Bagaimana Nak Mohon Saham Khas Bumiputera Daripada MITI? [Versi 2021]

Tahukah bahawa jika anda berstatus Bumiputera, anda boleh memohon IPO atau saham khas daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, atau Ministry of International Trade and Industry (MITI)?

Sering kali kita dengar akan ada syarikat baru yang akan tersenarai dalam Bursa Malaysia. Tahukah bahawa anda mempunyai peluang awal untuk memiliki saham syarikat ini sebelum ia tersenarai dalam pasaran awam? Proses penyenaraian ini dipanggil Initial Public Offering (IPO).

Melalui MITI, ada peruntukan khas untuk saham syarikat yang akan melalui proses IPO dan anda berpeluang untuk memohon jika anda berstatus bumiputera.

Berikut adalah tutorial bagaimana nak mohon IPO atau saham khas bumiputera melalui MITI:

Syarat Permohonan

  • Berstatus Bumiputera
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai sumber kewangan yang sah dan mencukupi
  • Bukan berstatus pelajar

Tutorial Bagaimana Untuk Mohon Saham Bumiputera Khas di Laman Web MITI

Nota: Pastikan anda sudah pun mempunyai akaun CDS bersama broker saham yang berdaftar.

#1: Pergi Ke Laman Web MITI

Pertama, anda perlu ke laman web MITI, sahamonline.miti.gov.my yang disediakan khas untuk buat pendaftaran dan permohonan saham secara dalam talian.

#2: Daftar Akaun Bersama MITI

Setelah anda di laman depan, anda perlu pilih “Jenis Pelabur” sebagai Individu dan klik Daftar.

Kemudian, isi borang pendaftaran individu yang dipaparkan dengan lengkap.

Pastikan anda sudahpun menyediakan salinan kad pengenalan anda depan dan belakang dalam format soft copy. Ia akan digunakan untuk dimuat naik di borang yang tertera. Saiz imej ini tidak boleh lebih daripada 1MB.

Klik Hantar dan tunggu penghantaran kata laluan melalui emel.

#3: Log Masuk Pertama Kali

Guna kata laluan sementara yang telah diemelkan untuk log masuk ke dalam akaun anda. Anda disarankan untuk menukar kata laluan kepada yang lebih senang diingati.

#4: Permohonan Saham IPO/Saham Khas Bumiputera

Selepas anda log masuk, anda akan berada di tab “Maklumat Saham”. Anda akan lihat sekiranya ada saham yang ditawarkan. Contoh di bawah adalah saham Tuju Setia Berhad dengan harga RM0.70 seunit. Klik “Pohon”.

Letakkan berapa unit yang anda mahu pohon. Jumlah minimum adalah 1,000 unit.

Tips: Anda tidak perlu membayar apa-apa lagi setakat ini jadi anda boleh meletakkan jumlah lebih sedikit daripada jumlah yang dikehendaki.

#5: Cetak Borang Permohonan Saham

Klik tab “My Saham” di bahagian atas halaman tadi. Kemudian, klik di bahagian Cetak untuk muat turun fail pdf yang disertakan. Cetak fail ini dan semak maklumat peribadi anda.

Sekiranya ada kesilapan dalam maklumat peribadi yang diisi, klik tab “Profil” dan kemaskini. Kemudian, pergi ke tab “My Saham” semula untuk muat turun fail yang telah dikemaskini.

#6: Sediakan Dokumen Yang Lengkap

Antara dokumen yang perlu dikepilkan bersama cetakan borang permohonan saham adalah:

  • Salinan penyata Kewangan 3 bulan terkini; atau/dan salinan Penyata ASB/Tabung Haji
  • Surat Kebenaran Rasmi (bagi pegawai kerajaan)
  • Salinan Penyata Akaun CDS dari Bursa Malaysia
  • Salinan IC yang disahkan

Pastikan anda kepilkan semua dokumen ini bersama-sama borang permohonan saham dan senarai semak.

Senarai Semak Borang Permohonan Individu
Halaman pertama Borang Permohonan Individu
Halaman kedua Borang Permohonan Individu

#7: Hantar Dokumen Kepada MITI

Apabila semua dokumen sudah lengkap diisi, anda boleh hantar ke alamat berikut;

Pengarah, Bahagian AKI & Seranta, Kementerian
Perdagangan Antarabangsa & Industri, Aras 15, Menara MITI, No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad
Shah, 50480, Kuala Lumpur

Anda boleh hantar dokumen sendiri di kementerian atau pos melalui kurier.

Tips: Lihat tarikh tutup permohonan sebagai panduan masa untuk pos. Untuk lihat tarikh tutup penghantaran borang permohonan, sila ke bahagian Pengumuman di sahamonline.miti.gov.my dan klik Maklumat Lanjut. 

#8: Keputusan Permohonan

Selalunya, keputusan akan diberitahu 1-2 bulan selepas tarikh tutup permohonan. Keputusan tidak akan diberitahu melalui emel atau telefon jadi anda perlu semak laman web MITI dari masa ke semasa.

 

Jika anda tidak mempunyai akaun CDS, klik di sini untuk mula melabur dalam Bursa Malaysia. 

Apakah pendapat anda tentang tutorial ini? Adakah proses yang diterangkan ini jelas?

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya