Cara Mudah Beli NFT Menggunakan Dompet Digital MetaMask

Ketahui cara mudah beli NFT anda sendiri menggunakan dompet digital, MetaMask. Tahukah anda bahawa anda boleh gunakan platform matawang kripto yang disahkan di Malaysia, Luno, untuk memiliki aset digital daripada jenama dan artis terkenal?

CryptoKitties, aset digital yang boleh mencecah ribuan USD.

Non-Fungible Token (NFT) adalah trend terkini dalam dunia kripto setelah Beeple telah berjaya menjual hasil karya digitalnya setinggi USD68 juta melalui NFT. Pasaran NFT di dunia sehingga kini telah pun mencecah hampir USD28 billion dan semakin popular di kalangan pelabur, artis dan peminat seni digital. Tidak terkejut jika di masa akan datang, artis popular seperti Blackpink, Bruno Mars atau Coldplay akan menggunakan teknologi ini untuk mengedarkan muzik mereka.

NFT adalah teknologi blockchain yang mengesahkan pemilikan apa-apa fail digital. Asasnya, semua fail digital dari mp4 hinggalah ke gif boleh dijadikan NFT dan selagi ada hubungan internet di dunia, aset ini boleh disahkan pemilikannya.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut, sila klik artikel pengenalan kepada NFT di sini.

Anda Perlukan Dompet Digital Terlebih Dahulu

Sebelum anda membuat apa-apa pembelian NFT, anda perlukan dompet digital yang beroperasi menggunakan Ethereum Network. Antara dompet paling paling popular di dunia adalah MetaMask.

Jika anda tidak mempunyai dompet MetaMask, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah untuk daftar.

#1: Lawat laman web MetaMask

Pergi ke laman web rasmi MetaMask. Pastikan anda letakkan alamat yang betul iaitu www.metamask.io. Sebagai panduan, contoh proses pendaftaran di bawah akan dibuat menggunakan iPhone.

#2: Muat turun app MetaMask dan ikut langkah yang disediakan

Pilih sama ada Android, Chrome atau iOS. Muat turun dan pastikan app tersebut betul.

App MetaMask di Apple Store.

 

#2: Ikut langkah di app MetaMask seperti di bawah.

Selepas anda klik butang “Get Started”, anda perlu ikut langkah yang ditetapkan di bawah.

Klik “Create a new wallet”.

Anda tidak perlu untuk meletakkan username kerana akaun dompet ini akan diletakkan dalam peranti yang anda gunakan sama ada telefon atau komputer.

Isi kata kunci anda. Kemudian, tandakan di terma dan syarat dan anda boleh ke langkah berikut.

Anda akan dikendaki untuk mencatat seed phrase selepas anda meletakkan kata kunci anda. Kemudian, ulang kembali seed phrase ini di laman berikutnya.

Nota Penting: Catat seed phrase di kertas atau nota kecil dan simpan di tempat yang selamat. Jangan screenshot frasa ini sebagai langkah keselamatan. Jika telefon bimbit anda digodam, anda berpeluang besar akan hilang jumlah yang disimpan dalam dompet ini. Penggodam tidak boleh akses dompet anda tanpa seed phrase ini.

#3: Selesai Pendaftaran Akaun MetaMask

Tahniah! Anda telah pun mempunyai dompet digital. Kini, anda boleh membuat pembayaran untuk membeli NFT. Anda juga boleh bertukar-tukar Ethereum bersama rakan anda ataupun matawang kripto lain yang menggunakan Ethereum Main Network.

Contoh halaman depan dompet digital anda.

Bagaimanakah Cara Untuk Topup Ethereum Ke Dalam MetaMask?

Mengapa Ethereum? Buat masa sekarang, pembelian NFT boleh dibuat menggunakan Ethereum Network sahaja. Antara matawang menggunakan Ethereum Network yang paling kerap digunakan sudah tentu adalah Ethereum.

Anda boleh gunakan platform pembelian matawang kripto yang anda sukakan untuk membeli Ethereum. Platform dan dompet adalah dua entiti berlainan. Sebagai contoh, bayangkan pusat penukaran matawang dengan bank anda. Platform pembelian matawang kripto adalah seperti pusat penukaran matawang di mana mereka membantu anda menukar Ringgit Malaysia kepada Ethereum. Anda boleh simpan wang dan lakukan pembayaran melalui bank dan begitu juga fungsi dompet digital.

Antara platform pembelian matawang kripto yang paling popular di Malaysia dan disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah Luno.

Kalau nak dapatkan Bitcoin percuma untuk pertama kali pendaftaran Luno, anda boleh gunakan link di sini.

Anda boleh buat pembelian di laman Luno seperti di bawah. Sebelum pembelian, anda perlu topup Ringgit Malaysia daripada bank anda menggunakan online banking.

Berbalik kepada dompet digital MetaMask anda tadi, anda perlu mengambil maklumat alamat anda. Cetak maklumat ini dengan menekan skrin seperti di bawah.

Nota Penting: Pastikan anda menggunakan alamat yang betul di akaun yang menggunakan Ethereum Main Network. Jika anda gunakan nombor alamat lain atau network lain, Ethereum yang dihantar tidak dapat dituntut kembali.

Anda akan menerima mesej ini selepas anda berjaya mengambil nombor alamat dompet anda.

Kemudian, berbalik kepada Luno, anda boleh menggunakan butang “Send” untuk menghantar Ethereum anda kepada MetaMask.

Nota penting: Anda perlu mengaktifkan pilihan “Send” ini dengan mempunyai akaun yang sah. Anda boleh membuat permohonan kepada Luno untuk tujuan penghantaran dan kebiasaannya, ia akan diaktifkan dalam masa kurang daripada 48 jam.

Butang “Send” di paparan utama Luno.
Paste nombor alamat MetaMask anda di sini.

Selepas anda hantar, anda perlu menunggu beberapa ketika untuk menerima Ethereum di MetaMask. Setelah anda berjaya menerima Ethereum. anda boleh melawat mana-mana platform pembelian NFT seperti OpenSea, Rarible atau Nifty Gateway.

Cara Beli NFT Di Platform Pembelian

Platform pembelian boleh diibaratkan seperti Shopee atau eBay untuk barangan NFT. Anda boleh pilih dan beli seni digital kesukaan anda. Antara platform yang terkenal untuk tujuan pembelian NFT:

Anda tidak perlu mendaftar akaun di setiap platform ini. Anda hanya perlu menghubungkan dompet MetaMask anda di laman web platform NFT. Anda boleh lihat contoh di bawah untuk OpenSea:

#1. Klik “Connect” di laman utama OpenSea

Klik “Sign In” di akaun OpenSea. Ini bermakna anda perlu hubungkan dompet digital anda.

#2: Pilih dompet digital anda dan hubungkan dengan platform OpenSea

Pilih MetaMask sebagai dompet digital anda.
Klik “Sign In”.
Klik “Connect” dan tunggu sementara hubungan antara OpenSea dan MetaMask dibuat.

#3: Pilih NFT kegemaran anda dan klik “Buy Now”

Cari NFT kegemaran anda di OpenSea. Klik “Buy Now”. Contoh di sini adalah Crypto Burger.

Artis dan Jenama Mula Menerima Konsep NFT

Antara NFT daripada jenama dan artis terkenal termasuklah:

  • Formula One. Mereka memperkenalkan permainan video mereka di mana anda boleh menggunakan kereta virtual yang boleh dibeli di F1 Delta Time.
  • Pringles. Mereka bekerjasama dengan artis Vasya Kolotusha untuk mengeluarkan CryptoCrisp terhad kepada hanya 50 unit sahaja.
  • Beeple. Koleksi seni digital daripada artis yang mempelopori hype NFT boleh dibeli di platform OpenSea.
  • Kings of Leon. Kerjasama dengan Yellow Heart untuk menghasilkan NFT daripada album terbaru mereka, “When You See Yourself” menerusi projek NFT Yourself.

Antara artis dan jenama lain yang telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan edisi NFT:

  • The Weeknd, artis pop Amerika Syarikat, akan melancarkan hasil seni digital baru pada 4 April 2021 disusuli dengan lagu istimewa yang hanya akan dilancarkan di platform Nifty Gateway.
  • Champion, jenama streetwear terkenal, akan memperkenalkan koleksi musim bunga mereka dalam bentuk avatar dengan kerjasama TaFi, pembina sistem Samsung AR emoji.

Rumusan

NFT mungkin masih susah untuk difahami dan Beeple sendiri beranggapan yang fenomena ini mungkin akan hilang seperti dot com bubble pada tahun 2001 yang ketika itu disebabkan oleh kegilaan orang terhadap potensi internet. 20 tahun kemudian, internet masih lagi digunakan malah berkembang besar luar daripada sangkaan orang ramai. NFT mempunyai potensi untuk mengubah dunia hiburan dan cara kita menilai sesuatu. Jadi, selagi ada internet, dengan teknologi blockchain, infrastruktur pemilikan barangan digital boleh dibina sedikit demi sedikit.

Apakah pendapat anda tentang fenomena NFT?

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya