square inc., Pencetus Revolusi Perbankan Digital

Square adalah pelopor sistem cashless di Amerika Syarikat yang menawarkan peranti Point-of-Sale, aplikasi pemindahan wang dan servis pengurusan perniagaan. Tahukah anda bahawa saham Square telah naik sebanyak 429% hanya pada tahun 2020?

Kredit: TradingView

Square Inc. ($SQ) adalah syarikat teknologi pembayaran mudah alih, servis kewangan dan pengumpul servis peruncit yang diasaskan oleh Jack Dorsey, yang juga pengasas Twitter, bersama dengan jurutera komputer, Jim McKelvey pada tahun 2009. Kini, syarikat Square Inc. adalah salah satu syarikat teknologi kewangan (“FinTech“) terbesar di dunia dengan nilai sebanyak USD 115 billion.

Mengapa Square Inc. Wujud?

Inspirasi untuk Square datang melalui masalah yang dialami Jim McKelvey di mana beliau tidak dapat menjual produk kacanya yang berharga $2,000 kerana syarikatnya tidak menerima kad kredit. Jadi, beliau bersama-sama dengan Jack Dorsey tekad untuk menyelesaikan masalah ini yang turut melanda peniaga kecil dan sederhana di luar sana dengan Square. Sebelum ini, peniaga hanya mempunyai Paypal, Mastercard dan Visa sahaja sebagai pilihan untuk tujuan pembayaran tanpa tunai (cashless).

Produk Yang Ditawarkan

Produk pertama Square iaitu Square Reader, yang boleh disambung kepada telefon bimbit menggunakan headphone jack sahaja, adalah pencetus revolusi untuk sistem cashless bagi peniaga kecil dan sederhana ini. Dengan alat ini, mereka dapat menerima kad kredit atau debit dan secara langsung memudahkan pelanggan membuat pembayaran.

Kini, produk mereka telah berkembang kepada Square Stand (membolehkan peniaga mengubah iPad kepada sistem pembayaran), Square Capital (servis hutang perniagaan kepada bisnes), Square Payroll (sistem pembayaran gaji), CashApp (aplikasi pembayaran dalam talian) dan Caviar (servis penghantaran makanan dari restoran premium).

Prospek Masa Depan

Adakah Square masih mempunyai prospek sebagai pelaburan di masa hadapan?

Mungkin. Mengikut aktiviti yang dibuat pihak pengurusan Square beberapa tahun kebelakangan ini, mereka sangat positif terhadap perkembangan masa depan melangkaui servis pembayaran dengan pembelian syarikat startup di Amerika, Kanada dan Eropah.

Integrasi Ekosistem Penjual

Square menawarkan servis menyeluruh kepada penjual daripada sistem pembayaran antara pelanggan dan pembekal, sistem gaji hinggalah kepada pengurusan cukai untuk mengembangkan bisnes mereka. Ini bermaksud Square membina ekosistem sendiri sama seperti Apple dan Tesla untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan mereka.

Dengan pembelian Credit Karma Tax, mereka dapat mengekalkan pelanggan mereka dari golongan penjual dengan menawarkan servis pengurusan cukai yang diintegrasikan dalam sistem Square.

Selain itu, untuk kemudahan pelanggan dalam mendigitalisasikan servis mereka, Square membeli syarikat pembuatan laman web, Weebly, untuk mengukuhkan lagi tapak dalam ekosistem penjual. Dengan pembelian ini, mereka mampu menawarkan servis laman eCommerce menerusi satu haluan. Mereka juga dapat menawarkan lebih 600,000 pelanggan Weebly sedia ada dengan integrasi pembayaran Square.

Fokus terhadap AI

Banyak ruang yang boleh ditambah menggunakan terutamanya dengan penambahbaikan sistem komunikasi pelanggan, Dengan pembelian Eloquent Labs, sebuah syarikat startup, mereka ingin menggunakan elemen AI dalam penambahbaikan servis hubungan pelanggan mereka.

Selain itu, mereka juga membeli syarikat penyelidikan dalam teknologi deepfake, Dessa, untuk mengembangkan potensi machine learning dalam sistem Square.

Penawaran Servis di Eropah

Bukan senang untuk syarikat luar negara masuk ke pasaran Eropah tambahan pula dalam servis perbankan dan kewangan. Jadi, bagi memudahkan perjalanan mereka untuk menapak dalam sistem kewangan Eropah, Square menggunakan syarikat teknologi kewangan Sepanyol, Verse, bagi membolehkan mereka mengintai ke pasaran Eropah.

Selain akses kepada pengguna sedia ada, mereka dapat mengembangkan aplikasi mereka, CashApp, ke pasaran baru. Verse adalah menawarkan servis pembayaran dari pengguna ke pengguna sama seperti PayPal dan memandangkan perolehan tertinggi Square adalah dalam aplikasi CashApp, tidak hairanlah jika mereka ingin mengembangkan atau mengintegrasikan Verse kepada pengguna Eropah.

Penerimaan dan Pelaburan dalam Bitcoin

Pada tahun 2014, Jack Dorsey telah mengumumkan bahawa peniaga boleh mula menerima Bitcoin sebagai bayaran. Kemudian, pada tahun 2018, beliau mengumumkan bahawa Square akan menawarkan servis jual beli Bitcoin serta pemindahan Bitcoin melalui platform CashApp. Memandangkan CEO Square, Jack Dorsey, adalah antara orang terawal yang mempopularkan Bitcoin, tidak hairanlah jika beliau sanggup mengambil risiko untuk menawarkan servis ini.

Square juga mempunyai sekurang-kurangnya 5% daripada jumlah asetnya dalam bentuk Bitcoin. Pada suku kedua tahun 2020, Square telah membelanjakan USD 50 juta untuk Bitcoin. Bukan setakat itu sahaja. Pada suku keempat tahun yang sama, laporan kewangan menunjukkan bahawa Square telah membelanjakan USD 170 juta untuk pembelian Bitcoin sebagai aset.

Kami dari pihak Square Inc percaya bahawa mata wang kripto adalah instrumen untuk memperkasakan ekonomi dan memberi laluan untuk penglibatan dalam sistem kewangan global yang selari dengan misi syarikat kami“, kata jurucakap Square Inc dalam siaran media.

Jadi, ianya jelas bahawa Square meletakkan harapan besar terhadap penggunaan mata wang kripto pada masa depan. Secara langsung, jika Bitcoin digunakan secara meluas, ini akan menguntungkan Square dari segi aset mereka dan perolehan syarikat.

Rumusan

Bayangkan ekosistem yang dimiliki Apple tetapi untuk peniaga. Itulah visi yang dibayangkan oleh pengasasnya untuk Square. Dengan sistem yang lengkap dan menyeluruh, Square adalah peneraju proses pendigitalisasi perniagaan kecil dan sederhana di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia dan United Kingdom. Tak mustahil ia akan berkembang ke negara lain dan pada pendapat saya, halangan yang akan ditempuh Square Inc, adalah lebih berbentuk kawalan daripada pihak kerajaan.

Rujukan

Apa pendapat anda tentang potensi syarikat ini?

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya