Cara Mudah Semak Status Saham Patuh Shariah Di Bursa Malaysia

Ketahui cara mudah untuk semak saham status patuh syariah di Malaysia. Dewan Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti adalah pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan status sesuatu saham patuh shariah.

Anda boleh gunakan platform percuma di internet ataupun guna sahaja kemudahan yang diberikan oleh broker anda. Antara cara paling mudah untuk semak status saham patuh shariah adalah:

Akaun Pelaburan Broker Saham Anda

Jika anda sudah pun mempunyai akaun bersama broker pilihan anda sama ada RHB, Kenanga, M+ atau Rakuten Trade, sudah pasti ada kemudahan untuk menyemak status patuh shariah. Untuk contoh, di sini saya gunakan akaun Kentrade daripada Kenanga Investment Bank.

Contoh; Genting Malaysia Berhad adalah syarikat tidak patuh shariah.

Di sini pula adalah contoh syarikat patuh shariah, Takaful Malaysia Berhad. Anda dapat lihat bulatan kecil di sebelah nama syarikat. Ini adalah simbol bahawa saham syarikat ini patuh shariah.

Bursa Marketplace

Jika anda tidak mempunyai akaun bersama broker, Bursa Malaysia juga menawarkan platform Bursa Marketplace di mana anda boleh menyemak profil kewangan syarikat, berita dan paling penting, status shariah saham. Berikut adalah cara menggunakan Bursa Marketplace untuk semak status saham patuh shariah:

Carian Terus

Anda boleh klik carian di sebelah kanan laman utama Bursa Marketplace. Letakkan nama syarikat. Klik pada nama syarikat yang dicadangkan.

cara mudah semak saham patuh shariah pertama
Contoh syarikat: Takaful Malaysia Berhad

Anda boleh lihat status shariah saham syarikat ini yang tertera bersama maklumat lain.

cara mudah semak saham patuh shariah kedua

Mod Shariah

Cara ini berguna jika anda hendak melihat jenis syarikat dalam sektor tertentu atau masih mencari syarikat untuk dilabur. Klik terus kepada butang Shariah dan apabila ia berwarna hijau, semua carian anda akan memberikan keputusan saham syarikat yang patuh shariah.

cara mudah semak saham patuh shariah ketiga
Klik butang mod shariah di sebelah kiri Bursa Marketplace.

Apa Yang Membuatkan Saham Diletakkan Status Patuh Shariah Di Malaysia?

Status syariah diberikan kepada instrumen kewangan yang memenuhi kriteria tertentu. Menurut Dewan Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, terdapat dua penanda aras dari segi kuantitatif untuk mengukur sama ada saham tersebut patuh syariah iaitu:

Penanda Aras Untuk Aktiviti Perniagaan

Perolehan daripada operasi perniagaan tidak patuh shariah hendaklah memenuhi kriteria peratusan tertentu. Peratusan ini berbeza mengikut industri. Contoh peratusan yang menjadi penanda aras:

  • Tidak lebih 5% untuk perolehan:
    • bank konvensional dan riba
    • insurans konvensional
    • perjudian
    • minuman keras dan berkenaan
    • makanan tidak halal
    • minuman tidak halal
    • hiburan tidak patuh shariah
    • rokok dan berkenaan
    • kadar faedah daripada akaun dan instrumen kewangan konvensional
    • dividen daripada pelaburan tidak patuh shariah
    • aktiviti lain yang tidak patuh shariah mengikut definisi Dewan Penasihat Shariah

Perolehan atau keuntungan daripada aktiviti perniagaan dengan elemen di atas hendaklah tidak melebihi 5% dalam kenyataan kewangan kumpulan syarikat.

  • Tidak melebihi 20% untuk perolehan:
    • jual beli saham
    • aktiviti stockbroking
    • sewa diterima melalui aktiviti tidak patuh shariah
    • aktiviti lain yang tidak patuh shariah mengikut definisi Dewan Penasihat Shariah

Perolehan atau keuntungan daripada aktiviti perniagaan dengan elemen di atas hendaklah tidak melebihi 20% dalam kenyataan kewangan kumpulan syarikat.

Penanda Aras Untuk Nisbah Kewangan

Untuk kenyataan kewangan, Dewan Penasihat Shariah mengambil kira faktor nisbah seperti:

  • Tunai Dengan Jumlah Aset
    • Tunai hanya bermaksud tunai yang diletakkan dalam akaun atau instrumen kewangan konvensional manakala tunai yang diletakkan dalam akaun Islamik tidak dimasukkan dalam pengiraan.
  • Hutang Dengan Jumlah Aset
    • Hutang hanya bermaksud hutang yang dikenakan riba manakala sukuk atau pembiayaan Islamik tidak termasuk dalam pengiraan.

Selain pengukuran kuantitatif yang disebutkan di atas, Dewan Penasihat Shariah juga mengambil kira faktor kualitatif di mana syarikat itu sendiri akan dikaji untuk menentukan sama ada ia patuh Shariah atau tidak.

Rumusan

Sebagai orang Islam, wajib untuk anda melabur ke dalam instrumen kewangan yang patuh shariah. Jadi, semak dahulu sebelum mula melabur. Pastikan anda juga membuat kajian terperinci tentang syarikat tersebut. Walaupun patuh shariah, ini tidak bermakna harga saham syarikat tersebut akan sentiasa naik. Untuk senarai penuh saham patuh Shariah, anda boleh rujuk senarai di sini.

Mudah kan? Adakah anda lebih faham proses semak status saham patuh shariah di Bursa Malaysia? Baca artikel berkenaan saham di Laburwatch.com

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya