Cara Pamer NFT Anda Dalam Bentuk Fizikal

NFT berjaya membantu artis menjual hasil seni digital. Tetapi, orang awam masih kurang berminat untuk memiliki NFT berbanding hasil seni fizikal. Kenapa?

Ketahui lebih lanjut tiga cara pamerkan NFT anda dalam bentuk fizikal yang mungkin boleh menarik minat awam.

Sebuah galeri seni di New York, Amerika Syarikat iaitu Superchief Gallery telah mengadakan pameran seni NFT dalam bentuk fizikal pada bulan Mac tahun ini.

Mungkin ada purist yang akan berkata “NFT tidak sepatutnya dipamerkan secara fizikal”. Walaupun NFT bertujuan untuk dimiliki dalam metaverse (dunia digital), anda masih boleh meletakkan NFT anda di rumah, pejabat untuk mencantikkan ruang tempat tinggal ataupun diberi sebagai hadiah untuk pasangan.

Tarikan utama seni adalah nilai estetik. Jadi, seni dicipta untuk dipamerkan kepada orang ramai. Sebagai tambahan pemilikan bentuk digital, apa salahnya jika anda pamerkan NFT anda di ruang tamu juga.

Berikut adalah 3 cara bagaimana untuk pamerkan NFT anda dalam bentuk fizikal:

#1. Pamer guna bingkai gambar

Cara paling mudah jika anda mempunyai NFT dalam bentuk jpeg, jpg, atau format gambar lain. Cetak sahaja NFT anda yang diterima dalam bentuk gambar di mesin pencetak yang berkualiti tinggi dan letakkan dalam bingkai gambar.

Harga bingkai pun murah sahaja di sekitar RM20-30 di Shopee dan boleh juga didapati di kedai-kedai perabot atau Mr DIY. Harga bergantung kepada jenis bingkai yang anda inginkan.

Contoh:

Contoh hasil karya artis Malaysia, Vasflow, yang bertajuk “Equanimous Intellect”. NFT beliau boleh didapatkan di platform Hic Et Nunc. Kredit: Nazrin Latipi aka Vasflow.

Pastikan anda cetak menggunakan glossy paper atau lebih baik lagi, gunakan servis pencetakan professional untuk dapatkan kualiti gambar yang jelas. Kemudian, letakkan gambar tersebut dalam bingkai gambar yang kena dengan saiz. Cara ini semestinya paling murah dan masih mampu mempamerkan NFT anda dengan baik. Namun, cara ini hanya berkesan jika anda mempunyai NFT dalam bentuk gambar (jpeg, jpg, png).

Nota: Untuk nampak lebih eksklusif, print bersama kod QR akaun Opensea, Rarible atau akaun NFT anda untuk menunjukkan bahawa anda memiliki hasil seni tersebut. Gunakan QR Code Generator dan letakkan link kepada koleksi anda.

#2. Pamer seni bergerak guna bingkai digital

Jika anda mempunyai NFT dalam bentuk 3D atau video bergerak, anda boleh gunakan bingkai digital.

a) Infinite Objects

Antara contoh bingkai digital terbaik ditawarkan oleh syarikat dari Amerika Syarikat, Infinite Objects. Bingkai ini mampu menyokong format video yang akan dimain tanpa henti selepas dibuka.

Malah, artis NFT terkenal, Beeple, jjga menggunakan khidmat syarikat ini untuk menawarkan hasil seninya dalam bentuk fizikal selain NFT. Namun, penjualan semula NFT ini di pasaran kedua tidak bermakna ia akan datang dengan format fizikal.

Contoh koleksi Everydays Beeple.

Sebagai contoh; jika anda pembeli pertama NFT terus dengan Beeple, anda akan terima bersama dengan bingkai digital dan NFT. Pembeli kedua daripada anda tidak mempunyai hak atas bingkai digital ini tetapi hanya terhadap NFT. Anda boleh jual bersama-sama bingkai digital ini yang mungkin mendatangkan lebih banyak nilai.

Buat masa sekarang, bingkai digital Infinite Objects hanya mempunyai had bateri selama dua jam. Jadi, ia perlu sentiasa dicaj atau dipamerkan berdekatan soket elektrik.

Contoh:

Anda boleh cetak sendiri video yang anda inginkan dalam bingkai ini. Namun, selepas dicetak, ia tidak boleh diubah lagi jadi pastikan anda betul-betul pasti dengan pilihan anda. Format yang diterima adalah mov dan mp4.

Selain itu, Infinite Objects hanya menawarkan penghantaran ke negara tertentu sahaja seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Eropah dan Jepun. Harga untuk setiap bingkai digital bermula daripada USD99 (RM420) bergantung kepada saiz dan tidak termasuk penghantaran.

Tips untuk membeli bingkai Infinite Objects dari Malaysia

Gunakan servis penghantaran daripada Amerika Syarikat seperti Shipito. Apabila anda daftar, anda akan dapat alamat penghantaran Amerika Syarikat. Beli bingkai digital Infinite Objects di laman web dan hantar ke alamat Amerika Syarikat ini. Kemudian, syarikat ini akan uruskan penghantaran ke Malaysia dengan sedikit bayaran. Caj penghantaran bergantung kepada berat dan saiz kotak.

b) Buat sendiri bingkai digital anda (Do-It-Yourself)

Bingkai digital juga dikenali sebagai dynamic frame (Dynaframe). Untuk proses Do-It-Yourself (DIY), anda perlu belajar sendiri.

Antara barang yang diperlukan untuk Dynaframe adalah:

  • Raspberry Pi
  • Monitor komputer, skrin laptop atau TV
  • Komputer (untuk tujuan programming)
  • Micro SD
  • Adaptor (jika perlu)

Jika anda mempunyai monitor komputer atau skrin laptop lama yang sudah tidak digunakan dan tidak mahu berbelanja lebih, anda boleh buat sendiri Dynaframe di rumah sahaja.

Contoh bingkai digital menggunakan skrin laptop lama dan digantung menggunakan bingkai kayu.

Klik di sini untuk langkah bina bingkai digital daripada skrin laptop lama.

Klik di sini untuk langkah bina bingkai digital yang boleh digunakan bersama smart home.

#3. Pamer koleksi dalam dompet digital anda menggunakan peranti Android

Anda boleh gunakan peranti Android untuk pamerkan koleksi anda daripada dompet digital seperti Metamask. Cara paling senang adalah melalui TokenCast.

TokenCast adalah aplikasi software yang boleh dimuat turun dalam peranti Android. Sama seperti Dynaframe, mereka juga menawarkan langkah-langkah untuk bina sendiri bingkai digital menggunakan Raspberry Pi di sini.

Jika anda hanya ingin mempamerkan NFT dengan mudah di tablet atau TV anda secara berterusan, guna sahaja Google Home TV dan muat turun app TokenCast di Google Play Store. Melalui app ini, anda boleh terus pamerkan kandungan NFT dalam dompet anda sama seperti Chromecast, Google Cast.

Kemudian, hubungkan alamat dompet anda di Metamask bersama dengan TokenCast. Anda juga boleh ubah latar belakang dan saiz pameran melalui app sahaja.

Rumusan

NFT masih di peringkat awal lagi. Tetapi, walaupun terdapat ramai kritik, konsep ini telah memberi artis platform untuk mendapatkan hasil daripada penat lelah mereka. Sudah tentu dunia seni akan beralih kepada bentuk digital.

Sebab NFT diguna pakai oleh artis dan pengumpul adalah kerana ia memberikan pengesahan hak milik dan membuatkan suatu bentuk seni itu terhad. Harga sesuatu objek terletak kepada permintaan dan sama ada orang lain sanggup membayar harga tersebut. Malah, baju lama yang berstatus vintage juga boleh mencecah ribuan ringgit kerana ada pembelinya.

Dengan penglibatan syarikat seperti Infinite Objects, peminat NFT dan peminat seni sedikit sebanyak boleh berbangga dengan koleksi mereka dan berpeluang meletakkannya di pameran. Cara ini juga berpotensi menarik orang awam untuk melihat NFT dari lensa yang berbeza.

 

Apakah anda setuju dengan konsep mempamerkan NFT dalam bentuk fizikal seperti di atas? 

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto di Luno dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya