Bagaimana McDonalds Buat Duit?

“McDonalds bukan jual burger, tetapi hartanah”. Tahukah anda bahawa McDonald’s Incorporated hanya operasikan 7% daripada keseluruhan restoran McDonald’s di dunia?

Ketahui dengan lebih lanjut cara McDonalds buat duit dan mengapa mereka letakkan sasaran 95% jumlah restoran mereka ke arah milik francais.

McDonalds diasaskan oleh adik-beradik, Maurice dan Richard McDonald pada tahun 1940. Mereka mula menggunakan simbol ikonik pada tahun 1953. Kemudian, pada tahun 1955, pengurus francais mereka, Ray Kroc, membeli hak milik McDonald’s daripada adik-beradik McDonald. Kisah permulaan McDonald’s ini digambarkan dalam filem The Founder.

Kemudian, McDonald’s berkembang ke seluruh dunia dengan simbol “M” ikonik tersebut yang dinamakan “Golden Arches“. Kini, McDonald’s dapat dijumpai di lebih daripada 100 negara dengan anggaran sebanyak 70 juta pelanggan setiap hari.

Misi utama McDonald’s dalam perniagaan adalah menjadikan 95% daripada keseluruhan restoran sebagai milik francais. Buat masa sekarang, 93% daripada 37,855 restoran mereka adalah milik francais. Hanya 2,770 restoran dioperasikan oleh syarikat. Mengapa?

Peta menunjukkan di mana operasi McDonald’s dan sejak bila. Kredit: Wikipedia.org

Model Perniagaan McDonald’s

Terdapat 4 model operasi perniagaan McDonald’s iaitu:

  1. Dioperasi dan dimiliki syarikat (7% daripada keseluruhan restoran)
  2. Francais konvensional
  3. Lesen
  4. Affiliate

Menurut laporan kewangan McDonald’s 2019, francais konvensional merujuk kepada “tanah dan bangunan dimiliki oleh syarikat McDonald’s dengan pinjaman jangka masa panjang dan francaisi akan mengeluarkan kos untuk peralatan, tanda, perabot dan hiasan”.

“Syarikat McDonald’s percaya bahawa pemilikan hartanah yang digabungkan dengan pelaburan bersama francaisi membolehkan prestasi restoran beroperasi di peringkat tertinggi dalam industri ini”.

Francaisi juga bertanggungjawab untuk melaburkan kembali modal dalam perniagaan ini. Syarikat McDonald’s akan bersama-sama francasi untuk melabur ke dalam pembaharuan teknologi dan menambahbaik sistem operasi.

Tempoh francasi kebiasaannya selama 20 tahun dan McDonald’s tidak akan bekerjasama dengan pelabur pasif. Pendapatan daripada francaisi untuk syarikat McDonald’s datang daripada pembayaran sewa, royalti berdasarkan peratusan jualan, kos permulaan perniagaan dan pembaharuan francais. Struktur ini membolehkan syarikat McDonald’s memperoleh aliran tunai yang konsisten.

Menurut laporan kewangan McDonald’s tahun 2019 juga, lesen dan affiliate merujuk kepada “pelesen yang bertanggungjawab operasi dan menguruskan perniagaan, memberi modal (termasuk kadar faedah hartanah) serta membina dan membuka restoran baru”. Syarikat induk McDonald’s tidak akan memberi apa-apa modal di bawah model lesen dan affiliate tetapi menerima royalti berdasarkan peratusan jualan serta kos permulaan atau kos pembaharuan lesen. Model ini kebiasaannya digunakan untuk negara asing di mana McDonald’s memiliki saham dalam syarikat tersebut.

Margin Keuntungan McDonald’s

Pada tahun 2018, McDonald’s memiliki sebanyak 37,855 restoran di seluruh dunia. Kebanyakannya di Amerika Syarikat tetapi jumlahnya semakin berkurangan saban tahun. Mereka mula fokus terhadap negara seperti Indonesia, China, Brazil, India dan Indonesia.

Bukan sahaja lokasi. McDonald’s juga fokus terhadap restoran baru melalui francasi berbanding dioperasikan oleh syarikat. Berikut merupakan margin kasar francais berbanding margin kasar operasi restoran syarikat:

  • Margin kasar keuntungan restoran dimiliki dan dioperasi McDonald’s: 16%
  • Margin kasar keuntungan melalui francais: 81%

Pendapatan daripada francais berbanding keseluruhan jualan adalah 55%. Trend ini semakin meningkat seperti di bawah:

Manakala, pendapatan daripada restoran milik syarikat adalah 45% dan semakin menurun setiap tahun.

Strategi bisnes melalui francais lebih menguntungkan kerana untuk setiap RM1 juta yang dilabur, RM810,000 untung kasar akan diperolehi McDonald’s. Namun, ini juga bermakna untuk setiap restoran, mereka perlu akan memperoleh kurang jualan berbanding model perniagaan restoran lain. Sebagai contoh;

  • Jualan setiap restoran McDonald’s = USD555 ribu
  • Jualan setiap restoran Chipotle = USD2.1 juta

Sudah tentu McDonald’s mempunyai lebih banyak restoran daripada Chipotle tetapi model ini membahagikan keuntungan di antara francaisi dan McDonald’s. McDonald’s juga hanya perlu menjana keuntungan yang konsisten untuk pembayaran pinjaman bank dalam hartanah yang mereka miliki.

Kos francais berbanding milik syarikat

Restoran milik syarikat memakan lebih banyak kos perbelanjaan dengan purata USD707,581 untuk setiap restoran. Bandingkan pula dengan purata USD14,536 untuk setiap francais.

McDonald’s Adalah Syarikat Hartanah

Jadi, boleh dikatakan bahawa mereka menyasarkan untuk tidak beroperasi sebagai restoran tetapi sebagai “penjual jenama” dan “syarikat hartanah”. Mengapa?

  1. McDonald’s mengambil pinjaman bank untuk membeli tanah
  2. Cari francaisi dalam senarai
  3. Sebagai pertukaran untuk jenama dan sistem operasi, francaisi akan membayar royalti, sewa dan kos permulaan
  4. Margin keuntungan yang selesa
  5. Ulang untuk francais lain

Menurut McDonald’s, untuk membuka francais bersama McDonald’s, kos yang diperlukan adalah pelaburan sebanyak USD1-2 juta dengan aset cair sebanyak USD750,000. Caj francais pula adalah sebanyak USD45,000.

Royalti dan peratusan jualan yang diperolehi McDonald’s boleh dianggap sebagai “sewa” untuk jenama dan tanah yang dimiliki McDonald’s. Cuba fikirkan kembali lokasi McDonald’s di tempat anda. Adakah ia di kawasan yang mempunyai prospek tinggi?

Peratusan aset hartanah (Plant, Property, Equipment) daripada keseluruhan jualan tahunan.

McDonald’s mempunyai peratusan yang tinggi dalam hartanah dan semakin meningkat saban tahun. Pada tahun 2018, McDonald’s mencatatkan jualan sebanyak USD22 billion dan mempunyai aset hartanah sebanyak USD23.76 billion. Dijangka aset hartanah mereka akan kekal berkembang dengan model francais dan bayaran sewa melalui francaisi.

Mereka mempunyai hutang sebanyak USD31 billion tetapi dengan bayaran faedah tahunan sebanyak USD1 billion, McDonald’s memiliki lebih daripada cukup (USD5 billion aliran tunai “free cash flow“) untuk kekal berkembang dan serviskan hutang mereka.

 

Apakah pendapat anda tentang model bisnes berasaskan francais McDonald’s ini?

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan bulanan pasaran domestik dan USA dalam Wahed Invest dan dapatkan percuma USD2.5.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya