Apakah Hubungan “Dark Web” Dengan Bitcoin?

Tahukah anda bahawa terdapatnya dark web di ruang internet tersembunyi dan anda boleh lakukan apa-apa sahaja tanpa boleh dijejaki pihak berkuasa? Matawang kripto merupakan medium pertukaran utama dalam sistem internet ini.

Ketahui lebih lanjut tentang hubungan dark web dengan Bitcoin dan matawang kripto lain.

Apa Itu “Dark Web“?

Dark web adalah sistem internet yang bertentangan dengan sistem internet yang kita ada sekarang – dibina untuk memudahkan operator/pembekal internet (i.e Google, Facebook, Celcom, Maxis) untuk melihat/memantau data persendirian kita. Servis yang kita gunakan sekarang ini digunakan oleh majoriti pengguna internet.

Pembekal/operator internet ini diberikan mandat untuk membekalkan pihak berkuasa dengan data jika terdapatnya salah laku undang-undang. Jadi, sistem internet yang kita ada sekarang menghalang pengguna mempunyai hak peribadi di internet dan oleh sebab itulah sistem dark web dibina.

Di dalam dark web, pengguna menggunakan alatan khas (dikenali sebagai Tor) untuk menyembunyikan aktiviti dan identiti. Di sini, tiada pengawasan dapat dilakukan oleh pihak berkuasa atau kerajaan.

Tahukah anda bahawa sistem internet yang kita sering gunakan adalah hanya 10% daripada keseluruhan internet? Majoriti daripadanya adalah di deep web yang mempunyai data khas/peribadi/kerajaan dan selebihnya, dark web. Kredit: medium.com

Pasaran “Dark Web”

Sistem dark web yang tersembunyi pada awalnya dibina untuk tujuan privasi tetapi lama-kelamaan semakin popular dalam dunia penjenayah. Cara moden dan kompleks ini digunakan untuk penjenayah ini untuk menyembunyikan identiti mereka di samping menawarkan servis terlarang seperti penjualan senjata dan dadah.

Pasaran darkweb paling terkenal: “Silk Road” yang telahpun ditutup oleh pihak FBI.

Ross Ulbricht dan Silk Road

Ross Ulbricht adalah pengasas Silk Road, laman dark web yang membolehkan apa-apa produk dijual dan semua pembelian/penjualan tidak boleh dijejaki. Ross Ulbricht membina pasaran Silk Road ini berdasarkan pegangan libertarian beliau yang inginkan pasaran tanpa mata kerajaan atau undang-undang.

Namun, Silk Road telah menjadi terlalu popular dan menarik perhatian pihak berkuasa iaitu FBI. Dia ditangkap pada hujung tahun 2013 dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas caj penggubahan wang haram, penggodaman komputer dan jual beli dokumen palsu.

Medium Pertukaran Untuk Silk Road?

Tetapi, bagaimanakah caranya untuk bina sistem pasaran internet yang tersembunyi tetapi tanpa menggunakan plaftorm kewangan yang boleh dijejaki seperti Paypal, kad kredit dan kad debit? Jika anda gunakan bank, peluang untuk ditangkap sangatlah besar kerana anda akan tinggalkan “money trail“.

Jadi, jawapan untuk masalah ini adalah matawang kripto.

Mengapakah Bitcoin dan Silk Road Berkait Rapat?

Selepas penangkapan Ross Ulbricht, FBI telah merampas hampir USD1 billion nilai Bitcoin yang dikaitkan dengan Silk Road. Sejak dari itu, kritik dan pihak kerajaan mula mengaitkan penggunaan matawang kripto dengan aktiviti jenayah di internet.

Jual beli barangan dalam Silk Road dibuat dalam bentuk Bitcoin pada tahun 2011-2014.

Walaupun identiti pemegang dompet tidak diketahui, semua transaksi Bitcoin direkodkan dalam blockchain yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Jika sesebuah dompet dapat dihubungkan dengan akaun/identiti sah, tidak mustahil untuk jejaki “money trail” ini.

Namun, matawang kripto masih lagi digunakan untuk aktiviti jenayah di internet dengan tanggapan bahawa ia tidak boleh dijejaki. Kini, terdapat kategori baru dalam matawang kripto yang cuba mengelakkan pengguna dijejaki dalam rekod awam yang dipanggil token berteraskan privasi (“privacy-based token“).

Antara contoh matawang kripto yang mula menggantikan Bitcoin di dark web adalah Monero ($XMR) sebagai medium pertukaran. Ketahui lebih lanjut berkenaan dompet dan matawang kripto Monero di laman rasmi mereka.

Rumusan

Matawang kripto dahulunya sinonim dengan aktiviti jenayah dan penggubahan wang haram. Dengan pendedahan terhadap konsep blockchain, ramai yang sedar bahawa Bitcoin sebenarnya masih boleh dijejaki dan meninggalkan rekod. Kini, matawang kripto mula dimiliki oleh syarikat korporat dan institusi kewangan seperti Tesla, firma pelaburan Blackrock dan bank JP Morgan.

Selain itu, laporan daripada Chainalysis pada tahun 2021 mengatakan bahawa hanya 0.34% sahaja daripada jumlah semua transaksi matawang kripto mempunyai elemen jenayah.

Jika dilihat kembali, US Dollar dan Ringgit Malaysia juga terdedah kepada penggubahan wang haram serta aktiviti jenayah. Sama juga dengan institusi bank yang tidak jauh terpalit dengan skandal seperti penggubahan wang haram kartel dadah di Mexico oleh HSBC Bank dan penggubahan wang haram oleh bank Capital One.

Jadi, tidak adil untuk menilai kelas aset kripto dengan melabelkannya sebagai “matawang untuk jual beli dadah” sahaja (walaupun sebenarnya ya jika anda merujuk kepada Monero). Penggunaan blockchain sebenarnya lebih meluas dan penguatkuasaan perlu seiring dengan arus teknologi.

 

Apakah pendapat anda tentang dark web dan penggunaan Bitcoin dalam pasaran gelap? 

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya