Bagaimanakah DeFi Dapatkan Pulangan Untuk Anda? [Versi Pertama]

Pulangan setahun sampai 100%? Kalau anda lihat Kadar Peratus Tahunan atau Annual Percentage Rate (APR) di platform DeFi, ada yang mencecah hingga 100%! Dari manakah datangnya pulangan daripada platform Defi dan adakah ekosistem ini berbentuk skim Ponzi?

Ketahui lebih lanjut di bawah cara-cara berbeza “decentralised finance (DeFi)” dapatkan pulangan untuk pengguna.

Pernahkah anda tertanya-tanya dari mana datangnya pulangan dalam dunia DeFi? Kadang-kala apabila melihat pulangan yang “dijanjikan” dalam platform DeFi, tidak terkejut jika kebanyakan orang beranggapan ekosistem kripto adalah skim Ponzi terbesar di dunia.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai decentralised finance (DeFi), klik di sini.

Anda sebagai pelabur kripto atau farmer sudah tentu risau sama ada pulangan ini boleh berterusan ataupun tidak. Sebenarnya ada beberapa cara berbeza platform DeFi ini mendapatkan pulangan untuk pengguna mereka.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa APR atau kadar pulangan yang dijanjikan tidak bersifat tetap sama seperti pulangan yang dijanjikan oleh bank. Kadar ini berubah-ubah mengikut jumlah pengguna dan polisi skim ganjaran.

Baca dengan lebih lanjut untuk kenali cara platform DeFi dapatkan pulangan untuk pengguna.

#1. Hutang/Pinjaman

Sistem peminjaman dan hutang secara tradisionalnya didominasikan oleh bank atau institusi kewangan. Sebenarnya, konsep pinjaman dan hutang dalam ekosistem kripto lebih kurang sama dengan sistem kewangan tradisional. Namun, perbezaan utamanya adalah dengan cara pinjaman dan hutang dibuat iaitu dengan menggunakan kod dan blockchain.

Jumlah nilai pasaran untuk keseluruhan infrastruktur pinjaman dalam ekosistem kripto adalah USD10 billion setakat hujung bulan Julai 2021.

Contoh yang terkenal adalah seperti Compound dan Aave adalah platform DeFi yang menghubungkan peminjam dan pemberi pinjaman dalam pasaran kewangan mirip sistem money market. Pulangan datang daripada faedah yang diperolehi melalui peminjam.

Sama seperti bank yang memperoleh faedah daripada peminjam, platform Defi membolehkan pengguna mendapatkan pulangan melalui deposit mereka sama ada dalam bentuk Bitcoin, Ethereum atau matawang kripto bersandarkan US Dollar (USDC, USDT, DAI). Deposit inilah yang akan digunakan untuk memberi pinjaman pula kepada pengguna platform yang sama.

Kontrak pintar akan menentukan peratusan yang akan diperolehi oleh pemberi pinjaman (depositor) dan caj faedah yang akan dikenakan kepada peminjam secara automatik.

Contoh terkenal platform pinjaman/deposit dalam dunia kripto, Aave.

#2. Caj Menawarkan Kecairan (“Liquidity Provider Fee“)

Salah satu infrastruktur paling penting dalam DeFi adalah decentralised exchange (DEX), iaitu platform pertukaran matawang kripto. Platform DEX menggunakan model liquidity pool berbanding model order book, yang digunakan oleh pasaran saham, Binance Trade dan sistem kewangan tradisional.

Mengapa? Dengan model liquidity pool, akan sentiasa ada bekalan dan permintaan untuk anda kerana liquidity ataupun kecairan ini dibekalkan oleh pengguna platform tersebut juga.

Sebagai contoh, Uniswap. Anda boleh meletakkan pasangan matawang yang anda kehendaki (dua matawang berbeza i.e ETH-DAI, USDC-USDT) supaya pengguna lain dapat melakukan pertukaran. Tetapi, apa insentif aktiviti ini kepada anda? Caj menawarkan kecairan ataupun Liquidity Provider Fee. Anda akan memperoleh peratusan daripada caj yang dikenakan dan akan dimasukkan ke dalam nilai LP token anda.

 

#3. Proof-of-Stake (POS)

Konsep POS menyatakan bahawa seseorang boleh melombong atau mengesahkan transaksi dalam blok bergantung kepada jumlah matawang/token yang mereka miliki. Maksudnya;

Lebih banyak wang/token yang dimiliki = Lebih tinggi kuasa melombong

Antara matawang terkenal yang akan mula menggunakan konsep ini adalah Ethereum secara beransur-ansur. Selain itu, ada juga matawang lain yang menggunakan POS sebagai mod penuh pengesahan blockchain seperti Cardano, Tron dan Tezos.

Anda boleh gunakan platform yang menawarkan servis staking untuk anda seperti Lido. Anda akan memperoleh ganjaran bergantung kepada jumlah Ethereum yang anda stake ke dalam platform tersebut.

Buat masa sekarang, terdapat lebih USD2.3 billion nilai Ethereum yang diletakkan dalam platform staking Lido.

Contoh laman depan Lido Finance untuk stake matawang Ethereum dan Terra yang anda miliki. Kredit: lido.fi

#4. Ganjaran Bersifat Inflasi

Terdapat pelbagai jenis platform dalam dunia kripto di luar sana dengan rangkaian yang berbeza. Jadi, bagaimanakah caranya untuk menarik pengguna kepada platform ini? Ganjaran bersifat inflasi atau inflationary-based rewards.

Maksudnya, apabila anda meletakkan pasangan token anda sebagai token LP (Contohnya; Bitcoin dan USD Tether), anda akan sama ada memperoleh ganjaran asas ataupun disertai dengan ganjaran dalam bentuk token platform tersebut.

Sebagai contoh, jika anda stake token LP anda di Pancakeswap, anda akan memperoleh token CAKE. Token ini tidak mempunyai had dan boleh “dicetak” selagi ada aktiviti dalam platform Pancakeswap. Jadi, token ini tidak kalis inflasi tetapi harganya bergantung kepada permintaan dan sama ada ia akan dilupuskan kelak.

Selain itu, sebagai ganjaran, anda juga boleh menerima governance token. Sebagai contoh, dalam platform Curve, apabila anda meletakkan token LP, anda akan menerima governance token $CRV berserta caj kecairan. Cara ini digunakan untuk menarik pengguna dan akan diberikan dalam tempoh terhad dengan harapan di masa depan, platform ini mampu bergerak sendiri.

Platform dalam Binance Smart Chain, Pancakeswap, menawarkan CAKE untuk pengguna platform tersebut. Harga 1 CAKE kini mencecah USD18.

Rumusan

Kebanyakan projek dalam kripto menggunakan konsep ganjaran bersifat inflasi dan governance token untuk menarik pengguna. Cara ini lebih mudah memandangkan projek tersebut boleh “mencetak” token mereka sendiri dan tidak perlu menghubungkan kontrak pintar dengan platform lain.

Namun, konsep seperti memberikan pinjaman, staking dan mendapatkan caj pertukaran adalah antara kaedah lain decentralised finance mendapatkan pulangan untuk pengguna. Semua platform kripto mempunyai risiko kontrak pintar di mana terdapat risiko kod, algoritma yang mungkin dapat digodam.

Jadi, anda perlu buat kajian anda sendiri dan jika anda ingin mengurangkan kadar risiko, pilih projek kripto yang sudah bertapak lama dan terkenal di kalangan komuniti. Walaupun pulangan mungkin lebih rendah daripada platform lain, sekurang-kurangnya anda lebih tenang dengan portfolio anda.

DeFi telah membuka ruang untuk pemilik matawang kripto untuk menjana pulangan di samping HODL sahaja dan masa depan DeFi kelihatan cerah buat masa sekarang.

Adakah anda seorang “Chad Yield Farmer“?

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya