebih digunakan untuk menyimpan nilai dan sebagai matawang digital untuk individu atau organisasi.

Kontroversi Ripple Labs Incorporated Dengan SEC

Ripple Labs Inc, syarikat yang menguruskan sistem pembayaran menggunakan teknologi matawang kripto XRP, telah dikenakan tindakan daripada Securities Exchange and Commission (SEC) kerana mengeluarkan instrumen kewangan tidak berdaftar sebanyak USD1.3 billion.

Pada bulan Disember 2020, pihak SEC telah menuduh Ripple Labs Inc bahawa mereka menjana modal perniagaan mereka dengan mengeluarkan lebih banyak XRP bermula daripada tahun 2013 dan menggunakan berbillion matawang kripto ini untuk aktiviti seperti mengupah pekerja dan membina kecairan pasaran.

Bekas CEO, Christian Larsen dan CEO sekarang, Bradley Garlinghouse juga dituduh menjual sebanyak USD600 juta matawang XRP tanpa melaporkan aktiviti berkenaan. Mereka juga tidak mendaftarkan penjualan dan pembelian XRP.

“Penawar instrumen kewangan yang ingin mendapatkan kelebihan menawarkan instrumen ini kepada pihak awam, pemasaran yang meluas dan platform jual beli perlulah mematuhi undang-undang kerajaan yang memerlukan semua bentuk penawaran ini direkod kecuali jika pengecualian diberi” – kata Stephanie Avakian, Pengarah Bahagian Kawalan SEC.

Rumusan

XRP telah dinobatkan sebagai matawang kripto yang mempunyai sistem paling “berpusat” dan popular di kalangan bank dan institusi kewangan. Lain dengan matawang kripto yang lebih bersifat “anti-kerajaan” dan dikawal oleh pengguna seperti Bitcoin dan Ethereum.

Walaupun dengan reputasi dan kontroversi sedemikian, Ripple masih berada di tangga keempat matawang kripto paling bernilai. Namun, dengan bekalan XRP yang dikawal oleh Ripple Labs Incorporated, susah untuk menjangka hala tuju matawang ini di masa akan datang.

Jika kerajaan beranggapan bahawa matawang kripto lain terlalu bahaya dan susah untuk dikawal, mungkin XRP akan kekal popular. Harga matawang ini melonjak sebanyak 581% hanya dalam tempoh setahun dan penggunaan yang meluas di bank memastikan ia dalam permintaan yang konsisten.

Apa pendapat anda tentang masa depan Ripple?

Di Malaysia, pemilikan XRP boleh dibuat melalui aplikasi Luno yang telahpun disahkan oleh Bank Negara Malaysia. Klik di sini untuk daftar dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25. 

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya