Ketahui Senarai Platform Matawang Kripto Yang Sah

Tahukah anda bahawa hanya ada tiga plaform matawang kripto yang sah di Malaysia? Semua kawal selia platform aset digital dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti jadi pastikan anda menggunakan saluran yang betul.

Jangan termakan dengan kata-kata manis pulangan bulanan 100% apabila anda melabur dalam matawang kripto.

Suruhanjaya Sekuriti, atau Securities Commission (SC) adalah badan yang menyelia pasaran modal termasuk jual beli sekuriti dan instrumen kewangan daripada saham, bon hinggalah kepada platform matawang kripto. Tanggungjawab utama SC adalah untuk melindungi pelabur.

SC merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan sama seperti organisasi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Pekerja dan Khazanah Berhad. SC terlibat dalam kawal selia pasaran seperti pendaftaran prospektus syarikat dan dana, meluluskan penerbitan bon korporat serta mengawal selia percantuman dan pengambilalihan korporat.

Memandangkan mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan pelabur, mereka akan mengemaskini senarai syarikat yang tidak berdaftar untuk memberi amaran kepada pelabur. Industri matawang kripto masih baru dan oleh itu, ia menarik perhatian syarikat yang ingin mengambil kesempatan untuk menipu orang awam dengan menawarkan mereka pelaburan dalam matawang kripto.

Platform Aset Digital atau Digital Asset Exchange (DAX)

DAX adalah kategori platform yang membenarkan pengguna menjalankan urusan jual beli dalam aset digital seperti matawang kripto. Kategori DAX ini digunakan oleh SC untuk membezakan platform matawang kripto dengan platform pelaburan yang lain. Antara ciri-ciri DAX adalah:

  • Membenarkan pelanggan menukar aset (biasanya tunai) kepada matawang kripto atau aset digital
  • Membenarkan pelanggan menukar aset digital mereka kepada aset digital lain
  • Mengenakan komisen atas pertukaran aset sebagai caj servis
  • Merupakan “pembuat pasaran” di mana mereka mengenakan harga untuk dijual dan harga untuk dibeli mengikut kriteria

DAX mempunyai potensi untuk disalahguna dan boleh mengambil kesempatan atas pelanggan tanpa mereka sedari sama ada melalui caj yang jauh lebih mahal atau perjanjian yang berat sebelah.

Jadi, SC bertanggungjawab memantau DAX supaya mereka kekal dalam kawalan selia undang-undang dan melindung pelabur.

Nota: DAX tidak akan ambil wang anda dan laburkan. Mereka hanya menukar wang anda kepada aset digital. Jadi, jaga-jaga dengan sesiapa yang menawarkan “pakej pelaburan” kepada anda dengan menggunakan matawang kripto.

Senarai DAX Yang Disahkan Di Malaysia

Setakat ini, di laman rasmi SC, hanya ada tiga platform aset digital yang dibenarkan beroperasi di Malaysia iaitu:

Sinegy adalah satu-satunya platform aset digital daripada Malaysia yang disahkan oleh SC. Mereka mempunyai pejabat di Pulau Pinang. Mereka agak baru di pasaran tetapi mempunyai pertumbuhan yang cepat dengan jumlah transaksi sebanyak USD18 juta pada 6 bulan awal operasi.

Luno adalah platform paling popular di Malaysia dan kerap digunakan oleh sesiapa yang baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan matawang kripto. Mereka adalah syarikat pertama yang disahkan di Malaysia untuk menjalankan operasi aset digital. App mereka amatlah mesra pengguna dan banyak mendapat perhatian ramai baru-baru ini terutamanya daripada pengguna media sosial.

Tokenize pula lebih teknikal dan fokus kepada pasaran Singapura. Platform mereka memberi kemudahan bukan sahaja kepada individu malah kepada syarikat dengan pilihan untuk mendaftar akaun korporat. Baru-baru ini, 19% daripada subsidiari syarikat mereka di Malaysia dibeli oleh Kenanga Investment Bank dan mengukuhkan lagi tapak mereka di negara ini.

Senarai Amaran Pelabur

Senarai yang kerap dikemaskini oleh SC adalah senarai amaran pelabur di mana syarikat yang tidak mempunyai pengesahan atau didapati menipu pelabur diletakkan.

Pastikan anda menyemak senarai ini sebelum melakukan apa-apa pelaburan terutamanya dalam matawang kripto.

Rumusan

Matawang kripto semakin popular terutamanya sejak tahun 2018 dan tahun 2020 di mana prestasi Bitcoin, Ethereum dan matawang digital lain meningkat dengan mendadak. Namun, anda perlu beringat bahawa industri ini masih baru dan terdedah kepada unsur penipuan.

Ada yang menjanjikan keuntungan melalui set mining Bitcoin atau pelaburan untung setiap bulan malah setiap hari.

Jangan ikut hati sahaja terutamanya apabila orang sekeliling anda asyik mencanang untung mereka. Kekal rasional dan buat kajian terlebih dahulu sebelum bertindak. Dalam pelaburan, peluang sentiasa ada. Seperti orang lain, yang kurang cuma masa.

Antara platform matawang kripto yang sah di Malaysia adalah Luno. Klik di sini untuk daftar dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25. 

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya