SAVEPALESTINE ($PAL): Token Sumbangan Guna Teknologi Kripto

Token sumbangan terbaru daripada Malaysia, $PAL, adalah insiatif untuk memberi sumbangan kepada dana bantuan kemanusiaan Palestin dengan menggunakan teknologi kripto.

Ketahui dengan lebih lanjut apa itu PAL dan bagaimana token ini digunakan sebagai inisiatif baru menggunakan kripto untuk sumbangan rakyat Palestin.

Apa Itu Token SavePalestine, ataupun PAL?

PAL adalah token komuniti yang memberi ganjaran kepada pemegang dan pada masa yang sama, menyumbang ke arah bantuan kemanusiaan rakyat Palestin.

Dengan menggunakan teknologi kripto, urusan jual beli token ini dapat direkodkan secara telus dalam rangkaian blockchain.

Antara maklumat penting mengenai token ini:

  • Dibina oleh Radzi Tajudin, usahawan teknologi Malaysia bersama pasukan
  • Jumlah token sebanyak 1 quadrillion (1,000,000,000,000,000)
  • Nilai likuiditi dikunci jadi tiada rug-pull dapat dilakukan
  • 270 trillion token ini dikeluarkan daripada rangkaian (“token burned“)
  • Kontrak yang disahkan
  • 5% daripada token akan diberi kepada pemegang sedia ada
  • 5% lagi daripada token akan digunakan untuk menyediakan likuiditi

Jika anda sudah pun mempunyai akaun Binance dan matawang kripto seperti BTC/BNB atau lain-lain, anda boleh klik di sini untuk ketahui cara tukar matawang kripto menggunakan PancakeSwap.

Alamat kontrak:

0x569641e97cf794fedc6277b490337654bea58942

Harga satu token PAL sejak pelancaran sehingga 27 May 2021. Kredit: TradingView

Bagaimanakah Token Ini Dapat Menyumbang Untuk Rakyat Palestin?

Sumbangan akan dibuat berdasarkan nilai keseluruhan token. Kini, jumlah yang telah disalurkan kepada badan kebajikan berjumlah 22BNB (~RM32,000). Sasaran jumlah sumbangan adalah 300BNB (~RM440,000).

Nilai keseluruhan token kini di paras $250,000 (RM1.035 juta).

Apabila pemegang token semakin ramai dan lebih banyak permintaan terhadap token ini, harganya akan meningkat dan setiap sasaran harga akan disertai dengan sumbangan melalui dompet pembina token ini kepada badan kebajikan terpilih.

Sumbangan akan dibuat setelah nilai keseluruhan token mencecah nilai berikut (dalam US Dollar):

  • 100,000 – 2 BNB
  • 500,000 – 3 BNB
  • 1 juta – 5 BNB
  • 2 juta – 10 BNB
  • 5 juta – 15 BNB
  • 10 juta – 20 BNB
  • 15 juta – 25 BNB
  • 20 juta – 30 BNB
  • 50 juta – 50 BNB
  • 100 juta – 140 BNB

Soaljawab bersama Radzi Tajudin, Ketua Projek SavePalestine ($PAL)

Siapakah anda dan apakah latar belakang anda dalam ekosistem teknologi Malaysia?

Nama saya Radzi. Saya seorang usahawan digital. Sepanjang 5 tahun yang lepas, saya cuba memberi impak dalam industri hartanah di Malaysia melalui HiHome. Projek lain yang saya usahakan adalah bersama AirAsia Group Berhad di mana kumpulan kami cuba untuk mengurangkan penglibatan orang tengah dalam aspek pembekalan melalui teknologi.

Melalui penglibatan saya dalam teknologi digital, saya telah dipanggil oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir, untuk menyertai National Economic Action Council (NEAC).

NEAC adalah badan tertinggi untuk polisi ekonomi dan kepakaran saya merangkumi ekonomi digital. Ketika itu, teknologi blockchain sudah pun berada dalam perbincangan.

Radzi Tajudin (dua dari kanan) bersama wakil pemuda lain dalam National Economic Action Council. Kredit: wargabiz.com.my

Bolehkah anda berkongsi sedikit sebanyak mengapa anda melancarkan projek SAVEPALESTIN ($PAL)? Kenapa tidak lancar sahaja projek derma seperti biasa?

Kami sedar bahawa terdapat peluang dalam ekosistem kripto di mana tiada lagi projek berasaskan derma terhadap rakyat Palestin. Kami yakin bahawa dengan cara ini, inisiatif akan lebih bersifat global berbanding hanya di dalam negara Malaysia.

Adakah ini projek jangka masa panjang?

Ya, sudah tentu. Masalah rakyat Palestin tidak akan hilang begitu sahaja keesokkan hari. Isu ini sudah pun lama terjadi dan rakyat Palestin memerlukan pendidikan serta pembangunan yang berterusan.

Jadi, projek ini tidak akan hilang begitu sahaja dan kami mempunyai matlamat jangka masa panjang. Disebabkan itu jugalah saya memilih untuk mendedahkan diri saya sebagai ketua projek ini.

Terdapat kenyataan media telah dibuat berkenaan Aman Palestin terhadap PAL. Bolehkah anda huraikan isu ini?

Secara jujurnya, itu adalah kesilapan dari pihak SavePalestine. Kami sepatutnya meminta izin daripada mereka terlebih dahulu sebelum meletakkan logo dalam laman web kami. Kami telah pun memberi kenyataan rasmi dan meminta maaf.

Untuk makluman semua, kumpulan kami juga mempunyai hubungan yang baik dengan MyCareHQ dan kami akan beri kenyataan bersama nanti.

Kenyataan Aman Palestin mengenai palestine.finance yang telah mencetuskan pertanyaan tentang kredibiliti SavePalestine. Kredit: Berita Harian

Apakah langkah yang dibuat oleh SavePalestine untuk memastikan pentadbiran dan pengawalan lebih telus?

Pertama sekali, kami telah pun melepaskan hak dalam token PAL. Ini bermaksud kami tidak boleh membuat apa-apa perubahan terhadap kontrak pintar atau menambah kod licik (malicious).

Kedua pula, dompet pembina projek ini dari awalnya bertujuan untuk hal-hal sumbangan. Jadi, tiada dompet milik pembina projek telah menjual sebarang token milik mereka. Kami ingin membuktikan bahawa kami tidak menerima apa-apa untung daripada projek ini dan memberi keyakinan kepada komuniti SavePalestine.

Jadi, projek token PAL dipacu 100% oleh komuniti dan bukannya untuk mendapatkan keuntungan jangka masa pendek. Kumpulan SavePalestine percaya sepenuhnya bahawa projek ini hanya untuk tujuan kemanusiaan.

Data pemegang token (setakat 27/5/2021) di mana terdapat 2,176 dompet yang memiliki SavePalestine. 85% daripada jumlah keseluruhan token ini dimiliki oleh 100 dompet. Kredit: bscscan.com

Adakah kawalan daripada Suruhanjaya Sekuriti memberi isu kepada projek SavePalestine?

Kami sedar bahawa di Malaysia, terdapat kawalan dari segi penawaran token. Kami hormat dan faham akan pengawalan ini yang bertujuan untuk mengelakkan penipuan dan penyelewangan.

Namun, kami berpendapat bahawa isu Palestin tidak boleh dilengahkan. Kami telah menilai kebaikan serta keburukan untuk pelancaran token PAL dan kami percaya bahawa pelancaran PAL dengan segera membawa lebih banyak kebaikan.

Bolehkah anda kongsi bersama kami pelan pemasaran untuk PAL?

Terdapat 5 jenis pelan pemasaran yang kami telah rencanakan:

  • Membina komuniti
    • Kami ingin membentuk komuniti di Telegram ke negara lain terutamanya negara-negara Arab. Kami akan meletakkan sumber kewangan kami untuk strategi ini dalam beberapa hari akan datang.
  • Media
    • Kami telahpun menghubungi media tempatan dan antarabangsa untuk berkongsi visi menolong rakyat Palestin
  • Influencer
    • Buat masa sekarang, kami sedang berusaha untuk berhubung dengan influencer dari platform Twitter dan TikTok untuk bercakap mengenai projek SavePalestine. Usaha ini akan berterusan buat masa akan datang.
  • Pengiklanan
    • Kami sudah pun melabur untuk servis iklan di beberapa platform. Namun, cara ini hanya akan menarik lebih banyak perhatian apabila kami telah disenaraikan dalam laman CoinMarketCap dan CoinGecko yang masih dalam penilaian. Setelah kami disenaraikan dalam laman kripto ini, kami dapat meningkatkan usaha pemasaran untuk menarik lebih banyak pembeli/penderma.
  • Centralised Exchange (CEX)
    • Kami juga sedang meneroka penyenaraian melalui platform CEX. Ini akan menjadi sasaran utama untuk masa akan datang. Jadi, ikuti perkembangan kami.
Contoh pelan jangka masa panjang untuk projek SavePalestine. Kredit: palestine.finance

Komuniti Media Sosial SavePalestine

Telegram: SAVEPALESTINE ($PAL)

Twitter: @PalestineFin

Rumusan

SavePalestine, atau PAL, merupakan inisiatif yang cuba meneroka konsep kripto dalam aspek sumbangan kemanusiaan. Konsep ini sudahpun diterapkan oleh beberapa token kripto lain seperti smARTOFGIVING ($AOG), Pinkcoin ($PINK), dan Auxilium ($AUX). Setiap token ini mempunyai matlamat tersendiri.

Tetapi, PAL adalah token pertama yang cuba meneroka konsep token sumbangan dari sudut kemanusiaan rakyat Palestin. Mereka juga bakal menerapkan token ini dalam projek kripto seterusnya iaitu SALAM. Menurut pelan jangka masa panjang dalam laman web SavePalestine, mereka juga menyasarkan untuk membina platform kripto berpusat yang patuh shariah sekitar tahun 2024-2025.

Projek ini semestinya unik dan akan menjadi buah mulut perbincangan masa depan ekosistem kripto tambahan pula ia datang daripada pasukan Malaysia sendiri.

Untuk tutorial asas cara memiliki token ini, sila lihat video di bawah:

Apakah pendapat anda tentang token SavePalestine?

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto yang sah di Luno dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya