Bagaimanakah Cara DeFi Dapatkan Pulangan Untuk Anda? [Versi Kedua]

Ekosistem decentralised finance (DeFi) semakin popular sejak 2020 disebabkan oleh peratusan pulangan yang tinggi berbanding sistem kewangan tradisional. Pada bulan September 2021, jumlah nilai wang yang diletakkan dalam ekosistem DeFi mencecah lebih USD140 billion.

Ketahui lebih lanjut bagaimanakah cara DeFi dapatkan pulangan untuk pengguna.

Sambungan daripada “Bagaimanakah Cara Defi Dapatkan Pulangan Untuk Anda (Versi Pertama)?

Aktiviti menjana pulangan dalam ekosistem DeFi dikenali sebagai “yield farming“. Anda boleh gunakan Bitcoin (dalam bentuk Wrapped Bitcoin), Ethereum dan token lain untuk dapatkan pulangan. Kaedah ini sama dengan cara anda simpan wang ke dalam bank untuk mendapatkan faedah.

Contoh pulangan dalam platform PancakeSwap yang menggunakan rangkaian Binance Smart Chain.

Berikut merupakan cara untuk dapatkan akses terhadap ekosistem DeFi:

Pertama sekali, anda perlu hubungkan dompet blockchain anda dengan decentralised apps (Dapp) untuk memperoleh akses.

Contoh dompet blockchain yang popular, Trust Wallet (kiri) dan Metamask (kanan).

Kemudian, anda perlu mempunyai token utiliti untuk membayar caj transaksi (dikenali sebagai gas fees) bergantung kepada rangkaian yang anda ingin guna. Sebagai contoh, jika anda ingin gunakan USDC dalam rangkaian Polygon, anda perlu ada token MATIC dalam dompet anda terlebih dahulu. Sama juga dengan rangkaian Ethereum (menggunakan Ethereum), Binance Smart Chain (menggunakan BNB).

Kadar pulangan dalam DeFi boleh mencecah berpuluh peratus dan ada projek yang memberi pulangan hingga lebih 100%. Tetapi, dengan pulangan yang tinggi, sudah tentu ramai yang skeptikal. Jadi, bagaimanakah cara DeFi dapatkan pulangan untuk anda?

#1. Caj Protokol

Antara contoh utama adalah Liquity yang membolehkan anda memperoleh caj protokol dalam platform Liquity. Token yang digunakan adalah LQTY.

LQTY adalah token untuk protokol peminjaman bersifat decentralized Liquity yang memberikan kemudahan pinjaman tanpa kadar faedah menggunakan Ethereum sebagai cagaran. Pinjaman akan diperoleh dalam bentuk LUSD. Namun, anda akan dikenakan caj protokol apabila anda ingin meletakkan wang atau mengeluarkan wang daripada Liquity.

Pemilik LQTY pula akan memperoleh pulangan dalam bentuk LUSD atau Ethereum apabila mereka stake LQTY dalam platform tersebut. Ini dikenali sebagai fee-accrual token.

#2. Kontrak Options

Kontrak options adalah instrumen kewangan di mana harga pembelian/penjualan telah ditetapkan di masa akan datang. Pelabur menggunakan instrumen ini untuk mendapatkan keuntungan apabila harga sesuatu aset naik (menggunakan call options) atau apabila harga sesuatu aset turun (menggunakan put options).

Untuk tahu lebih lanjut tentang apa itu kontrak options, klik di sini.

Laman hadapan Ribbon Finance yang menghubungkan produk berstruktur kepada pelabur dan pengguna.

Dalam ekosistem DeFi, contoh paling popular adalah Ribbon Finance di mana pengguna boleh meletakkan aset seperti USDC, ETH, atau Wrapped Bitcoin untuk digunakan dalam kontrak options (Put, Call).

Anda akan menerima pulangan apabila kontrak options dibuat untuk aset tertentu. Jika harga aset tersebut mencecah jumlah yang dinyatakan dalam kontrak, maka kontrak tersebut akan dianggap sebagai “in-the-money” dan anda akan kehilangan deposit anda. Namun, peluang untuk perkara ini berlaku adalah rendah dan anda masih boleh mendapatkan pulangan lumayan melalui options.

#3. Penjualan Insurans

Dalam DeFi juga, pengguna sesuatu platform atau protokol boleh mendapatkan insurans bagi mengurangkan kerugian jika berlakunya godaman atau lain-lain.

Insurans adalah instrumen kewangan yang penting bagi mengawal risiko dan mengurangkan kerugian jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Ekosistem kripto yang tidak dikawal oleh kerajaan dan undang-undang sudah tentu mempunyai risiko yang tinggi dan membuatkan insurans suatu produk penting.

Contoh insurans dalam ekosistem DeFi adalah melalui Unslashed Finance. Platform ini membolehkan pengguna deposit modal dalam bentuk aset kripto dan dapatkan premium insurans yang akan dibayar pengguna lain.

Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk dapatkan pulangan tetapi risiko kontrak pintar dan godaman akan sentiasa ada dalam ekosistem kripto.

#4. Peluang Jual Beli (“Arbitrage“)

Arbitrage adalah peluang beli dengan harga rendah dan jual dengan harga lebih tinggi. Mudah kan? Tetapi ini adalah cara paling rumit untuk dapatkan pulangan dalam DeFi di mana kebanyakan token yang diberikan adalah bersifat inflasi.

Selain itu, peluang arbitrage juga boleh diambil melalui naik turun stablecoin seperti USDT, USDC atau DAI. Walaupun begitu, kebanyakan peluang ini telah pun diambil alih oleh bot dan komputer yang sentiasa memerhati naik turun harga aset kripto 24 jam sehari.

Contoh platform yang menawarkan peluang arbitrage adalah Stabilize Finance yang mendapatkan pulangan dengan memastikan stablecoin kekal dengan nilai yang ditambat (e.g 1 USDT = 1 US Dollar). Rangkaian yang disokong adalah Ethereum dan Binance Smart Chain.

Rumusan

DeFi adalah konsep baru dalam dunia kewangan. Sedikit sebanyak, perkembangan DeFi baru-baru ini cuba memintas bank/institusi dalam penawaran produk kewangan yang terdiri daripada simpanan, pinjaman, insurans dan produk berstruktur (i.e options).

Pastikan anda buat kajian anda sendiri sebelum mula melabur dalam mana-mana projek kripto. Anda juga perlu sedar bahawa kadar naik turun dalam dunia kripto (dan DeFi) amatlah tinggi di mana Bitcoin mampu jatuh 15% dalam masa sehari sahaja. Apatah lagi token./matawang kripto lain.

Jadi, pastikan anda selesa dengan tahap kewangan anda dan ketahui risiko yang akan anda ambil apabila melabur.

 

Apakah pendapat anda tentang ekosistem DeFi? Kongsi bersama kami pengalaman atau projek baru yang menarik minat anda di seksyen komen di bawah. 

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya