Rahsia Di Sebalik Starbucks Gift Card

Tak kira ke mana anda pergi, pasti anda akan terlihat Starbucks ($SBUX) di tepi jalan sama ada Tokyo, Sydney, London, Paris, Kuala Lumpur atau Jakarta. Tahukah anda bahawa rahsia Starbucks Inc terletak pada sistem pembayaran menggunakan Starbucks Gift Card?

Rangkaian kedai kopi yang popular ini diasaskan pada tahun 1971 di Seattle, Washington dan dijual kepada usahawan Howard Schultz pada awal tahun 1980an. Selepas pergi ke Itali atas urusan perniagaan, Howard ingin menerapkan budaya kopi yang dilihat di Milan kepada penduduk Amerika Syarikat. 40 tahun kemudian, kita lihat hasil perkembangan budaya kopi Starbucks di seluruh dunia dan cara mereka merevolusikan layanan pelanggan.

Bukan itu sahaja. Rahsia di sebalik perkembangan bisnes Starbucks ini juga terletak pada satu aspek yang selalu dilepas pandang – Starbucks Gift Card.

Tahukah anda bahawa pelanggan sebenarnya adalah “bank” kepada Starbucks? Mengapa?

Starbucks terkenal dengan layanan mesra pelanggan dan jenama kopi yang dianggap premium. Sudah tentu nama anda pernah ditulis di cawan kopi (mungkin dengan ejaan yang salah) dan anda pernah menikmati tengahari dengan sandar di sofa selesa Starbucks.

Budaya inilah yang ingin diterapkan oleh Howard Schultz untuk membuatkan pelanggan lebih setia dan kerap datang ke Starbucks. Jadi, untuk pelanggan setia, mereka tidak perlu lagi bayar menggunakan kad kredit/debit atau tunai tetapi dengan topup Starbucks Gift Card, pilihan pembayaran khas untuk rangkaian Starbucks.

Dalam laporan kewangan tahun 2018, Starbucks menyatakan bahawa mereka mempunyai lebih USD1.6 billion dalam stored value card liability iaitu jumlah topup pelanggan sama ada dalam kad fizikal (Starbucks Gift Card) atau digital di Starbucks Mobile App.

Jumlah topup pelanggan merangkumi sebanyak 6% daripada jumlah keseluruhan liabiliti mereka!

Pecahan liabiliti Starbucks dalam laporan kewangan 2018.

Ini bermakna mereka boleh menggunakan tunai yang diberikan oleh pelanggan untuk urusan perniagaan dan juga mengembangkan rangkaian. Berbeza dengan pinjaman bank atau bon syarikat (long-term debt), mereka tidak perlu membayar kadar faedah kepada pelanggan.

Asasnya, ini adalah hutang percuma daripada pelanggan.

Memandangkan Starbucks bukannya bank atau institusi kewangan, mereka tidak perlu meletakkan jumlah wang ini ke dalam kelas aset tertentu.

Contoh paling dekat adalah Paypal. Mereka juga menjana keuntungan melalui wang yang didepositkan pengguna. Memandangkan mereka didaftar sebagai institusi kewangan, mereka perlu meletakkan wang ini dalam pelaburan kelas aset risiko rendah seperti bon atau dalam akaun bank berasingan.

Mengapa? Pelanggan Paypal perlu membayar pelanggan mereka dalam bentuk US Dollar yang bermakna mereka diselia oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Namun, pelanggan Starbucks tidak boleh mengeluarkan wang mereka dalam bentuk US Dollar tetapi dalam bentuk kopi. Jadi, kerajaan Amerika Syarikat tidak boleh menyelia urusan liabiliti dan aliran tunai untuk syarikat Starbucks dengan ketat seperti Paypal.

“Breakage”: Sumber Keuntungan Penuh Starbucks

Wang tunai dalam Starbucks Gift Card tidak mempunyai tarikh luput dan tiada caj servis akan dikenakan. Namun, bagaimana pula dengan wang yang tidak dituntut buat masa yang lama? Contoh; jika kad anda hilang atau anda lupa kata kunci untuk aplikasi telefon.

Starbucks memastikan bahawa mereka akan menghormati hak pelanggan atas Starbucks Gift Card milik mereka. Tetapi apabila ada tempoh tidak aktif buat masa yang lama, nilai dalam Starbucks Gift Card akan dikira sebagai “breakage“.

Breakage: Pendapatan bersih hasil daripada wang atau aset tidak dituntut dan dikategorikan sebagai perolehan.

Pada tahun 2018, Starbucks melaporkan pendapatan daripada breakage sebanyak USD155.9 juta. Lebih kurang 10% daripada jumlah keseluruhan nilai Starbucks Gift Card!

Mereka mencatatkan peningkatan jumlah pendapatan breakage setiap tahun; USD104.6 juta (tahun 2017), USD60.5 juta (tahun 2016)

Kredit: TradingView

Kelebihan Strategi Starbucks Gift Card

Starbucks mempunyai lebih 32,000 kedai di 82 negara. Jenama Starbucks berjaya dikembangkan dan amat sinonim dengan kedai kopi yang mempunyai layanannya tersendiri. Di semua kedai ini, Starbucks Gift Card boleh digunakan untuk membuat pembayaran.

Jadi, apabila pelanggan yang menggunakan Starbucks Gift Card akan memperoleh layanan lebih istimewa. Selalunya, pelanggan akan menerima bintang apabila membuat pembelian melalui Starbucks Gift Card dan bintang ini boleh digunakan untuk menuntut kopi percuma. Pelanggan juga akan mendapat harga yang lebih murah daripada biasa.

Sedikit sebanyak, ia mengurangkan margin keuntungan setiap cawan kopi. Tetapi dengan jenama premium yang dibawa Starbucks, mereka mampu menjual kopi dengan harga yang lebih mahal berbanding pesaing. Pelanggan juga lebih setia.

Kelebihan Starbucks Gift Card kepada Starbucks boleh dirumuskan sebagai:

= Data pelanggan + Breakage + Pinjaman 0% kadar faedah + Tunai segera + Penjimatan kos pembayaran syarikat kad kredit – Ganjaran

Namun, dengan kadar margin keuntungan Starbucks yang tinggi iaitu sekitar 67% (2020), mereka mampu memberikan kelebihan Starbucks Gift Card yang menarik kepada pelanggan mereka.

Margin keuntungan Starbucks daripada tahun 2015 hingga 2020. Kredit: stock-analysis-on.net

Had Strategi Starbucks Gift Card

Masalah dalam penggunaan Starbucks Gift Card adalah nilai utiliti. Maksudnya, penggunaan ini hanya khas untuk pembelian kopi atau barangan di Starbucks.

Penggunaan kad ini terhad dan pelanggan hanya boleh menggunakan kad ini di rangkaian kedai kopi Starbucks.

Ia tidak boleh digunakan di Tesco, McDonalds, atau rangkaian beli-belah yang lain. Kerjasama dengan syarikat ini boleh dibuat untuk mengembangkan utiliti Starbucks Gift Card dan secara langsung, menarik lebih ramai pengguna.

Namun, breakage dan data pelanggan mungkin perlu dikongsi bersama syarikat lain. Jadi, mungkin kita tidak akan lihat perkara ini berlaku dalam masa terdekat.

 

Adakah anda salah satu pelanggan setia Starbucks?

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan bulanan pasaran domestik dan USA dalam Wahed Invest dan dapatkan percuma USD2.5.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya