Pemain Poker Terkemuka Di Hong Kong Bertaruh Besar Untuk AirAsia

Stanley Choi Chiu Fai, seorang usahawan dan pemain poker terkemuka Hong Kong, telah melabur sebanyak RM 114 juta dalam AirAsia Group Berhad dan secara langsung memiliki 8.96% daripada jumlah saham AirAsia.

Kredit: casino.org

Siapakah Stanley Choi?

Beliau merupakan seorang usahawan dari Hong Kong di samping pemain poker terkenal yang tersenarai dalam Global Poker Index. Antara jawatan yang dimiliki beliau adalah:

Selain itu, beliau juga memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam servis pembelian & penggabungan syarikat, kewangan dan pelaburan ekuiti persendirian.

Pendapat Stanley Choi tentang AirAsia

Pada 18 Februari lepas, Stanley Choi mengambil pertaruhan yang besar terhadap syarikat penerbangan yang semakin melarat, AirAsia Group Berhad dalam pelaburan blok individu, yang juga dikenali sebagai private placement, melalui syarikat milik penuh beliau, Positive Boom Ltd.

Stanley Choi optimistik akan pelaburan besar ini disebabkan oleh faktor kekuatan jenama yang dimiliki AirAsia di rantau Asia. Beliau yakin bahawa keadaan yang paling teruk untuk industri penerbangan sudah pun berakhir dan perniagaan akan kembali pulih setelah pandemik ini dapat diatasi.

Saya amat berbesar hati untuk menjadi antara pelabur saham terbesar syarikat AirAsia Group Berhad – syarikat penerbangan bajet rendah terhebat di dunia dan salah satu jenama terbesar di rantau Asia yang juga telah berjaya menapak dalam aspek perniagaan digital. Saya percaya bahawa tempoh terburuk dalam sejarah industri penerbangan telahpun berakhir dan pengangkutan udara akan kembali pulih di bawah pimpinan Tan Sri Dr Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin. Dengan pengedaran vaksin serata dunia, AirAsia mempunyai masa depan yang cerah” – kata Stanley Choi.

Kredit: Sky Sports

Kontroversi berkenaan Wigan Athletic

Menurut sumber laporan akhbar daripada The Telegraph, Dave Whelan, taikun peruncitan England, telah menjual kelab tempatan, Wigan Athletic, kepada International Entertainment Group (IEC), yang dipengerusikan oleh Stanley Choi, dengan harga £15.9 juta pada tahun 2018. Dua tahun kemudian, IEC mengambil keputusan untuk menjual kelab bola sepak ini kepada Next Leader Fund, yang juga dimiliki oleh Stanley Choi dengan harga £17.8 juta dan memberi keuntungan hampir £2 juta atas pelaburan oleh IEC.

Namun, selepas pembelian, Stanley Choi dilaporkan akan melepaskan pemilikan dalam Next Leader Fund kepada pemegang saham minoriti, Au Yeung, secara penuh. Kini, Au Yeung memiliki 100% saham dalam Next Leader Fund dan beliau mengumumkan bahawa syarikat itu tidak akan menanggung hutang dan tidak akan menyuntik dana ke dalam kelab Wigan Athletic. Jadi, kelab ini terpaksa menjalani proses administration yang bermakna ia mungkin akan dilupuskan atau diumumkan bankrap.

Apakah pendapat anda tentang pemegang saham terbaru AirAsia ini?

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya