MIDF Invest: Platform Labur Pasaran Saham Amerika Syarikat

Platform terbaru daripada MIDF Amanah Investment Bank Berhad kini membolehkan rakyat Malaysia untuk melabur terus ke dalam saham dan ETF Amerika Syarikat.

Ketahui lebih lanjut tentang platform MIDF Invest dan cara untuk memiliki saham di Amerika Syarikat seperti Facebook, Apple, Google dan Tesla.

Pada 6 Jun 2021, Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) bekerjasama dengan Saxo Markets Asia Pacific untuk pelancaran app pelaburan online terbaru di Malaysia, MIDF Invest.

Platform ini disediakan dalam:

Menurut pihak MIDF, app ini juga membolehkan pengguna untuk membuka akaun Islamik 100% secara online dan melabur ke dalam saham dan ETF patuh shariah.

“Keputusan untuk melancarkan app ini dipacu oleh keperluan pelabur untuk mempelbagaikan portfolio mereka dan tarikan pulangan yang tinggi dalam pasaran Amerika Syarikat. Prestasi ini disumbangkan oleh syarikat teknologi. Kami membina app ini kerana kami percaya bahawa platform pelaburan luar negara perlu ditawarkan dan mampu milik untuk semua orang” – kata Datuk Charon Wardini Mokhzani, Pengarah Urusan MIDF

MIDF Invest menawarkan caj percuma brokerage untuk semua pembelian/penjualan bawah USD1,000 (RM4,150) bermula dari 6 Julai hingga 31 Julai 2021.

Apa Yang Ada Dalam App MIDF Invest?

MIDF Invest dibangunkan oleh Saxo Bank, institut pelaburan yang sudah 29 tahun bertapak dalam industri kewangan global. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk akses talian pengguna 24 jam sehari, carta mudah, sistem jual beli saham dan tips serta berita terbaru berkenaan pasaran.

Aplikasi ini juga disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Berikut merupakan beberapa ciri dalam platform MIDF Invest:

Berita/Analisis

Watchlist

Kadar Pertukaran Ringgit Malaysia dan US Dollar

Tutorial Daftar MIDF Invest

  1. Muat turun app MIDF Invest di Google Play Store atau App Store.
  2. Isi butiran peribadi menggunakan borang yang disediakan.
  3. Sahkan identiti menggunakan IC Malaysia (depan dan belakang).
  4. Proses pengesahan akan mengambil masa 2-3 hari bekerja dan selepas itu, anda boleh mula melabur dalam pasaran NASDAQ dan NYSE.
  5. Anda mungkin perlu emel dokumen tambahan seperti penyata bank atau lesen memandu (bergantung kepada pihak MIDF Invest). Tunggu emel yang akan memberikan keterangan lanjut.

P/S: Caj brokerage adalah 0.4% ataupun USD10 yang mana lebih tinggi. Sebagai promosi, tiada caj brokerage akan dikenakan sehingga 31 Julai 2021.

Rumusan

MIDF Invest adalah platform pertama yang membolehkan pelabur melabur ke dalam pasaran saham Amerika Syarikat di samping menggunakan pengesahan identiti penuh dalam talian. Anda tidak perlu lagi mengisi borang atau melawat cawangan fizikal.

Namun, anda juga perlu tahu bahawa akaun pelaburan di MIDF Invest adalah nominee account, di mana anda meletakkan pihak MIDF sebagai penjaga/trustee untuk pemilikan anda.

Dengan adanya MIDF Invest, rakyat Malaysia dapat demokrasikan kewangan mereka tanpa pihak tengah serta memberi pilihan kepada pelabur untuk mempelbagaikan portfolio ke luar negara.

 

Apakah pendapat anda tentang pelaburan dalam pasaran Amerika Syarikat? Saham syarikat apakah yang anda mahu miliki?

Jika anda ingin melabur dalam pasaran saham Amerika Syarikat mengikut kadar risiko anda, klik di sini untuk mula dengan pelaburan dalam Wahed Invest dan dapatkan percuma USD2.5.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya