Jana Pendapatan Melalui Permainan Video NFT: Axie Infinity

Axie Infinity adalah permainan video “Play-to-Earn” dengan karakter comel dikenali sebagai “Axie”. Token yang ditawarkan adalah Smooth Love Potion, ataupun SLP yang boleh ditukar kepada Ethereum.

Ketahui lebih lanjut bagaimana jana pendapatan melalui permainan video NFT, Axie Infinity.

Jana pendapatan melalui permainan video? Mungkin anda biasa dengar tentang pendapatan permainan video daripada streameryoutuber, dan gamer professional.

Tetapi, Axie Infinity lebih unik berbanding permainan video lain. Ianya adalah permainan video berasaskan NFT, blockchain dan menggunakan ekosistem kripto secara penuh. Ketahui lebih lanjut konsep, tutorial mudah untuk mula bermain Axie Infinity dan token yang digunakan.

Tutorial Untuk Mula Bermain Axie Infinity dan Token

Sebelum anda mula bermain Axie Infinity, anda perlukan:

Kemudian,

  1. Dapatkan Ethereum dalam dompet Metamask anda dan gunakan untuk membeli sekurang-kurangnya 3 Axie sebelum bermula. (Setiap Axie berbeza harga mengikut kemampuan Axie tersebut)
  2. Klik “Play Now” di laman rasmi Axie Infinity.
  3. Muat turun Axie Infinity sama ada dalam Android, iOS, Windows dan Mac.
  4. Setelah anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 Axie, anda boleh mula main permainan ini.

Setiap Axie adalah unik dan merupakan sebuah NFT. Ini bermakna keupayaan, ciri, sifat dan harga setiap Axie berbeza bergantung kepada pasaran.

Oleh itu, buat kajian terlebih dahulu tentang Axie apa untuk dimiliki kerana ia boleh meningkatkan peluang untuk anda menang pertarungan, buat pembiakan Axie dan dijual semula dalam pasaran.

Untuk tips tambahan tentang tutorial dan strategi dalam Axie Infinity, anda boleh klik di sini.

Token Dalam Dunia Axie Infinity

Smooth Love Potion ($SLP)

SLP adalah token yang diperoleh dalam permainan sebagai ganjaran setelah pemain Axie Infinity menang pertarungan atau menyelesaikan mod pengembaraan. SLP juga digunakan untuk membiakkan Axie baru.

Pembiakan pertama memerlukan kos sebanyak 100 SLP manakala pembiakan kedua memerlukan 200 SLP. Kos akan semakin meningkat untuk pembiakan seterusnya.

Nota: Untuk setiap Axie, had pembiakkan adalah 7 kali untuk mengelakkan hiperinflasi dalam harga SLP.

Axie Infinity ($AXS)

Untuk pembangunan permainan video tradisional, keputusan terhadap ciri yang ingin ditambah dibuat oleh video game developer. Dalam ekosistem kripto, tiada kawalan daripada pusat ataupun CEO. Jadi, token AXS digunakan untuk mengundi apa-apa keputusan terhadap arah dan pembangunan video ini.

Token ini dikenali sebagai governance token dan memastikan pengundian dibuat mengikut jumlah pemilikan AXS. Token ini tidak boleh diperolehi melalui permainan Axis Infinity itu sendiri tetapi didapati dan dijual beli dalam pasaran kripto seperti Uniswap dan Binance.

Komuniti Axie Infinity di Cabanatuan, Filipina

Seperti yang kita semua tahu, wabak COVID-19 melanda seluruh dunia dan bagi yang berada di paras kemiskinan dan negara dunia ketiga, impaknya lebih teruk.

Filipina mempunyai komuniti Axie Infinity terbesar di dunia. Fenomena ini bermula di Cabanatuan, bandar terpencil di utara Manila. SLP yang diperoleh melalui permainan Axie Infinity itu sendiri boleh ditukar kepada matawang kripto lain seperti Ethereum, Bitcoin. Di sinilah di mana konsep jana pendapatan melalui Axie Infinity bermula.

Jumlah pengguna Axie Infinity mencecah 1.2 juta dalam sebulan. Kredit: twitter.com/axieinfinity

Selain mendapat token dalam game Axie Infinity itu sendiri, pengguna juga boleh jual Axie yang mereka miliki di pasaran NFT seperti OpenSea, Rarible dan lain-lain. Dengan penjualan ini, anda boleh memperolehi Ethereum untuk digunakan sama ada disimpan dalam sistem kewangan kripto seperti Uniswap (untuk menjana pendapatan pasif) atau ditukar kepada matawang biasa.

Penjualan NFT paling tinggi adalah dalam koleksi Axie Infinity di pasaran yang mencecah hingga USD85 juta nilai pertukaran. Kredit: OpenSea

Rumusan

Axie Infinity sedikit sebanyak membantu pengguna untuk meneroka dunia NFT dan ekosistem kripto. Untuk negara dunia ketiga seperti Filipina, Indonesia dan negara-negara Afrika, pengetahuan dalam ekosistem kripto melalui Axie Infinity boleh membantu memberi pendedahan terhadap struktur kewangan kripto. Mereka masih boleh memperoleh akses terhadap fasiliti kewangan asalkan adanya hubungan internet dan peranti penghubung seperti telefon bimbit.

Buat masa sekarang, projek Axie Infinity menunjukkan perkembangan mendadak tambahan pula dengan pandemik COVID-19 memaksa kebanyakan orang untuk tinggal di rumah tanpa pendapatan. Namun, untuk trend permainan video menggunakan konsep blockchain dan NFT, ini semestinya bukan yang terakhir.

Adakah anda berminat untuk memiliki NFT? Pembelian boleh dibuat menggunakan Ethereum di platform seperti OpenSeaNifty Gateway dan Rarible

Jika anda berminat dengan NFT dan belum memiliki Ethereum, anda boleh menggunakan platform seperti Luno atau Binance.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya