Nasib Dan Risiko: Pelanduk Dua Serupa

Pernahkah anda melabur ke dalam saham syarikat dan 5 tahun kemudian, harga saham tersebut naik 3 kali ganda daripada harga asal? Adakah ini bermaksud anda bijak membuat keputusan? Atau adakah anda sekadar bernasib baik?

Ketahui bagaimana konsep nasib (“luck“) dan risiko (“risk“) sebenarnya lebih sama daripada apa yang anda jangka.

Nasib (“luck“) dan risiko (“risk“) boleh dikatakan sebagai “adik-beradik yang rapat”. Kedua-duanya adalah realiti kehidupan yang datang bukan daripada usaha kita tetapi persekitaran. Apabila anda lihat seseorang itu berjaya atau gagal dalam bisnes atau pelaburan, anda perlu ingat:

“Semuanya tidak seteruk atau sebaik yang anda sangka kerana peranan luck dan risk akan selalu ada”

Untuk kenali dengan lebih mendalam konsep luck dan risk, kita perlu lihat kisah awal hidup Bill Gates dan bagaimana Microsoft bermula.

Peranan Luck dan Risk Dalam Kisah Awal Penubuhan Microsoft

Pada tahun 1968, Bill Dougall, seorang veteran perang yang tinggal di Seattle, telah berjaya memujuk Persatuan Ibu Bapa Lakeside School, sekolah yang dihadiri Bill Gates, untuk membeli sebuah komputer Teletype Model 33 untuk sekolah tersebut. Komputer, pada masa ini,  merupakan alatan canggih yang hanya digunakan untuk tujuan ketenteraan atau syarikat korporat gergasi.

Bill Gates ketika itu hanya berumur 13 tahun apabila sekolah beliau menerima komputer ini dan kebanyakan universiti terkemuka di Amerika Syarikat pun tidak mempunyai komputer secanggih ini. Bill Gates bersama rakan sekelasnya, Paul Allen, menjadi obses dengan komputer dan kerap meluangkan masa mereka “bermain” dengan mesin baru ini. Komputer di sekolah mereka bukannya digunakan untuk mengajar pelajar teta[pi dibuka untuk sesiapa yang berminat. Bill Gates dan Paul Allen bersama sekumpulan pelajar lain adalah antara kumpulan kelab komputer ini.

Beberapa tahun selepas Bill Gates tamat pengajian di sekolah, beliau bersama Paul Allen mengambil keputusan untuk mulakan perniagaan mereka sendiri, Microsoft Inc., syarikat peranti komputer. Kini, nilai Microsoft berjumlah lebih USD1 trillion.

Menurut rakan sekerjanya, Bill Gates adalah seorang individu yang bekerja keras. Komitmen dan visi yang dimiliki oleh Bill Gates ketika itu melebihi kebanyakan pakar dalam industri komputer. Tetapi, adakah ini bermaksud watak dan kepandaian yang dimiliki Bill Gates adalah sebab dia berjaya? Ya, tetapi terdapat elemen lain juga. Luck.

Pada 1968, terdapat 303 juta pelajar sekolah menengah di seluruh dunia. 18 juta daripadanya berada di Amerika Syarikat. 270,000 tinggal di Washington dan hanya 100,000 pelajar yang tinggal di kawasan Seattle. Hanya 300 daripadanya hadiri Lakeside School. Jadi, mengikut statistik ini, terdapat lebih kurang satu daripada sejuta peluang bagi seseorang pelajar pada tahun 1968 untuk ke sekolah yang memiliki komputer. Salah seorang daripadanya ialah – Bill Gates.

Komputer Teletype Model 33 yang digunakan oleh Bill Gates di zaman persekolahannya. Kredit: Wikipedia

Right place at the right time. Bill Gates bertuah kerana mempunyai peluang satu dalam sejuta. Tetapi, tidak semua orang bertuah atau bernasib baik. Untuk memahami perspektif lain, kita perlu fahamkan konsep risiko, atau “risk“.

Semua keputusan dan pilihan kita mempunyai risiko. Jika Bill Gates bertuah, Kent Evans pula adalah hasil risiko.

Siapakah Kent Evans?

Pada tahun 1968, di Lakeside School, bersama-sama dengan Bill Gates dan Paul Allen, seorang lagi genius komputer bersama-sama mereka meneroka alam komputer yang baru. Kent Evans adalah rakan sekelas Bill Gates.

Dalam temuramah bersama Bill Gates, beliau memberitahu bahawa Kent Evans pelajar terbaik dalam kelas dan rakan baiknya. Bill Gates masih ingat lagi nombor telefon rumah Kent Evans apabila bercerita tentangnya. Bill Gates juga menyatakan bahawa Kent Evans lebih bersifat usahawan dan sering “membawa beg ala ala peguam” ke mana-mana sahaja.

Bill Gates dikenali sebagai pencetus revolusi komputer peribadi tetapi mungkin Kent Evans berpotensi untuk juga dikenali sebagai bapa pemodenan komputer. Apa sebenarnya yang terjadi?

Beliau meninggal dunia beberapa tahun selepas tamat sekolah menengah dalam kemalangan semasa mendaki gunung. Setiap tahun, terdapat 36 kemalangan semasa mendaki gunung yang melibatkan kematian di Amerika Syarikat. Peluang untuk perkara ini terjadi lebih kurang satu dalam sejuta. Sama seperti Bill Gates yang mempunyai luck satu dalam sejuta untuk menghadiri sekolah yang mempunyai komputer pada tahun 1968, Kent Evans mempunyai risiko satu dalam sejuta untuk terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kematian semasa mendaki gunung.

Kuasa Yang Mengawal Keputusan Hidup Kita

Kedua-dua luck dan risk adalah realiti dalam setiap keputusan yang kita ambil setiap hari. Kenapa? Dunia ini terlalu kompleks untuk kita tahu dengan jelas apa akan berlaku. Jadi, untuk setiap perkara yang mungkin terjadi, ia boleh dibahagikan kepada luck dan risk.

100% daripada ikhtiar kita tidak bermakna ia akan dibawa kepada 100% keputusan yang kita dapat

Peranan luck dan risiko susah untuk diterjemahkan dalam bentuk angka. Untuk setiap Bill Gates, ada Kent Evans, yang sama dari segi keupayaan, kepandaian dan komitmen tetapi berada di hujung spektrum “luck” iaitu risiko. Jika anda lihat dunia dari sudut perspektif ini, anda akan sedar bahawa apabila anda ingin menilai kejayaan atau kegagalan kewangan seseorang – ianya tidak seindah atau seburuk yang anda sangka.

Dalam temuramah bersama Robert Shiller, pakar ekonomi yang memenangi Nobel Prize, beliau diajukan soalan:

“Apakah yang anda ingin tahu tentang pelaburan yang kita tidak akan dapat tahu?”

Beliau menjawab,

“Peranan sebenar luck dalam kejayaan seseorang”

Tiada siapa yang sebenarnya tahu berapa banyak peranan luck dalam kejayaan seseorang. Pada pendapat saya, kita boleh gantikan perkataan “luck” dengan “rezeki”. Manakan kita mempunyai metrik untuk mengira peratusan “rezeki”.

Kita mungkin dianggap biadap jika kita katakan kepada seseorang yang berjaya bahawa dia bernasib baik. Tetapi jika anda fikirkan kembali, terdapat 1 billion pelabur di dunia ini. Adakah anda percaya bahawa akan ada 10 orang daripada 1 billion pelabur ini yang akan berjaya menjadi seorang billionaire kerana mereka bernasib baik?

Anda akan jawab, “Sudah tentu”. Tetapi, alasan ini tidak diterima dan tidak dipaparkan dalam media. Namun, sama ada anda percaya atau tidak, peranan luck dan risk akan sentiasa ada dalam kejayaan atau kegagalan seseorang.

Kegagalan: Risiko Atau Kelemahan Diri Sendiri?

80% daripada perniagaan akan gagal. Adakah ini disebabkan kelemahan pengurusan/diri sendiri? Ya, tidak dinafikan perniagaan yang gagal utamanya disebabkan oleh kemalasan, kelemahan dan pengurusan. Tetapi, anda perlu ingat peranan risiko. Untuk setiap Bill Gates, ada Kent Evans. Setiap perkara yang membawa pulangan besar tidak akan mempunyai 100% peluang untuk berjaya – walaupun anda Bill Gates.

Contoh;

Bayangkan anda membeli saham syarikat A. 5 tahun kemudian, harga saham ini kekal di situ sahaja ataupun mendatangkan kerugian. Adakah ini bermakna anda telah membuat keputusan yang silap untuk membeli saham ini pada awalnya? Mungkin juga ada 80% peluang untuk syarikat atau industri ini berjaya tetapi anda di dalam golongan 20%. Bagaimanakah cara untuk anda tahu dengan pasti? Adakah anda membuat kesilapan atau sebenarnya menghadapi realiti risiko?

Risiko adalah sesuatu yang selalu kita dengar tetapi tidak sebetul-betulnya faham. 90% peluang untuk sesuatu berjaya bermakna terdapat 10% peluang untuk sesuatu yang sama gagal.

Kegagalan seseorang selalu dipaparkan sebagai kesilapan dalam membuat keputusan tetapi sebenarnya ia lebih kompleks. Sebagai manusia, kita inginkan naratif yang mudah difahami. Gagal = Keputusan Silap. Ia boleh juga diterjemahkan sebagai – Gagal = 10% Risiko.

Laman depan majalah perniagaan Forbes, Entreprenuer tidak memaparkan pelabur yang membuat keputusan bijak tetapi ditelan oleh risiko. Sebaliknya yang berlaku. Seseorang yang mengambil keputusan berisiko tetapi berjaya mendapat hasil. Kebanyakan jutawan dan usahawan berjaya yang mendapat pulangan tinggi adalah disebabkan mereka mengambil risiko yang tinggi.

Lebih tinggi risiko = lebih tinggi pulangan

Apa yang bahaya tentang perspektif kegagalan adalah kita cuba cari “teknik berkesan” dan “formula ajaib” untuk elakkan kegagalan. Jika kita dapat tahu peranan sebenar luck dan risiko, kita dapat mengasingkan nasihat yang baik dan nasihat yang buruk.

“Pelaburan yang cerdik adalah membosankan” kurang lantang berbanding “Saham A naik sebanyak 10,000% dalam masa setahun” di mata media. Tetapi sebagai pelabur, kita perlu lihat pulangan dari perspektif risiko supaya kita dapat membuat keputusan lebih terancang.

Rumusan

Warren Buffett dan Bill Gates sering mengingatkan orang awam tentang peranan luck dalam kejayaan mereka. Sedikit sebanyak, ini mengajar kita tentang elemen nasib dan risiko dalam kehidupan dan bagaimana cara untuk menguruskannya.

Fokus kepada perspektif yang luas dan bukan kisah kejayaan individu

Contoh yang ekstrem seperti CEO, billionaire tidak boleh mengajar kita cara untuk menguruskan risiko. Ini adalah data ekstrem luar daripada norma dan lebih tertakluk kepada elemen luck. Anda lebih berpeluang untuk memperolehi nasihat yang praktikal apabila anda fokus terhadap perspektif yang luas.

Sebagai contoh, Warren Buffett memberikan nasihat terbaik dalam pelaburan adalah pelaburan untuk diri sendiri dan dengan memperbaiki kemahiran komunikasi. Ini adalah nasihat yang universal dan lebih praktikal berbanding dengan cara beliau memilih saham apa untuk dilabur. Setiap orang mempunyai profil risiko yang berbeza. Jadi, gunakan kelebihan yang anda ada dan fahami kelemahan anda supaya anda tidak tersekat dengan kejayaan orang lain.

Adakah anda selesa dengan risiko pelaburan anda sekarang? Jika tidak, alih portfolio pelaburan anda supaya lebih kena dengan gaya hidup, matlamat dan kelebihan yang anda miliki.

 

Untuk mula dengan pelaburan matawang kripto, klik di sini untuk dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

Untuk mula dengan pelaburan bulanan pasaran domestik dan USA dalam Wahed Invest, klik di sini untuk dapatkan USD2.5 percuma.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya