Apa Itu “Seed Phrase”, Kata Kunci Peribadi dan Alamat Awam?

Pernahkah anda dengar tentang prinsip “Not your keys, not your coins“? Ini bermakna jika anda tidak mempunyai akses terhadap dompet anda, anda sebenarnya tidak memiliki aset anda pun.

Ketahui mengenai seed phrase, kata kunci peribadi (private keys) dan alamat awam (public addresses).

Dompet kripto adalah alatan yang digunakan untuk berhubung dengan rangkaian blockchain. Secara asasnya, dompet adalah alamat yang ada dalam rangkaian blockchain yang digunakan untuk menerima, menghantar dan sebagai bukti identiti dalam rangkaian. Ini membolehkan anda mendapat akses terhadap ruang kripto dan menggunakan aplikasi tidak berpusat (Dapps) serta DeFi.

Apabila anda buat dompet anda sama ada melalui Metamask, Trust Wallet atau dompet blockchain lain, anda akan menerima 12 perkataan rawak yang akan digunakan untuk membina alamat dompet blockchain anda.

12 perkataan ini juga dikenali sebagai:

  1. Seed phrases
  2. Recovery phrases
  3. Mnemonic seed of mnemonic phrases

`Kata kunci peribadi dan alamat awam akan diperoleh melalui seed phrases ini. Kata kunci peribadi (private keys) ibarat “tandatangan” anda dan sebagai bukti anda mengesahkan sesuatu transaksi.

Alamat awam (public keys) pula adalah alamat yang anda kongsi bersama orang lain untuk mencari dompet anda dalam rangkaian blockchain supaya wang dapat diterima/dihantar. Ia juga ada dalam rekod rangkaian awam dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Apabila anda telah bina dompet blokckchain anda, anda perlu pastikan seed phrases anda selamat, termasuklah kata kunci peribadi anda. Kedua-dua ini dapat memberikan akses kepada sesiapa sahaja terhadap dompet anda. Dalam rangkaian blockchain, tiada sesiapa dapat membantu anda kerana tiada orang tengah yang terlibat.

Sistem ini direka untuk memberikan anda kuasa penuh dalam menentukan dana anda dengan menghapuskan orang tengah. Kunci kepada autonomi ini datang daripada seed phrases dan kata kunci peribadi.

Jika anda hilang akses terhadap dompet anda dalam telefon atau komputer, anda boleh dapatkan akses kembali dengan seed phrases untuk membina kembali dompet tersebut. Jadi, ia sebenarnya tidak hilang pun. Dompet blockchain memiliki fungsi untuk “Import Seed Phrases” supaya anda tidak perlu membuat dompet baru setiap kali dan hanya perlu gunakan dompet sedia ada.

Penting:

Jangan kongsi seed phrases atau private keys anda kepada sesiapa.

Platform Defi tidak akan tanya tentang seed phrases anda dan hanya akan berinteraksi dengan perisian dompet dalam telefon/komputer seperti MetaMask, Trust Wallet dan lain-lain.

Contoh seed phrase dengan 24 perkataan. Selalunya, dompet blockchain mempunyai 12 perkataan rawak.

Tips Simpan Seed Phrases dan Kata Kunci Dengan Selamat

#1. Tulis Di Atas Kertas dan Simpan

Seed phrase ini lebih baik jika diasingkan daripada dunia digital di mana anda mempunyai potensi digodam. Malah firma besar seperti Sony pun boleh digodam jadi apatah lagi kita yang kerdil. Sebagai contoh, PolyNetwork telah digodam dan sebanyak USD600 juta telah dicuri. Jadi, perkara ini merupakan perkara biasa dalam dunia kripto. Tiada orang tengah yang boleh membantu anda jika digodam. Dalam kes yang lain pula, Stakehound pula telah hilang hampir USD70 juta nilai Ethereum kerana telah hilang private key. 

#2. Ingat 12 Perkataan Tersebut Dengan Pantun/Haiku

Anda boleh bergantung kepada memori untuk ingat kunci kepada aset anda (walaupun berisiko). Perkataan ini dikenali sebagai mnemonic kerana anda boleh jana cerita menggunakan perkataan ini. Bandingkan pula dengan kata kunci peribadi yang hanya nombor/abjad/simbol yang panjang. Ini membolehkan pengguna untuk menjana naratif atau cerita dengan perkataan tersebut. Anda boleh rujuk di sini untuk tips daripada Trezor.

#3. Simpan Perkataan Tersebut Dalam Fail Di Hard Drive/USB/Cold Wallet

Anda boleh gunakan file text biasa dan simpan di hard drive/USB anda (tetapi lebih kurang selamat) atau anda boleh gunakan cold wallet untuk simpan aset tersebut. Pastikan anda melindungi komputer anda dengan perisian anti-virus/anti-malware untuk elakkan penjenayah memperoleh akses terhadap komputer/telefon anda.

Rumusan

  • Seed phrases adalah koleksi 12 perkataan yang rawak digunakan untuk memperoleh akses ke dalam dompet blockchain dalam rangkaian.
  • Kata kunci peribadi dan awam diperoleh melalui seed phrases.
  • Kata kunci peribadi (private keys) adalah tandatangan anda. Anda boleh gunakan untuk sahkan transaksi aset dalam dompet anda. Jangan kongsi dengan sesiapa.
  • Alamat awam adalah alamat dengan nombor/abjad yang panjang yang anda kongsikan untuk terima aset kripto.
  • Dompet yang dibuat dalam rangkaian lain (Ethereum) tidak boleh digunakan dalam rangkaian lain (Binance Smart Chain).

Jadi, ini merupakan perkara yang menggambarkan kepentingan seed phrase dan kata kunci peribadi untuk dompet blockchain anda.

 

Pastikan anda sentiasa melabur dengan selamat dan pastikan anda lindungi seed phrase anda. 

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya