Club Necaxa Dari Liga Bola Sepak Mexico Jual 1% Kelab Melalui NFT

Club Necaxa, kelab bola sepak dari Mexico, baru-baru ini telah membenarkan peminat untuk membeli 1% daripada pemilikan kelab melalui NFT – bermula dengan USD1.3 juta.

Ketahui lebih lanjut berita tentang penawaran 1% Club Nexaca melalui NFT ini.

Tahukah anda bahawa di Amerika Syarikat, lebih ramai penonton liga Mexico (Liga MX) daripada penonton liga bola sepak tempatan (Major League Soccer) dan liga Inggeris (English Premier League) digabungkan?

Ini menunjukkan populariti liga Mexico walaupun kurang ditayangkan di media serata dunia. Fenomena bola sepak di Mexico adalah pendorong kepada jutawan hartanah, Al Tylis untuk melabur ke dalam kelab bola sepak Mexico.

Al Tylis, pemilik beberapa kelab sukan popular di Amerika Syarikat dan Eropah. Kredit: Youtube.com

Beliau juga merupakan pemilik beberapa kelab bola sepak lain seperti DC United (MLS), Swansea City AFC (Wales) dan kelab bola keranjang, New Zealand Breakers.

Pada awal tahun 2021, Al Tylis telah bekerjasama dengan kelompok pelabur yang terdiri daripada selebriti seperti Mesut Ozil, Kate Upton, Justin Verlander, Eva Longoria dan lain-lain untuk memiliki 50% daripada kelab Mexico iaitu Club Nexaca yang bertanding di liga teratas negara Mexico.

Kredit: Club Necaxa

1% Kelab Sebagai NFT Akan Dijual Kepada Peminat

Jika anda ingin tahu apa itu NFT, klik di sini.

Mengapa 1% sahaja? Undang-undang terhadap kelab bola sepak di Mexico melarang pemilikan yang lebih besar kepada peminat. Selain itu, penawaran melalui NFT juga dibuat secara persendirian berbanding pasaran NFT seperti Opensea dan Rarible.

Pendaftaran dibuat di laman web penjualan NFT 1% pemilikan Club Necaxa. Menurut pemilik kelab, Al Tylis, NFT tersebut telah dijual kepada individu di Amerika Utara.

Kelebihan

  • 1% pemilikan tersebut adalah peratusan kekal. Ini bermaksud walaupun pemilik meletakkan lebih banyak saham atau ekuiti, pemilik NFT tersebut masih memiliki 1% daripada kelab.
  • Tidak perlu memberikan suntikan modal. Jika pemilik lain mengambil keputusan untuk membina fasiliti baru atau menyuntik modal ke dalam kelab, pemilik NFT tidak perlu berbuat demikian.

Keburukan

  • Harga. NFT ini tidak dipecahkan kepada beberapa peratusan yang lebih kecil dan dijual sebagai satu unit sahaja sebagai “1% Equity Ownership Interest“. Jadi, hanya seorang peminat dengan poket tebal sahaja yang mampu memiliki 1% kelab ini.
  • Pemilik NFT ini juga tidak boleh mengundi untuk keputusan kelab.
  • Setiap kali NFT ini dijual, Tylis dan pelabur lain akan memperoleh 10% daripada jualan yang telah diletakkan dalam kontrak pintar NFT ini.

 

 

3 Sebab Mengapa NFT Digunakan Oleh Club Necaxa

NFT digunakan untuk tujuan pengesahan hak milik untuk aset digital. Jadi, mereka boleh sahaja jual pemilikan kelab ini secara biasa kepada mana-mana peminat. Jadi, mengapa pilih jual dalam bentuk NFT?

  1. Strategi pemasaran. Kelab ini berusia 98 tahun dan liga Mexico mempunyai jutaan peminat di Amerika Syarikat dan serata dunia. Pemilik kelab, Al Tylis berkata kelab cuba mengambil pendekatan terhadap golongan peminat usia muda dan arif IT untuk menyokong Club Necaxa.
  2. NFT adalah cara baru untuk berinteraksi dengan peminat. Menurut pemilik kelab, NFT adalah cara interaktif baru dalam dunia sukan. Ini adalah eksperimen dan mungkin akan berkembang ke arah tiket, akses ke bilik persalinan dan banyak lagi yang boleh dibuat dengan NFT.
  3. Dua jenis pemilikan dalam bentuk fizikal dan digital. Pemilikan dalam bentuk fizikal seperti dokumen sah, maklumat pendaftaran kelab dan surat kerajaan akan dikemukakan. Tetapi, “sijil” digital NFT ini akan membuktikan pemilikan dalam blockchain dan dalam dunia digital.
Kad digital NBA Top Shot keluaran rasmi NBA.

Rumusan

Sejak tahun lepas, topik NFT hangat diperkatakan dalam dunia seni dan mula merebak ke dunia sukan.

National Basketball Association (NBA) melancarkan koleksi NFT tersendiri sebagai NBA Top Shot dan Formula 1 juga melancarkan NFT dalam bentuk aset dalam permainanan video F1 Delta Time.

NFT mempunyai potensi yang cerah tetapi masih dalam tempoh eksperimen. Kita masih tidak tahu sama ada NFT hanya sekadar “fad” atau teknologi yang akan digunakan dalam seni dan sukan.

Untuk bayangkan penggunaan NFT dalam sukan di masa depan, cuba bayangkan anda beli tiket untuk menonton perlawanan bola sepak Malaysia vs Jepun di Stadium Bukit Jalil. Malaysia menang perlawanan tersebut dan layak ke Piala Dunia. Tiket digital tersebut akan sentiasa ada dalam blockchain dan tidak boleh diubah walaupun telefon bimbit/komputer anda rosak. Malah, ia boleh dijual beli dalam pasaran NFT sama seperti eBay dan Carousell tetapi dalam bentuk aset digital.

NFT boleh menaikkan nilai sesuatu barangan dan mungkin akan diletakkan sebagai suatu aset kelas tersendiri di masa depan.

 

Adakah anda berminat untuk memiliki NFT? Pembelian boleh dibuat menggunakan Ethereum di platform seperti OpenSeaNifty Gateway dan Rarible

Jika anda berminat dengan NFT dan belum memiliki Ethereum, anda boleh menggunakan platform seperti Luno atau Binance.

 

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya