Apa Itu Stablecoin?

USDC, USDT, DAI adalah contoh beberapa stablecoin yang popular dan paling kerap digunakan dalam ekosistem matawang kripto.

Apakah sebenarnya stablecoin?

Stablecoin adalah kategori matawang kripto yang bertujuan untuk menawarkan stabiliti harga dan disokong oleh aset dalam simpanan (“reserve asset“).

Stablecoin semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana ia mengambil ciri-ciri keselamatan matawang kripto dan kestabilan harga matawang biasa.

Kategori aset yang disokong oleh stablecoin termasuk:

Asasnya, jumlah stablecoin yang berada di pasaran adalah sama dengan simpanan aset yang disokong itu. Contohnya jika ada 1,000 USDT yang berada di pasaran, nilai aset simpanan yang disokong perlulah berjumlah USD1,000.

Jadi, dengan konsep berikut, nilai 1 USDT akan sama dengan nilai 1 US Dollar.

Stabiliti merupakan kelebihan stablecoin . Ia lebih praktikal berbanding matawang kripto lain seperti Ethereum dan Bitcoin yang mempunyai naik turun harga yang lebih sukar diramal.

10 stablecoin paling popular dan kedudukan menurut nilai keseluruhan matawang kripto. Kredit: CoinGecko.com

USDT Adalah Stablecoin Paling Penting

Tether, atau nama matawang mereka, USDT, adalah stablecoin paling penting dalam sistem matawang kripto dan menduduki tangga kelima menurut nilai pasaran.

USDT adalah matawang kripto yang paling kerap digunakan jauh melangkaui matawang kripto lain. Sebagai contoh, dalam masa 24 jam sahaja (2 Mei 2021), jumlah penggunaan USDT mencecah USD110 billion berbanding Bitcoin di tangga kedua yang berjumlah USD41 billion.

Pelabur akan menggunakan USDT untuk menukar US Dollar dan kemudian, membeli matawang kripto yang dikehendaki. Dengan USDT juga, US Dollar dapat dihantar kepada penerima tanpa menggunakan khidmat bank.

Menurut dokumen sah Tether, nilai simpanan USD Dollar adalah 74% daripada jumlah USDT yang berada di pasaran. Ini bermakna untuk setiap 1 USDT, hanya 0.74 US Dollar akan dikekalkan bersama Tether.

Untuk kebanyakan pelabur matawang kripto dan pengguna USDT, nisbah ini cukup meyakinkan sama seperti jumlah wang yang dimiliki bank di atas kertas tidak sama dengan jumlah sebenar yang dimiliki mereka.

Kontroversi Tether

Namun, terdapat juga masalah berkenaan USDT di mana syarikat Tether. Pada tahun 2019, pejabat guaman New York telah menyaman Tether kerana menyembunyikan kerugian mereka sebanyak USD850 juta dan menipu pelabur tentang jumlah nilai aset simpanan US Dollar mereka.

Tether perlu membayar nilai saman berjumlah USD18.5 juta dan disenarai hitam untuk menjalani apa-apa aktiviti perniagaan di New York.

Bitfinex, syarikat yang terlibat bersama Tether dalam kes saman ini, berkata,

“Kes ini ditangani dengan buruk oleh pihak kerajaan. Jumlah nilai simpanan ini tidak hilang tetapi ditahan oleh badan kerajaan lain. Kamisedang menjalani proses undang-undang yang sah untuk menuntut hak kami dan mendapatkan kembali dana ini”.

Penglibatan Visa dan Facebook Dalam Stablecoin

Facebook mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan teknologi matawang kripto dalam projek stablecoin terbaru mereka, DiemStablecoin ini akan disokong oleh US Dollar dan memberi cara pengguna platform media sosial untuk menerima dan menghantar wang ke seluruh dunia.

Visa pula telah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan servis stablecoin USD Coin (USDC) untuk transaksi matawang terbaru. Dengan USDC, pelanggan VISA dapat melakukan penghantaran dan penerimaan wang melalui rangkaian Ethereum. Visa juga dapat menjimatkan kos pengurusan mereka.

Rumusan

Platform pertukaran matawang kripto seperti Binance sudah pun menggunakan stablecoin mereka sendiri iaitu BUSD. Pelabur juga lebih gemar menggunakan pertukaran kepada USDT untuk membeli matawang kripto.

Sifat stablecoin yang tidak mempunyai naik turun seperti matawang kripto lain membuatkan ia lebih praktikal sebagai medium pertukaran di samping menggunakan teknologi blockchain yang lebih pantas dan selamat.

Tetapi masa depan kategori matawang kripto masih lagi diselubungi dengan kontroversi terutamanya dalam kes saman Tether untuk matawang USDT. Sistem stablecoin ini masih lagi tidak dapat dikawal dan dipantau oleh badan kerajaan. Potensi jenayah melalui matawang kripto juga tinggi dalam bentuk penggubahan wang haram.

Stablecoin perlu menunjukkan kestabilan yang dijanjikan dan pemantauan lebih menyeluruh. Jika berjaya, tidak terkejut jika penggunaan stablecoin akan lebih meluas di masa akan datang.

 

Adakah anda mempunyai simpanan dalam bentuk stablecoin?

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan bulanan pasaran domestik dan USA dalam Wahed Invest dan dapatkan percuma USD2.5.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya