Apakah Beza Pelaburan dan Spekulasi?

Pernahkah anda berasa anda memperjudikan masa depan dengan “melabur”? Apabila anda membeli Bitcoin atau saham Tenaga Nasional, adakah anda benar-benar percaya atau berharap bahawa harga akan naik di masa depan?

Ketahui apa beza pelaburan dan spekulasi dengan lebih lanjut dan sama ada anda membuat keputusan yang betul.

(Idea asal diterjemah daripada 10kdiver.com)

Benjamin Graham: Bapa Pelaburan Moden

Pada tahun 1949, Benjamin Graham telah melancarkan buku berkenaan pelaburan iaitu “The Intelligent Investor” yang menyatakan dengan terperinci apa itu pelaburan dan spekulasi.

Warren Buffet, anak didik Benjamin Graham di Columbia Business School, mengadaptasikan kaedah daripada buku ini dan menyatakan bahawa buku ini adalah “buku berkenaan pelaburan yang terbaik pernah ditulis”.

Bab satu buku ini bertajuk “Pelaburan vs Spekulasi”. Graham menyatakan dengan jelas bahawa:

Pelaburan adalah operasi di mana seseorang menggunakan kaedah analisis untuk menjanjikan modal awal selamat dijaga bersama pulangan. Aktiviti yang tidak menjanjikan perkara ini adalah bersifat spekulatif.

Jadi, beliau ingin membezakan antara golongan pelabur dan spekulasi. Jika anda kaji dengan menyeluruh apa syarikat buat (profil kewangan, untung, aliran tunai dan lain-lain) dan beli saham syarikat ini, anda tergolong sebagai pelabur.

Jika anda tidak lakukan apa-apa dan beli saham, anda hanya spekulasi.

Sudah tentu penting untuk membezakan apa itu pelaburan dan spekulasi. Semua orang inginkan pulangan apabila membeli sesuatu saham, matawang kripto atau memulakan perniagaan. Jadi, logik bagi seseorang pelabur tahu apa yang dibeli/dilaburkan ini.

Pelaburan Vs Spekulasi

Jadi, Benjamin Graham sudah pun menyatakan bahawa apa-apa aktiviti yang tidak melibatkan analisis sendiri sebagai spekulasi.

Sebagai contoh; katakan kita beli saham AirAsia disebabkan harga tengah naik atau kawan cadang atau berita positif terhadap syarikat atau bank meletakkan cadangan “Beli”.

Anda tidak melakukan apa-apa analisis langsung apatah lagi kajian menyeluruh terhadap syarikat ini. Menurut Benjamin Graham, anda sedang spekulasi!

Tetapi bayangkan pula anda letakkan 20% daripada gaji anda ke dalam Wahed Invest atau ASB setiap bulan untuk 30 tahun tanpa mengira berapa dividen atau saham apa yang dimiliki syarikat pelaburan ini. Adakah ini masih lagi spekulasi?

Sudah tentu kita tidak tahu apa aset yang anda dalam pegangan ASB atau Wahed Invest ini. Mungkin menurut Benjamin Graham, ini adalah spekulasi tetapi sebenarnya ia boleh juga dianggap sebagai pelaburan.

Mengapa?

Tiada Konsep Pelaburan Tanpa Risiko

Apabila kita gunakan modal untuk beli sesebuah aset (saham, ladang, perniagaan, hartanah), akan sentiasa ada peluang untuk kita rugi.

Nasib dan situasi akan memainkan peranan yang besar dalam menentukan pulangan kita.

Sesiapa yang beli rumah di Malaysia pada tahun 2000 akan lihat nilai rumah tersebut naik dengan mendadak dan senang untuk dijual pada tahun 2014 manakala sesiapa yang baru beli rumah pada 2016 akan rasa nilai rumah tersebut susut dan susah untuk dijual kini.

Pelaburan adalah seni dalam meramal peluang dan meletakkan wang dalam situasi paling berpeluang untuk terjadi.

Asasnya, ia dengar seperti anda “memperjudikan” wang anda.

Ya, betul. Setiap kali kita beli saham sesuatu syarikat, anda “memperjudikan” syarikat itu dan berharap masa depan yang baik.

Kita harap pesaing tidak akan memberi kesan kepada syarikat itu.

Kita harap teknologi baru tidak akan memusnahkan syarikat itu.

Kita harap tiada penipuan akan berlaku dalam syarikat itu.

Jadi, bagaimanakah kita dapat beralih daripada “berharap” kepada melabur?

Tiga Pemikiran Asas Dalam Pelaburan

Anda boleh gunakan pemikiran asas dalam merangka pelaburan anda dan membezakan sama ada aktiviti anda itu pelaburan atau spekulasi.

#1. Pemikiran Di Tengah (“Non-Binary Thinking“)

Keputusan untuk meletakkan modal anda bukannya sebuah pelaburan atau spekulasi. Ia sebenarnya suatu spektrum. Tiada hitam atau putih. Anda perlu optimis dan pesimis dalam masa yang sama.

Apa maksudnya?

Sebagai contoh; jika anda harapkan perkara baik akan terjadi dan peluang untuk perkara ini berlaku adalah tinggi, aktiviti itu di bahagian spektrum “melabur” (putih).

Jika anda harapkan perkara baik akan terjadi dan peluang untuk perkara ini berlaku adalah rendah, itu adalah di bahagian spektrum “spekulasi” (hitam).

Besar risiko, besarlah pulangannnya. Risiko yang besar juga bermakna lebih tinggi peluang untuk anda rugi.

Fahamkan di spektrum mana keputusan anda dibuat. Bagaimana?

#2. Fokus Kepada Asas, Bukan Pasaran

Jangan fokus hanya terhadap pasaran. Sebaliknya fokus kepada asas pelaburan anda, mengapa anda membuat pelaburan tersebut dan apa anda dapat daripada pelaburan itu.

Dalam buku “The Intelligent Investor“, Benjamin Graham menyifatkan pasaran sebagai “Encik Market”, seorang yang datang kepada anda setiap hari dan menawarkan harga untuk rumah milik anda.

Katakanlah anda beli rumah itu pada 1 Januari 2021 dengan harga RM100,000. Keesokan harinya, Encik Market datang dan tawarkan RM105,000 untuk rumah anda. Seminggu kemudian, Encik Market dalam keadaan sedih dan tawarkan hanya RM50,000 untuk rumah anda. Di atas kertas, anda rugi sebanyak 50%!

Cara terbaik untuk anda fikir secara asas adalah dengan tanya diri sendiri;

Kalau pasaran tutup sehari selepas anda buat pelaburan dan tidak akan buka untuk masa yang lama, adakah anda masih akan buat pelaburan itu?

Anda mungkin akan memperoleh dividen untuk pelaburan ini dan selepas cukai dan inflasi, jumlah pulangan dividen ini akan membayar balik modal anda.

Jika ya, anda berada di bahagian spektrum pelaburan.

Anda mula berfikir sebagai pemilik jangka masa panjang. Anda tidak perlukan pasaran untuk menilai pelaburan anda. Tak kira apa Encik Market fikirkan, anda selesa untuk memiliki dan memperoleh dividen *selama-lamanya*.

Apabila Warren Buffett, pelabur dan orang ketiga terkaya di dunia, membeli sesebuah perniagaan seperti Coca-Cola dan Duracell, beliau mempunyai prinsip untuk simpan dan miliki perniagaan ini untuk “selama-lamanya” tanpa mengira harga di pasaran.

Keputusan beliau untuk memiliki sesebuah perniagaan hanya bergantung kepada dua perkara:

  1. Harga yang dibeli
  2. Aliran tunai masa depan yang akan diperolehi

Inilah pemikiran asas dalam pelaburan.

Dalam surat kepada pemegang saham Berkshire Hathaway, syarikat milik Warren Bufett, beliau menyenaraikan asas pelaburan sebagai:

  • Anda tidak perlu menjadi seorang pakar untuk dapatkan pulangan pelaburan yang selesa. Jika anda bukan pakar, pastikan anda tahu had pengetahuan anda dan ikut prinsip yang mudah. Jangan “berjudi” nasib. Katakan tidak jika anda dijanjikan pulangan cepat dan mudah.
  • Fokus kepada produktiviti masa depan untuk sesuatu aset. Jika anda tidak berasa selesa meramal perolehan sesuatu aset, lupakan sahaja dan beralih kepada aset lain.
  • Jika anda terlalu fokus kepada perubahan harga selepas anda membeli, anda dalam proses spekulasi. Harga yang “sedang naik” dan makin tinggi bukannya sebab untuk anda memiliki sesuatu aset.
  • Fikir hanya kepada apa sesuatu aset boleh lakukan untuk anda dan berapa pulangannya. Perlawanan bola dimenangi oleh pemain yang fokus terhadap permainan, bukannya yang sentiasa lihat berapa skor. Jika anda boleh duduk tenang pada hari minggu tanpa melihat pasaran, cuba pula di hari biasa.
  • Mengambil idea daripada cadangan atau ramalan orang lain adalah aktiviti buang masa. Jangan kaburkan perspektif anda dengan pandangan orang lain. Mickey Mantle, legenda bola lisut, pernah berkata, “Anda sedar betapa senangnya sesuatu permainan sampailah anda dengar dari mulut pengulas”.

#3. Pelbagaikan Pelaburan Anda

Untuk sesetengah kes, kepelbagaian adalah apa yang membezakan pelaburan dan spekulasi.

Sebagai contoh; untuk balingan syiling, katakanlah anda mempunyai 99% peluang untuk kepala dan 1% peluang untuk ekor.

Anda boleh letakkan wang untuk setiap balingan. Jika anda betul, anda dapat dua kali ganda modal anda dan anda hilang semua jika salah.

Jika anda letakkan semua wang anda untuk kepala, anda sedang spekulasi.

Bayangkan anda letakkan semua wang anda atas kepala berturut-turut. Walaupun ada 99% peluang untuk kepala, akan ada balingan yang akan mendatangkan ekor dan anda hilang semua.

Jika anda letakkan hanya 98% daripada wang anda dan simpan 2% dalam tunai, anda lebih dekat dengan spektrum pelaburan. Mengapa?

Kerana dengan peluang yang tidak rata (99% kepala, 1% ekor), pembahagian antara tunai dengan balingan syiling ini akan membuatkan anda lebih berpeluang untuk menambahkan wang anda. Untuk konsep matematik yang lebih lanjut, sila rujuk Kelly’s Criterion.

Inilah sebab mengapa Dollar Cost Averaging (melabur wang dalam sesuatu aset setiap hari/bulan/tahun tanpa mengira harga) dikira sebagai suatu pelaburan.

Meletakkan wang dalam satu aset boleh dianggap sebagai spekulasi. Tetapi kumpulkan 500 aset, maka anda lebih kepada spektrum pelaburan.

Kesimpulan

Pelaburan dan spekulasi mempunyai garis perbezaan yang tipis. Amat mudah untuk kita terjerumus dalam aktiviti spekulasi. Logiklah apabila di sekeliling kita, lebih banyak berita tentang kenaikan matawang kripto, pasaran saham dan kisah keuntungan orang lain. Tetapi sebenarnya pelaburan mempunyai garis jangka masa yang lebih panjang. Contoh paling baik adalah Warren Buffett yang mula melabur sejak dari umur 15 tahun dan Benjamin Graham, bapa pelaburan moden. Fokus kepada apa yang penting dalam pelaburan dan bukannya persekitaran.

“Cara pelaburan terbaik adalah apabila ia difikirkan sebagai sebuah perniagaan”

Adakah anda tergolong dalam golongan pelabur atau spekulator?

 

Untuk mula dengan pelaburan matawang kripto, klik di sini untuk dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

Untuk mula dengan pelaburan bulanan pasaran domestik dan USA dalam Wahed Invest, klik di sini untuk dapatkan USD2.5 percuma.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya