Apa Itu Uniswap dan token UNI?

Uniswap adalah decentralised exchange (DEX) yang paling banyak digunakan di dunia. Sebanyak USD778 juta nilai matawang kripto ditukar setiap hari menggunakan platform ini.

Kenali apa itu Uniswap dan token UNI dengan lebih lanjut.

Decentralised exchange (DEX) merupakan komponen dalam ekosistem decentralised finance (DeFi) bertujuan untuk menghapuskan orang tengah atau pihak ketiga dalam dunia kewangan kripto.

Uniswap pula adalah DEX yang paling kerap digunakan di dunia dengan lawatan harian di laman tersebut sebanyak 7 juta setiap hari!

Uniswap dicipta oleh Hayden Adams berdasarkan idea daripada pengasas Ethereum, Vitalik Buterin tentang protokol tidak berpusat yang membantu pertukaran matawang kripto.

Ketahui konsep Uniswap dengan lebih lanjut di bawah dan bagaimana token UNI berfungsi.

Konsep Uniswap

Uniswap adalah pusat pertukaran matawang kripto tidak berpusat (“decentralised“) yang bersandarkan kontrak pintar. Protokol Uniswap membolehkan pengguna menukar token dalam rangkaian ERC-20 (e.g Ethereum, USDC, DAI, LINK, AAVE).

Contoh yang mudah:

Bayangkan pengurup matawang online bernama “UNI Money Changer” yang bersifat decentralised. Maksudnya, tiada sesiapa yang mengawal cawangan atau premis ini. Sesiapa sahaja boleh tukar matawang dari RM ke USD dan sesiapa sahaja boleh letakkan wang mereka untuk ditukar oleh orang lain (sebagai ganjaran, pemberi wang akan menerima caj pertukaran yang dibayar oleh pengguna).

Pemberi wang ini dikenali sebagai “liquidity provider“.

Semua ini dikawal oleh protokol menggunakan programming, matematik dan algoritma yang telah ditetapkan.

Dengan konsep pertukaran matawang kripto seperti Uniswap, anda tidak perlu lagi menggunakan Luno atau Binance untuk menukar/membeli matawang kripto. Semuanya dibuat dengan protokol yang memerlukan pembeli (yang akan dikenakan caj) dan liquidity provider (yang menerima caj).

Apa Itu Liquidity Provider?

Liquidity provider (LP) membantu orang lain menukar matawang kripto mereka dengan “mencagarkan” aset mereka kepada DEX sebagai suatu bentuk LP token. Sebagai LP, anda akan memperoleh pendapatan melalui caj yang dikenakan terhadap pengguna.

Setiap liqudity provider akan mengambil bahagian dalam liquidity pool. Proses ini dipanggil liquidity mining di mana sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian untuk menawarkan matawang kripto untuk ditukar oleh orang lain.

Dalam kata yang mudah (matawang tradisional);

Katakanlah anda sebagai LP mempunyai RM4 dan USD1:

Contoh kadar pertukaran: USD1 = RM4.

Anda meletakkan gabungan wang RM dan USD ini ke dalam DEX untuk liquidity mining.

Anda akan memperoleh USD-RM token dan anda boleh menggunakan token pasangan matawang ini untuk menerima pendapatan melalui caj yang dikenakan terhadap pengguna Uniswap sebagai ganjaran.

Pengguna dikenakan caj minima sebanyak 0.3% sahaja (kecuali gas fee) manakala LP memperoleh ganjaran kerana memberikan liquidity. Semua ini dilakukan secara automatik dan anda tidak perlu menguruskan hal-hal pertukaran dengan pengguna lain.

Model penentuan harga pula dilakukan dengan formula matematik dikenali sebagai “Constant Product Market Maker“. Klik di sini untuk tahu lebih lanjut model penentuan harga yang digunakan Uniswap.

Dalam protokol Uniswap juga terdapat governance token platform itu sendiri yang dipanggil UNI.

Apa itu UNI?

$UNI adalah governance token khas untuk platform Uniswap yang pada awalnya diberi kepada liquidity provider. 

Alamat kontrak:

0x1f9840a85d5aF5bf1D1762F925BDADdC4201F984

Token ini juga boleh dibeli terus melalui pasaran di Uniswap atau DEX lain.

Governance token adalah token yang diberi kepada pengguna awal atau diberi sebagai ganjaran dalam menggunakan servis sesuatu platform. Selain itu, governance token juga memberi hak untuk mengundi terhadap apa-apa aktiviti yang dicadangkan terhadap platform.

Konsep hak yang diberi kepada pemilik governance token lebih kurang sama dengan hak pemegang saham dalam syarikat.

Jadi, apa yang anda boleh buat dengan UNI token?

Undi untuk protokol Uniswap

Pengurusan Uniswap bersifat komuniti dan tidak mempunyai ketua atau mana-mana badan penyelia. Jadi, pemegang UNI sendiri mempunyai hak untuk memutuskan undi terhadap masa depan platform Uniswap ini. Apa yang anda boleh buat melalui undi tersebut?

  • Pembangunan komuniti

Uniswap mempunyai tabung yang dipanggil treasury. Pemegang UNI boleh mengundi untuk membiayai projek melalui treasury. 

  • Penambahbaikan protokol

Pemegang UNI juga boleh mengundi untuk menaikkan/menurunkan caj protokol, mengawal jumlah UNI yang akan diberikan atau apa-apa penambahbaikan dan perlu dipersetujui oleh majoriti pemegang UNI.

Pelan Pemberian UNI

Jumlah maksimum UNI adalah 1 billion unit. Buat masa sekarang, hanya 51% daripada UNI mempunyai pemilik dan bakinya akan dilancarkan sedikit demi sedikit mengikut pelan berikut:

Treasury akan terdiri daripada 43% daripada keseluruhan jumlah UNI. Jumlah ini akan diberi secara berterusan melalui geran, inisiatif komuniti dan liquidity mining (telah tamat pada 17 November 2020).

Rumusan

Uniswap merupakan contoh DEX terbaik yang dipacu oleh komuniti. Pada bulan Januari 2019, Uniswap hanya mempunyai jumlah pertukaran harian sebanyak USD1 juta. Kini, nilai pertukaran harian di Uniswap mencecah hampir USD780 juta sehari!

Uniswap juga telah melalui penambahbaikan kepada Uniswap Version 3 dengan sebanyak 395 matawang kripto ditawarkan. Jumlah ini dijangka akan berkembang. DEX mempunyai masa depan yang cerah dan lebih gemar digunakan peminat matawang kripto berbanding syarikat seperti Binance, Coinbase, Luno dan lain-lain.

Jika anda ingin fahami masa depan industri kripto, Uniswap adalah tempat terbaik untuk anda mula meneroka konsep decentralised finance (DeFi).

Apakah pendapat anda tentang Uniswap? Adakah anda lebih gemar menggunakan DEX berbanding Luno, Binance atau Coinbase?

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto di Luno dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya