Hartanah Virtual: Aset Paling Spekulatif Di Dunia

USD900,00! Itu adalah harga sebuah plot hartanah virtual di Decentraland yang berjaya dijual pada bulan Jun 2021. Sebuah lagi plot tanah virtual di The Sandbox pula telah berjaya dijual dengan harga USD650,000 awal bulan lepas.

Apakah hype dalam hartanah virtual? Ketahui dengan lebih lanjut apa itu konsep hartanah menggunakan sistem blockchain.

Masyarakat semakin banyak meluangkan masa dalam talian sama ada untuk bekerja atau bersosial. Kawalan pergerakan COVID-19 pula masih lagi aktif di kebanyakan negara di dunia termasuklah Malaysia.

Semua ini adalah faktor mengapa dunia digital semakin popular dan mula mendapat perhatian pelabur yang meletakkan wang mereka ke dalam aset virtual seperti seni (NFT) dan yang paling memeranjatkan, hartanah virtual.

Konsep hartanah virtual sebenarnya sudah beberapa tahun dilancarkan dalam blockchain tetapi dengan kenaikan populariti matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum, pelabur mula memberi perhatian terhadap aset ini.

Apa maksudnya hartanah virtual yang dikuasakan dengan blockchain?

Hartanah virtual melambangkan suatu plot tanah dalam ruang 3D di mana pengguna boleh buat apa-apa sahaja dengan tanah mereka. Pemilikan ini akan tertera dalam dompet milik pengguna.

Setiap pemilikan adalah unik dalam bentuk NFT ataupun mempunyai kontrak pintar yang boleh menujukan anda terhadap aset dalam sesuatu ekosistem kripto. Sebagai contoh;

Bayangkan nombor siri wang RM50 anda dapat merujuk kepada pemilikan 1 meter persegi bilik anda.

Sama seperti hartanah tradisional, anda boleh simpan sahaja atau majukan hartanah virtual ini untuk dijual, sewa atau digunakan untuk tetamu anda.

Terdapat banyak projek yang memberi pengalaman berbeza bergantung kepada platform yang mereka tawarkan.

Contoh Projek Hartanah Virtual

Somnium Space

Somnium Space adalah dunia realiti virtual antara platform yang dilancarkan pada tahun 2018. Platform ini membolehkan pengguna membeli tanah dan bina serta import objek masuk ke dalam platform ini.

Selain itu, pengguna juga boleh memilih antara tiga saiz tanah; kecil (200 meter persegi), sederhana (600 meter persegi) dan besar (1,500 meter persegi)

Projek ini bertujuan untuk memudahkan akses kepada pengalaman virtual reality (VR) dan membina ekonomi berdasarkan konsep VR.

Somnium Space Cubes ($CUBE) adalah token ERC-20 yang digunakan dalam ekosistem. Token ini boleh digunakan untuk pembelian aset virtual, bayar untuk objek/servis dalam metaverse atau memberi ganjaran kepada pengguna yang mempunyai “Karma” yang tinggi.

3 jenis saiz hartanah yang dijual dalam Somnium Space.

Decentraland

Selain Somnium Space, Decentraland juga adalah dunia virtual di mana pengguna boleh membina, jual beli aset 3D, bersosial dan bermain. Idea strategik di sebalik projek ini adalah untuk membina ruang virtual dalam blockchain.

Platform ini menawarkan peluang kepada pengguna untuk membeli tanah virtual dan bina apa-apa objek di atasnya seperti kedai, bandar dan lain-lain.

Projek ini adalah antara projek hartanah virtual yang popular dan paling mendapat perhatian. Pada bulan Jun 2021, Sotheby’s, pusat lelongan seni terbesar di dunia, membina replika digital di Decentraland untuk pameran seni digital.

Token yang digunakan dalam ekosistem Decentraland adalah $MANA, token utiliti untuk pembelian hartanah dan interaksi bersama pengguna lain dalam platform. Selain itu, Decentraland juga menggunakan LAND sebagai token unik ERC-721 yang diberi setelah pembeli membelanjakan MANA.

LAND adalah token unik yang dimiliki oleh anda dan melambangkan pemilikan dalam hartanah Decentraland. Anda boleh bina apa-apa sahaja dan tarik pengunjung ke ruang virtual anda. 

The Sandbox

The Sandbox adalah dunia virtual yang sangat mesra komuniti di mana pemain boleh bina, memiliki dan menjana pendapatan melalui pengalaman bermain game dalam blockchain Ethereum. Platform ini bertujuan untuk melepasi had dalam pasaran gaming dan menerapkan prinsip blockchain dalam video game. 

Pengguna ekosistem The Sandbox boleh bina video game mereka sendiri dan kongsi bersama komuniti. Pembina game ini juga boleh jual beli bersama orang lain dalam ekosistem dalam bentuk NFT.

The Sandbox ($SAND) adalah token utiliti yang digunakan dalam ekosistem blockchain The Sandbox.

Di dalam metaverse The Sandbox, LAND adalah sebuah hartanah unik yang pemain boleh miliki dan bina sesuatu. Pemilik LAND boleh meletakkan aset digital mereka dengan video game ataupun aset. Setiap LAND dalam dunia virtual The Sandbox adalah token NFT yang unik.

Anda boleh bina video game sendiri di The Sandbox dan jual dalam bentuk NFT.

Lebih kepada spekulasi, bukan pelaburan

Untuk aset yang eksperimental seperti hartanah virtual, susah untuk kita meletakkan nilai atau harga terhadap sesuatu plot tanah. Ianya bergantung kepada permintaan dan sama ada platform tersebut dapat kekal dengan arus teknologi.

Ya, teknologi virtual reality (VR) sering dinobatkan sebagai suatu bentuk teknologi yang akan digunakan semua orang. Namun, kita masih menghadapi masalah dari segi peranti dan peralatan yang digunakan sekarang tidak dapat menampung kadar visual tinggi.

Sebagai contoh, pengasas dan pembina Decentraland berkata bahawa grafik yang dimiliki Decentraland berada di tahap maksimumuntuk web browser.

Jadi, anda sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga dengan aset hartanah virtual dan hanya memilikinya sebagai salah satu langkah mempelbagaikan portfolio.

Contoh visual grafik dalam dunia Decentraland.

Rumusan

Dunia semakin ke arah interaksi sosial dengan panggilan Zoom, Discord, Google Meet menjadi satu kebiasaan dalam waktu pandemik ini. Konsep hartanah virtual mungkin kedengaran asing tetapi jika dilihat perubahan cara kita interaksi, mungkin ianya boleh berlaku di masa akan datang.

Aset kripto adalah konsep yang masih baru dalam masyarakat kita. Tambahan pula hartanah virtual. Jadi, kita memerlukan masa untuk menghadam dan memahami nilai praktikal hartanah virtual dahulu sebelum mengambil langkah terburu-buru.

 

Hartanah virtual mungkin adalah aset paling spekulatif dalam dunia. Masa depan platform yang memacu hartanah virtual ini mungkin akan ketinggalan zaman dalam masa hanya beberapa tahun sahaja. Dua tahun pun sudah cukup lama jikalau dalam dunia kripto!

Jadi, pastikan anda buat kajian anda sendiri sebelum terjun ke dalam dunia hartanah virtual dengan harapan hendak cepat kaya.

 

Adakah anda berminat untuk memiliki hartanah virtual? Tahukah anda bahawa semua platform yang disebut di atas menggunakan asas Ethereum, rangkaian ERC-20.

Jika anda berminat dengan hartanah virtual dan belum memiliki Ethereum, anda boleh menggunakan platform seperti Luno atau Binance dan dapatkan percuma Bitcoin bernilai RM25. 

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya