Jenis Dompet Untuk Matawang Kripto: “Cold” dan “Hot”

Dompet kripto boleh dibahagikan kepada dua: “cold” dan “hot”. Apakah perbezaan kedua-dua dompet ini?

Ketahui dengan lebih lanjut cara untuk simpan matawang kripto dengan lebih selamat.

Dompet kripto sebenarnya tidak digunakan untuk menyimpan matawang kripto anda. Dompet ini berfungsi sebagai pagar atau peralatan untuk memperoleh akses terhadap hak anda dalam rangkaian matawang kripto.

Dalam kata yang mudah, wang anda masih berada dalam dunia digital tetapi dompet ini menyimpan kata kunci unik anda yang membolehkan memindah wang ini kepada dompet lain.

Jadi, kenapa perlu ada dompet?

Semua pemilikan matawang kripto perlu diletakkan dalam dompet.

Dompet kripto akan mempunyai dua kata kunci tersendiri iaitu kata kunci awam (“public key“) dan kata kunci persendirian (“private key“). Public key ini digunakan untuk membina alamat unik anda sendiri.

Contoh alamat yang dijana daripada public key boleh dilihat di bawah:

tbnb15qqgtdfkckps8hj0akaf6msy68hgjvtukxl940

Private key juga merupakan gabungan nombor dan huruf seperti di atas yang boleh digunakan untuk akses matawang kripto anda di mana-mana sahaja, walaupun di komputer atau telefon bimbit lain.

Jadi, nombor private key ini lebih sensitif dan merupakan sasaran utama. Penggodam boleh memperoleh akses terhadap dompet dan curi wang anda.

Struktur dompet kripto terdiri daripada dua iaitu; kata kunci awam (“public key“) dan kata kunci persendirian (“private key“). Kredit Blockgeeks.com

Apa Itu Dompet “Hot dan “Cold”?

Seperti yang dibincangkan di atas, Bitcoin (contoh) anda tidak disimpan dalam dompet kripto tetapi kekal dalam rangkaian digital sebagai blockchain. Dompet ini memberikan anda akses terhadap Bitcoin milik anda dan membolehkan pemindahan atau penerimaan wang.

Terdapat dua jenis dompet kripto iaitu:

Hot Wallet

Hot wallet boleh didefinisikan sebagai dompet kripto yang dihubungkan dengan internet. Sebagai contoh;

Hot wallet berguna untuk para traders, perniagaan dan pelabur jangka masa pendek matawang kripto. Mengapa?

Hot wallet lebih senang untuk digunakan dan ditawarkan secara default apabila anda membuka akaun bersama platform berpusat seperti Binance dan Luno. Anda juga boleh menghubungkan hot wallet ini dengan infrastruktur kripto lain seperti PancakeSwap, Uniswap, Opensea, Rarible untuk kegunaan harian atau perniagaan anda.

Sebagai contoh; Anda buka akaun bersama platform pertukaran matawang kripto di Malaysia, Luno. Anda pun meletakkan RM100 dan tukar wang tersebut kepada Bitcoin. Aset Bitcoin anda ini akan disimpan secara automatik dalam dompet pihak ketiga melalui Luno.

Namun, hot wallet lebih terdedah kepada penggodam dan memandangkan anda bergantung kepada platform ini untuk menyimpan aset anda, ia tidak sesuai digunakan untuk jumlah wang yang banyak.

Cold wallet

Cold wallet adalah cara penyimpanan matawang kripto yang lebih selamat. Simpanan dalam cold wallet dibuat menggunakan hardware khas yang tidak mempunyai dihubungkan dengan internet. Bagaimana?

Dompet hardware ini adalah alatan fizikal seperti USB drive yang mempunyai random number generator untuk menjana private key dan public key tanpa dihubungkan dengan internet.

Contoh dompet yang terkenal; Trezor, Ledger, KeepKey.

Contoh hardware wallet. Dari kiri; Trezor, Ledger, KeepKey.

Tips untuk Pastikan Matawang Kripto Anda Selamat

#1: Simpan majoriti pegangan dalam cold wallet

Cold wallet membolehkan anda menyimpan matawang kripto anda dalam hardware yang tidak dihubungkan dengan internet. Dengan cara ini, aset anda lebih selamat daripada digodam. Sebagai contoh; dompet di dalam komputer anda boleh terdedah terhadap malware. Selain itu, dompet melalui pihak ketiga juga terdedah dengan godam. Sekiranya syarikat tersebut bankrap atau tutup, anda tidak boleh memperoleh akses terhadap aset anda sekiranya anda tidak menyimpan private key.

Jadi, cara yang paling selamat adalah dengan meletakkan majoriti pegangan anda dalam cold wallet jika anda hendak HODL sahaja Bitcoin atau Ethereum anda.

#2. Gunakan 2 Factor Authentication (2FA) di platform simpanan kripto

Sekiranya anda mempunyai aset di Binance, Luno atau platform lain, pastikan anda meningkatkan keselamatan dengan memilih 2FA. Walaupun agak leceh (kerana anda perlu menggunakan Google Authenticator), cara ini lebih selamat. Sekiranya boleh, jangan letakkan aset kripto anda dalam satu platform sahaja dan untuk suatu masa yang lama.

#3. Jangan dedahkan private key dan seed phrase anda

Private key adalah nombor unik yang membolehkan anda akses dompet anda di mana-mana sahaja. Jangan dedahkan nombor ini dan jangan simpan secara dalam talian atau cloud seperti Evernote, Dropbox, Google Drive. Sekiranya berlaku kebocoran data, pegangan aset anda boleh digodam dan dicuri dengan mudah apabila seseorang memperoleh maklumat ini.

Contoh 12, 24 atau 48 perkataan unik untuk seed phrase

Seed phrase pula adalah 12, 24 atau 48 perkataan unik yang membolehkan anda mendapatkan akses private key dan public key anda. Apabila anda membuka dompet bersama Metamask, Binance Chain Wallet atau dompet lain, anda akan diminta untuk menulis perkataan unik ini. Jangan simpan dalam telefon atau komputer anda. Sebaliknya, tulis perkataan ini dalam kertas dan simpan di tempat yang selamat.

Rumusan

Matawang kripto terdedah dengan penggodaman dan kecurian. Oleh sebab ia tidak dikawal oleh bank atau mana-mana negara, sebarang pemindahan tidak boleh dikembalikan dan sukar untuk dijejak. Jadi, untuk pastikan aset kripto anda selamat, anda boleh cuba menggunakan cold wallet. Trezor masih lagi pilihan utama untuk pemegang matawang kripto.

Hot wallet pula sesuai digunakan jika anda kerap jual beli matawang kripto anda. Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada cara anda gunakan matawang kripto dan sama ada anda mempunyai pandangan jangka masa panjang atau pendek terhadap kelas aset ini.

 

Apakah pendapat anda terhadap jenis dompet kripto ini? Yang mana lebih anda suka?

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto di Luno dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya