Pendapatan Pasif Melalui Matawang Kripto: Apa Itu “Staking”?

Staking adalah konsep baru dalam dunia matawang kripto. Dalam erti kata mudah, staking ibarat menyimpan wang anda di dalam akaun simpanan dan anda berpotensi memperoleh faedah.

Baca dengan lebih lanjut untuk ketahui tentang staking dan bagaimana cara jana pendapatan pasif melalui matawang kripto.

Apa Itu Staking?

Bayangkan anda mempunyai RM10 dan letakkan dalam akaun simpanan tetap di bank. Sebagai ganjaran menyimpan bersama bank, anda akan memperolehi faedah atau hibah di atas RM10 ini. Bank pula boleh menggunakan wang anda untuk kos operasi, membeli saham atau bon, dan secara langsung, mengembangkan perniagaan bank.

Staking mempunyai konsep yang lebih kurang sama dengan simpanan bank tetapi berbeza dari segi penerima (bank). Sebelum itu, kita perlu tahu bagaimana matawang kripto disahkan:

Matawang kripto mempunyai dua cara pengesahan yang selalu digunakan iaitu:

  1. Proof-of-work (Bitcoin)
  2. Proof-of-stake (Ethereum)

Proof-of-work adalah di mana pelombong perlu menggunakan kuasa komputer untuk menyelesaikan masalah matematik untuk berpotensi mendapatkan ganjaran. Sistem ini digunakan oleh Bitcoin.

Proof-of-stake adalah di mana pelombong atau pengesah transaksi perlu mempunyai matawang kripto untuk “dicagarkan”. Lebih banyak wang yang dimiliki, lebih kuat kuasa untuk melombong.

Kedua-dua cara ini memastikan rangkaian sesuatu matawang kripto itu selamat dan tidak boleh digodam.

Locked Staking dan Flexible Staking

Terdapat dua jenis staking boleh dilakukan iaitu:

#1: Locked Staking

Locked staking bermakna anda perlu meletakkan matawang kripto anda di dalam rangkaian untuk suatu masa yang tetap.

Contoh:

Jika anda mempunyai matawang BNB dan memilih untuk locked staking selama 30 hari, anda tidak boleh menggunakan matawang ini dan akan menerima faedah dalam bentuk BNB juga.

Anda boleh lawat laman Binance untuk ketahui lebih lanjut mengenai locked staking dan matawang kripto apa yang ditawarkan untuk staking.

#2: Flexible Staking

Flexible staking bermakna anda boleh meletakkan matawang kripto di dalam rangkaian dan boleh mengeluarkannya bila-bila masa. Namun, pulangan untuk flexible staking lebih rendah berbanding fixed staking bergantung kepada matawang kripto yang dipilih.

Contoh:

Jika anda mempunyai matawang BNB dan memilih untuk flexible staking, anda boleh mengeluarkan matawang ini daripada staking pada bila-bila masa.

Pilihan antara locked staking (berserta tempoh dalam hari) dan flexible stacking (“flexible lock”) di salah satu platform pertukaran matawang kripto, Binance. Kredit: binance.com

Bagaimana Pula Dengan DeFi Staking?

Decentralised Finance (DeFi) adalah sistem kewangan tidak berpusat yang bertujuan untuk menawarkan servis penukaran, pembelian dan penjualan tanpa perlu melalui syarikat pertukaran matawang kripto seperti Binance, Coinbase atau Luno.

Konsep ini agak baru dalam sejarah matawang kripto. Tujuan DeFi adalah untuk menjadikan sistem penukaran, pembelian dan staking tidak dikawal oleh mana-mana entiti dan hanya bergantung kepada kadar pasaran.

Melalui DeFi, anda juga boleh stake matawang kripto anda untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk faedah. Bayangkan anda ingin menyimpan matawang kripto anda di dalam bank yang tidak dimiliki oleh sesiapa.

Anda boleh klik di sini untuk ketahui platform mana yang paling popular dalam DeFi.

Risiko Staking

Tidak terkejut jika ada yang menawarkan kadar faedah sehingga 20% setahun untuk stake matawang kripto anda. Namun, anda juga perlu fahami risiko dalam aktiviti staking ini.

Risiko Kadar Pasaran

Risiko yang paling besar untuk pelabur adalah naik turun harga matawang tersebut. Matawang kripto terkenal dengan naik turun yang tidak menentu.

Jadi, walaupun anda telah stake matawang anda dan memperoleh 15% pulangan daripada modal anda dalam setahun, jika harga matawang tersebut jatuh 50% dalam masa setahun yang sama, anda masih mengalami kerugian.

Jadi, kadar faedah tahunan, juga dikenali sebagai Annual Percentage Yield (APY) bukanlah ukuran semata-mata.

Risiko Kecairan

Jika anda stake matawang yang tidak popular dalam pasaran, walaupun anda memperoleh pulangan yang tinggi, anda masih akan mengalami kesukaran untuk menukar matawang tersebut kepada matawang US Dollar ataupun Bitcoin kerana kurangnya pembeli.

Jadi, anda perlu pilih matawang kripto yang mempunyai jumlah pertukaran yang tinggi.

Selain itu, tempoh lockup melalui locked staking juga akan menyukarkan anda apabila harga matawang kripto yang anda miliki itu jatuh dengan drastik. Anda tidak boleh mengeluarkan matawang anda dan perlu tunggu sehingga tempoh tersebut tamat.

Risiko Masalah Teknikal Melalui Platform

Proses staking akan menggunakan nod validator. Ini bermaksud nod tersebut perlu berada dalam rangkaian 24 jam sehari. Selalunya, proses ini akan diberikan kepada pihak ketiga untuk memastikan proses berjalan dengan sempurna.

Namun, ada peluang untuk platform dilanda masalah teknikal. Jika perkara ini terjadi, ia akan memberikan kesan kepada stake matawang kripto milik anda. Denda boleh dikenakan dan peratusan matawang kripto anda akan ditolak.

Masalah lain dalam platform pula adalah potensi godam. Jika anda tidak berhati-hati dengan kata laluan, ada peluang untuk akaun anda digodam dan matawang ini dicuri.

Pastikan anda tulis kata kunci (“private keys“) dalam bentuk fizikal dan simpan dengan selamat.

Platform Pertukaran Matawang Kripto (“exchange“) Untuk Staking

Berikut adalah platform yang popular digunakan oleh pelabur untuk staking. Untuk info lebih lanjut, sila layari laman web berikut:

  1. Binance (Platform ini tidak dibenarkan untuk beroperasi secara sah di Malaysia)
  2. Coinbase (tidak ditawarkan di Malaysia)

Platform pertukaran matawang kripto yang disahkan di Malaysia (Luno, Synegy, Tokenize) tidak menawarkan servis staking.

Sebelum anda memilih untuk staking, pastikan anda arif akan konsep staking dan risiko seperti yang dinyatakan di atas.

Rumusan

Matawang kripto yang menggunakan konsep proof-of-stake semakin popular berbanding proof-of-work utamanya kerana lebih jimat tenaga seperti Ethereum. Terdapat kontroversi berkenaan penggunaan tenaga oleh rangkaian Bitcoin yang lebih banyak daripada penggunaan tenaga negara Ireland dalam setahun. Untuk satu transaksi menggunakan Visa, hanya 0.01 kWh tenaga digunakan berbanding Bitcoin iaitu 200 kWh. Ethereum pula menggunakan 37KWh untuk setiap transaksi.

Jadi, inilah peluang untuk meneroka pendapatan pasif baru menggunakan staking memandangkan Ethereum semakin popular selari dengan matawang kripto yang menggunakan proof-of-stake. 

Apakah pendapat anda tentang staking? Adakah staking boleh menggantikan akaun simpanan tetap bank di masa akan datang?

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto yang sah di Luno dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya