Stoner Cats: Rancangan TV Dalam Bentuk NFT

Baru-baru ini, Orchard Farm Production telah melancarkan penjualan NFT untuk membiayai rancangan kartun bertemakan marijuana – “Stoner Cats“. Antara selebriti yang terlibat termasuk Ashton Kutcher, Mila Kunis, Chris Rock, Seth MacFarlane dan pengasas Ethereum, Vitalik Buterin.

Ketahui lebih lanjut tentang “Stoner Cats” dan bagaimana masa depan industri hiburan boleh berubah dengan NFT.

Untuk tahu lebih lanjut tentang apa itu NFT, klik di sini.

Apa Itu Stoner Cats?

Stoner Cats adalah siri rancangan animasi yang berkisarkan tentang lima kucing yang secara tiba-tiba mendapat “kesedaran” atau “consciousness“. Dengan kesedaran yang kucing-kucing ini perolehi, mereka dapati bahawa pemilik mereka, Miss Stoner, memerlukan pertolongan mereka dalam pelbagai jenis situasi merbahaya.

Antara selebriti terkenal yang akan terlibat dalam rancangan TV ini termasuklah:

  • Mila Kunis, pelakon
  • Ashton Kutcher, pelakon dan usahawan
  • Vitalik Buterin, pengasas Ethereum
  • Seth MacFarlance, penulis rancangan “Family Guy” dan pengarah filem
  • Chris Rock, pelakon komedi
  • Jane Fonda, pelakon dan aktivis
Selebriti terkenal yang terlibat dalam sumbang suara, “Stoner Cats”. Kredit: stonercats.com

Kenapa NFT?

Menurut laman web rasmi “Stoner Cats”, pihak kreatif menggunakan jalan NFT untuk membina konten yang lebih “berteraskan peminat”. Tambahan pula, dengan cara NFT, mereka dapat berhubung dengan peminat terus tanpa campur tangan pihak ketiga seperti studio, rangkaian TV.

Sebab utama jalan NFT digunakan adalah supaya pasukan kreatif dan pengurusan “Stoner Cats” dapat mengelakkan hal-hal birokrasi atau sebarang bentuk kawalan daripada eksekutif TV, rangkaian TV dan studio.

Selain itu, mereka juga dapat “lari” daripada sebarang bentuk sekatan atau tapisan daripada pihak kerajaan terhadap apa-apa konten rancangan ini. Lebih-lebih lagi apabila rancangan ini berkisarkan tentang penggunaan marijuana.

NFT Khas “Stoner Cats” Habis Terjual Dalam Masa 35 Minit

Penjualan NFT telah dibuat melalui laman web rasmi mereka di mana pembeli boleh mint dan dapatkan NFT unik dalam bentuk karakter kucing. Hanya 10,420 unit sahaja dibina untuk rancangan siri ini dan ditawarkan dengan harga 0.3 5 ETH (~RM3400) setiap unit.

Jumlah hasil kutipan daripada penjualan NFT ini adalah lebih RM35 juta dan akan digunakan untuk membiayai produksi rancangan “Stoner Cats”.

Namun, projek NFT ini juga mencetuskan kontroversi di mana sebanyak 344 ETH (~RM3.4 juta) hilang disebabkan oleh transaksi gagal. Blockchain Ethereum mengalami trafik yang tinggi dan menyebabkan gas fees menjadi mahal. Harga gas mencecah paras maksima sehingga 734 gwei! Ini menunjukkan kelemahan sistem blockchain Ethereum dalam menguruskan jumlah transaksi yang tinggi.

Stoner Cats yang mula dijual di pasaran kedua, Opensea.io. Adakah aset NFT ini akan bertambah nilainya di pasaran atau sekadar hype? Kredit: OpenSea

Rumusan

“Di Stoner Cats, kami percaya bahawa pencerita memerlukan platform untuk mereka dinilai dan disokong tanpa perlu tunduk kepada telunjuk gergasi media” – StonerCats.com

Konsep rancangan televisyen yang sepenuhnya dibiayai oleh pihak awam dalam bentuk NFT merupakan idea baru dan masih dalam fasa eksperimen. Aset digital NFT juga masih dalam era spekulatif.

Jadi, susah untuk meramal masa depan industri media atau hiburan dengan NFT. Mungkin juga studio kecil akan menggunakan konsep ini di masa depan untuk bersaing dengan studio besar seperti Disney, Netflix dan HBO.

Mungkin juga studio besar sendiri akan menggunakan konsep pembiayaan rancangan khas mereka menggunakan NFT. Apa-apa pun, hype NFT masih ada dan sedikit demi sedikit mencabar kedudukan syarikat media besar tersebut.

 

Adakah anda berminat untuk memiliki NFT? Pembelian boleh dibuat menggunakan Ethereum di platform seperti OpenSea, Nifty Gateway dan Rarible. 

Jika anda berminat dengan NFT dan belum memiliki Ethereum, anda boleh menggunakan platform seperti Luno atau Binance.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya