Apa Itu “Shitcoin”?

“Shitcoin” boleh didefinisikan sebagai matawang kripto yang mempunyai nilai yang rendah atau tidak praktikal. Contoh terbaik adalah Shiba Inu yang baru-baru ini mencatatkan kenaikan sebanyak 10,000% dalam masa sebulan.

Adakah shitcoin menggambarkan keadaan matawang kripto kita hadapi kini atau hanya suatu jenis aset spekulatif baru?

Contoh shitcoin yang mengambil kesempatan atas populariti Dogecoin. Nilai PolyDoge naik pada paras tertinggi sebanyak 1294% pada 9 Mei 20212 tetapi sejak itu, nilainya telah jatuh sebanyak 65%.

Infrastruktur dunia kripto berkembang pesat dengan pembangunan sistem decentralised finance (DeFi) yang semakin bertambah baik saban hari. Namun, dengan kemudahan ini, kos untuk membina token juga semakin rendah.

Platform yang membolehkan anda membeli token kripto tanpa sistem berpusat (Binance, Luno) seperti PancakeSwap dan Uniswap mendemokrasikan dunia kripto dan meletakkan pilihan di tangan pengguna. Semua ini bermakna sesiapa sahaja boleh membina token mereka sendiri dan menawarkan ia melalui platform DeFi. Jadi, semakin banyak shitcoin yang tidak mempunyai nilai dibina oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan atas populariti matawang kripto.

Contoh “Shitcoin”

Dogecoin ($DOGE)

Dogecoin adalah salah satu shitcoin paling terkenal disebabkan oleh penglibatan orang kedua terkaya di dunia, Elon Musk yang sering merujuk kepada token ini. Beliau sering berciap akan Dogecoin dan mungkin ia kedengaran seperti satira atau jenaka. Namun, ada pihak awam yang mengambil serius perkara ini.

Namun, ada yang tidak bersetuju dengan Dogecoin dipanggil shitcoin kerana ia adalah matawang kripto kelima paling popular di dunia. Asasnya, Dogecoin tidak mempunyai had atas jumlah dan kebanyakan pemegang membuat keputusan berdasarkan spekulasi. Jadi, untuk tujuan rujukan, Dogecoin dianggap sebagai shitcoin dalam artikel ini.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai Dogecoin, klik di sini.

Dalam tempoh 180 hari daripada 22 November 2020 hingga 20 Mei 2021, Dogecoin telah naik kepada harga tertinggi USD0.73 pada 8 Mei 2021. Pada puncak harga Dogecoin, keseluruhan nilai token ini lebih bernilai daripada gabungan syarikat Spotify dan Ford!

Sejak dari harga tertinggi, harga Dogecoin telah jatuh sebanyak 50%.

Prestasi Dogecoin untuk 5 bulan yang lalu. Kredit: Coingecko.com

Shiba Inu ($SHIB)

Selari dengan populariti Dogecoin, Shiba Inu, sebuah token yang dianggap “Dogecoin Killer” telah muncul pada awal Ogos 2020. Token ini mula popular pada awal bulan Mei 2021 di mana jumlah pertukaran adalah sebanyak USD14 billion pada harga puncak. Kenaikan tertinggi dicatatkan adalah pada kadar 18,200,769% jika diukur daripada bulan November 2020.

Namun, populariti token ini tidak tahan lama dan jatuh sebanyak 75% dalam masa hanya 10 hari. Kegilaan ini disebabkan oleh ciapan Elon Musk berkaitan Dogecoin.

Prestasi Shiba Inu dalam masa tidak sampai sebulan. Kredit: CoinGecko.com

Token Kripto Berasaskan Anjing Selepas DogeCoin

Sejak populariti Dogecoin dan Shiba Inu meningkat, semakin banyak token berasaskan anjing dan Elon Musk muncul. Orang ramai yang taksub dengan trend ini semakin berani “berjudi” wang mereka untuk token yang sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai selain hype.

Adakah ini bermakna keseluruhan ekosistem kripto akan dipenuhi dengan token anjing atau meme di masa akan datang? Adakah industri kripto akan lebih kepada perjudian atau hiburan semata-mata? Pertama, kita perlu faham apa yang menyebabkan fenomena ini terjadi.

Contoh shitcoin berasaskan ikon anjing yang berada di pasaran kripto. Dari kiri; Dogelon Mars ($ELON), Kishu Inu ($KISHU), Akita ($AKITA) dan Hoge Finance ($HOGE).

Platform Yang Membantu Perkembangan Shitcoin

Hype bukan sahaja pemacu utama shitcoin ini. Kebanyakannya bergantung kepada pemasaran daripada media sosial dan selebriti. Sebagai contoh; Paris Hilton telah mempromosikan Lydian Coin melalui Twitter. Kini, Lydian Coin telah ditarik daripada pasaran dan pelabur awal telah pun hilang kesemua wang pelaburan mereka.

Komuniti

Platform media sosial memainkan peranan penting dalam mempromosikan shitcoin ini untuk membina kepercayaan dan permintaan di kalangan orang awam. Antara contoh platform yang sering digunakan adalah:

  • Telegram
  • Twitter
  • Instagram
  • Reddit
  • Facebook
  • Discord
  • Laman web sendiri

Pengikut sesuatu shitcoin seperti Shiba Inu mempunyai pengikut yang ramai. Di platform Twitter, akaun rasmi Shiba Inu mempunyai hampir 500 ribu followers. Untuk kenali platform rasmi sesuatu token, anda boleh lawat laman CoinGecko.com dan lihat contoh di bawah.

Platform komunikasi rasmi untuk token Shiba Inu. Kredit: CoinGecko.com

Pemilik sesuatu token kripto kebanyakannya adalah penyokong tegar terhadap projek yang mereka miliki. Mereka sering menggunakan terma-terma seperti berikut dalam platform media sosial.

Shill – Aktiviti mempromosikan sesuatu token tanpa henti secara berlebihan kerana mereka mempunyai agenda di sebalik token tersebut

FUD (Fear, Uncertainty and Doubt) – Aktiviti menaburkan ketakutan, syak wasangka dan ketidakpastian terhadap sesuatu token untuk menurunkan harga

Perkembangan Decentralised Exchange (DEX)

DEX adalah projek yang agak baru dalam industri kripto. Antara platform yang popular adalah PancakeSwap (yang menyokong Binance Chain Wallet) dan UniSwap (yang menyokong rangkaian Ethereum). Kedua-dua platform ini adalah yang terbesar dalam dunia kripto dan mencatatkan jumlah nilai pertukaran 24 jam hampir USD11 billion apabila digabungkan.

Tetapi, apakah sebenarnya DEX?

Bayangkan terdapat sebuah pengurup wang (Money Changer) di Shah Alam bernama Ahmad Money Changer. Premis ini adalah platform berpusat kerana pemiliknya memiliki kuasa dalam menentukan kadar jual beli dan keputusan lain terhadap kedainya. Ahmad juga dikawal oleh undang-undang Malaysia dalam penyimpanan wang dan berapa kadar yang boleh dia tetapkan bergantung kepada pasaran.

Sekarang, bayangkan pula premis ini tidak dikawal oleh Ahmad atau kerajaan Malaysia tetapi oleh program dan algoritma yang telah ditetapkan. Bukan Ahmad yang akan mengeluarkan modal untuk menukar wang tetapi pengguna. Sesiapa sahaja boleh meletakkan pair matawang yang dikehendaki seperti MYR/USD kepada sesiapa yang ingin menukar wang. Sebagai ganjaran, orang yang meletakkan wang (dikenali sebagai liquidity provider) akan memperoleh token daripada Money Changer yang dikenali sebagai $AHMAD. Token ini boleh digunakan untuk servis atau ditukar kepada matawang lain. Sistem ini memastikan kadar rendah dikenakan terhadap orang yang ingin menukar wang dan juga memberi ganjaran kepada sesiapa yang meletakkan wang mereka untuk digunakan.

Sudah tentu cara DEX beroperasi lebih kompleks daripada itu tetapi secara asasnya, DEX memastikan ekosistem kripto tidak perlu melalui sistem berpusat seperti Luno, Binance atau bank untuk menukar matawang kripto.

Untuk ketahui lebih lanjut senarai DEX yang berada di pasaran, anda boleh rujuk di sini.

Bagaimanakah DEX berkait dengan situasi lambakan shitcoin?

DEX membantu pengguna matawang kripto untuk mendemokrasikan ekosistem ini dengan memastikan tiada entiti yang mengawal penyenaraian dan urusan jual beli. Namun, ini juga bermaksud tiada piawaian terhadap token apa yang boleh disenaraikan. Dengan populariti PancakeSwap dan Uniswap pada hujung tahun 2020, begitu juga dengan shitcoin. Token seperti Moonswap, Dogecoin, Shiba Inu dan token lain dengan nama yang kreatif mula muncul di pasaran. Apa yang menyebabkan permintaan terhadap token ini adalah hype. Namun, apa yang membolehkan pengguna membeli token ini pula adalah platform tidak berpusat seperti PancakeSwap dan Uniswap.

Rumusan

Shitcoin adalah terma buruk yang digunakan untuk matawang kripto alternatif yang tidak mempunyai nilai. Walaupun halaman berita dipenuhi dengan berita mengenai shitcoin, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar pembangunan ekosistem kripto. Jika difikirkan kembali, shitcoin merupakan hasil yang dapat dilihat apabila ekosistem kripto semakin senang untuk diakses orang awam. Sudah tentu ada baik dan buruknya.

Lambakan shitcoin ini memberikan peluang untuk sesiapa yang tertarik untuk pelan jangka masa pendek. Situasi ini sama seperti pembangunan ekosistem internet pada 1995 dan disusuli dengan kejatuhan saham internet tahun 2001 (dot com bubble). Buat masa sekarang, Bitcoin dan Ethereum adalah matawang kripto paling “boleh dipercayai” tetapi mungkin akan ada matawang lain yang akan menggantikan tempat mereka. Jika dilihat daripada lensa ini, Bitcoin dan Ethereum boleh juga dianggap sebagai shitcoin kelak.

Apa yang penting adalah anda perlu tahu profil risiko anda dan pastikan anda faham akan konsep sesuatu matawang kripto itu dan masalah apa yang ingin diselesaikan. Terlalu banyak token yang berada di pasaran jadi anda perlu membuat keputusan sendiri. DYOR (Do your own research).

Apakah pendapat anda tentang lambakan shitcoin dalam ekosistem kripto?

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto yang sah di Luno dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya