Cara Beli Stablecoin Paling Murah Dengan Ringgit Malaysia

Stablecoin adalah nadi kepada infrastruktur kripto. Anda masih perlu menggunakan matawang wang fiat seperti Ringgit Malaysia, US Dollar atau lain-lain untuk ditukar dengan matawang kripto.

Apakah cara untuk dapatkan stablecoin dengan kadar terendah menggunakan Ringgit Malaysia?

Stablecoin adalah matawang yang disandarkan dengan matawang fiat. Apa maksudnya?

Contoh: USD Tether (dikenali sebagai USDT), Binance USD (dikenali sebagai BUSD), USD Coin (dikenali sebagai USDC) dan DAI (stablecoin dalam rangkaian Ethereum)

1 USDT/DAI/USDC/BUSD bersamaan dengan 1 USD

Kadar USDT berbanding dengan USD. Selain anomali, nilai matawang kripto ini kekal stabil dan disandarkan dengan nilai 1 USD.

Cara setiap stablecoin memastikan nilainya sama dengan 1 USD berbeza mengikut jenis stablecoin. Jadi, apa gunanya stablecoin ini?

Pernahkah anda terdengar berita bahawa Bitcoin naik atau turun 10% dalam masa hanya sehari? Ya, Bitcoin dan matawang kripto lain mempunyai kadar naik dan turun yang mendadak.

Stablecoin cuba menyelesaikan masalah ini dengan mempunyai nilai yang disandarkan pada matawang fiat. Stablecoin adalah cara untuk institusi kewangan dan pelabur jual beli matawang kripto dengan “tunai” dan masih kekal dalam ekosistem kripto.

Bayangkan anda ada 100 USD dalam bentuk stablecoin dan anda boleh gunakan untuk membayar rakan anda di Amerika Syarikat tanpa menggunakan pihak ketiga seperti bank. Anda juga boleh menggunakan stablecoin untuk membeli matawang kripto tanpa menggunakan pihak ketiga melalui decentralised exchange (DEX) seperti Pancakeswap.

Cara Paling Murah Tukar RM kepada Stablecoin

#1. P2P Trading di Binance

Cara paling mudah untuk dapatkan stablecoin dalam bentuk USDT, BUSD dan DAI dengan harga yang murah berbanding kadar di pasaran lain adalah melalui platform P2P trading di Binance.

 

Sebagai contoh, kadar terkini US Dollar kepada Ringgit Malaysia diambil pada 20 Jun 2021.

Klik “Buy Crypto” dan pergi ke laman “P2P Trading”.

P2P Trading adalah platform jual beli melalui pengguna Binance. Maksudnya, anda akan membeli USDT dan BUSD dengan pengguna Binance lain dan mereka akan menerima Ringgit Malaysia ataupun matawang pilihan anda. Penjual akan menghantar matawang kripto kepada dompet anda di Binance. Tiada caj akan dikenakan dalam penjualan dan pembelian. Hanya perbezaan kadar dengan kadar pasaran terkini.

Seperti di bawah, jika dibandingkan dengan kadar terkini (1 USD = RM 4.14), anda akan “rugi” hanya RM0.07 untuk setiap US Dollar yang ditukar dengan kadar termurah Binance (1 USD = RM 4.21).

Kadar ini berubah-ubah berdasarkan kadar penjual. Jadi, untuk dapatkan kadar termurah, anda perlu sentiasa semak kadar yang dikenakan penjual berbanding kadar pasaran terkini.

Untuk buat pembelian, klik “Buy” dan anda akan ke laman yang memerlukan anda untuk memindahkan wang daripada akaun bank anda kepada akaun bank penjual. Ikut langkah-langkah yang tertera dan klik “Confirm”. Anda akan menerima matawang anda dalam tempoh 15 minit dalam dompet P2P Binance. Di sini, anda boleh pindahkan wang anda ke “Spot Wallet” dan pindahkan kepada dompet lain yang anda hendaki.

Pastikan anda kenali laman web Binance yang betul sebelum memindahkan wang anda.

Nota: Binance adalah platform pertukaran kripto terbesar di dunia dan terdapat lebih 251 juta trafik pada bulan Mei 2021 sahaja. Namun, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah menyenaraikan Binance dalam senarai amaran pelabur kerana beroperasi dalam pasaran kewangan tanpa mendapat lesen daripada kerajaan Malaysia.

#2. Melalui WhatsApp atau Telegram

Cara lain untuk dapatkan USDT, USDC dan BUSD adalah melalui grup media sosial dalam kripto. Tetapi, jika anda masih berjinak-jinak dalam matawang kripto, jangan gunakan cara ini. Peluang untuk anda ditipu amatlah tinggi. Memandangkan undang-undang Malaysia tidak melindungi penjualan atau pembelian matawang kripto tanpa melalui pihak berlesen, anda tidak dapat berbuat apa-apa setelah ditipu.

Di grup Telegram kripto, anda boleh tanyakan tentang pihak yang ingin menjual USDT atau stablecoin lain yang mereka miliki. Kemudian, sama seperti cara P2P trading Binance di atas, anda perlu memindahkan wang kepada akaun mereka dan mereka akan memindahkan matawang kripto ke dompet anda. Pastikan anda letakkan maklumat dompet yang tepat dan hanya berurusan dengan penjual yang dipercayai (kenalan, saudara-mara).

Nota: Cara ini paling berisiko dan anda berpeluang ditipu oleh penawar stablecoin. Memandangkan tiada kontrak atau perjanjian rasmi dibuat, anda tidak mempunyai apa-apa hak terhadap tuntutan anda dan semuanya bergantung sama ada anda percaya penjual tersebut atau tidak.

Rumusan

Stablecoin adalah laluan untuk anda miliki matawang kripto yang anda hendaki tanpa melalui pihak ketiga seperti Binance dan Luno. Jika anda mempunyai stablecoin, anda boleh gunakan decentralised exchange (DEX) seperti Pancakeswap dan Uniswap untuk tukar kepada Bitcoin, Ethereum dan lain-lain. Anda juga boleh jual Bitcoin anda dengan kadar yang lebih menguntungkan berbanding pihak ketiga yang akan mengenakan caj tambahan.

Untuk senarai semua stablecoin yang ada dalam ekosistem kripto, klik di sini.

 

Adakah anda mempunyai cara anda sendiri untuk membeli stablecoin dengan cara yang lebih murah dan mudah?

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto di Luno dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya