Tutorial Pindah Kripto Dari Akaun Binance Ke Luno/Dompet Blockchain

SC telah memberi amaran terhadap pelabur yang menggunakan Binance dan meningkatkan penguatkuasaan terhadap syarikat kripto terbesar di dunia ini.

Ketahui langkah yang anda boleh ambil untuk pindahkan Bitcoin/Ethereum anda dari Binance ke platform lain.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Sekuriti, atau Securities Commission (SC) telah mengambil langkah terhadap Binance Holdings Ltd kerana beroperasi sebagai Digital Asset Exchange (DAX) tanpa lesen yang sah di Malaysia.

“Suruhanjaya Sekuriti telah isukan sekatan terhadap Binance kerana beroperasi secara haram walaupun telah diletakkan dalam senarai amaran pelabur sejak bulan Julai 2020” – menurut kenyataan rasmi SC bertarikh 30 Julai 2021.

Menurut SC juga, pelabur diminta menghentikan semua aktiviti pelaburan dan urusan dengan DAX yang tidak berdaftar seperti Binance. Untuk sesiapa yang mempunyai akaun bersama Binance, anda diminta SC untuk mengeluarkan wang anda serta-merta dan berhenti menggunakan platform tersebut.

Jadi, jika anda mempunyai Bitcoin, Ethereum dalam akaun Binance, apakah cara terbaik untuk memindahkan semua aset anda ini kepada platform berdaftar atau lebih baik, menggunakan platform tidak berpusat (decentralised)?

Pindah Ke Luno, Synegy, Tokenize

Terdapat tiga platform Digital Asset Exchange (DAX) yang disahkan oleh SC di Malaysia. DAX ini merupakan custodian ataupun penjaga kepada aset kripto anda.

#1. Pindahkan aset kripto anda ke Binance Spot Account

Semak akaun di mana aset kripto anda diletakkan. Apabila anda lihat baki di Binance, anda akan lihat beberapa jenis akaun seperti P2P, Spot, Trade, Futures dan lain-lain. Pindahkan semua aset kripto anda kepada Spot Account dan melalui akaun ini, anda boleh pindahkan keluar kepada dompet/akaun lain.

#2. Dapatkan alamat platform yang anda ingin pindahkan

Jika anda gunakan Luno, anda perlu ke laman profil anda, kemudian ke “Security” dan klik “Enable Transaction”. Proses ini mungkin mengambil masa beberapa hari bekerja untuk pengesahan. Apabila telah disahkan, anda boleh klik “Receive” untuk jenis matawang kripto yang anda boleh terima.

Anda perlu copy alamat yang tertera atau scan QR code tersebut (akan diterangkan sebentar nanti).

Alamat anda akan mempunyai siri nombor dan abjad yang panjang contohnya seperti:

32D2e5bZceLHcgZzEWMMXtkkg87twG3mDc

#3. Klik “Withdraw” dan letakkan alamat

Kemudian, anda perlu ke laman Binance dan klik “Withdraw”.

Kemudian, paste alamat Luno untuk menerima Bitcoin yang diperolehi tadi.

#4. Pastikan rangkaian betul digunakan untuk jenis matawang kripto

Contohnya, apabila anda ingin memindahkan Bitcoin, anda perlu menggunakan rangkaian (Network) Bitcoin. Untuk Ethereum pula, anda perlu menggunakan rangkaian ERC-20. Selalunya, Binance akan meletakkan pilihan rangkaian yang betul secara automatik tetapi anda perlu semak kembali.

Nota penting: Jika anda tersilap meletakkan jenis rangkaian, transaksi yang dibuat akan dihantar kepada alamat yang tidak wujud. Aset anda akan hilang dan tidak dapat dituntut kembali.

 

#5. Pindahkan dan tunggu beberapa minit

Urusan perpindahan akan mengambil masa beberapa minit untuk disahkan dalam blockchain. Anda juga akan dikenakan caj yang agak mahal setiap kali transaksi bergantung kepada jumlah yang anda miliki.

Untuk lebih efisien dan murah, anda boleh gunakan rangkaian lain seperti BEP-2 dan BEP-20 iaitu rangkaian khas yang dibina oleh Binance. Ketahui lebih lanjut di bawah.

Pindah Ke Dompet Blockchain (e.g Metamask, Trust Wallet, Binance Chain Wallet)

Cara ini adalah cara decentralization yang bermakna anda menjadi bank anda sendiri. Ini bermakna anda mengawal dompet anda sendiri dan bertanggungjawab atas segala aspek termasuk keselamatan.

#1. Pilih jenis dompet yang ingin digunakan

Terdapat pelbagai jenis dompet blockchain sama ada “Cold” atau “Hot”. Di sini, kami akan terangkan tentang penggunaan dompet “hot” iaitu Binance Chain Wallet, Metamask atau Trust Wallet.

Jika anda lebih kerap menggunakan PC/Desktop, anda disarankan menggunakan dompet Binance Chain Wallet atau/dan Metamask.

Jika anda inginkan penggunaan penuh dalam telefon bimbit, anda boleh gunakan dompet seperti Metamask atau/dan Trust Wallet.

Pilihan anda bergantung kepada bagaimana anda ingin menguruskan aset kripto anda.

#2. Muat turun aplikasi berkaitan

Berikut adalah link untuk muat turun dompet yang ingin digunakan:

Metamask: Dompet yang versatil dan paling kerap digunakan dalam komuniti kripto.

Trust Wallet: Dompet dibina oleh Binance dan mesra untuk digunakan dengan telefon bimbit

Binance Chain Wallet Chrome Extension: Boleh digunakan dalam PC/Desktop ataupun browser khas (e.g Kiwi browser) di telefon bimbit

#3. Catat Seed Phrase di kertas dan simpan di tempat selamat

Anda tidak perlu meletakkan emel, nombor telefon atau maklumat peribadi untuk akses dompet anda. Anda hanya perlu letakkan kata laluan dan anda akan menerima seed phrase untuk tujuan akses dompet anda. Anda boleh gunakan seed phrase ini untuk akses dompet anda menggunakan peranti lain seperti telefon bimbit, iPad, komputer.

Contoh seed phrase. Jumlah perkataan merangkumi 12 hingga 24 patah perkataan dan boleh digunakan sebagai akses dompet anda dari mana-mana sahaja.

Seed phrase atau private key ini perlu disimpan dengan selamat. Elakkan disimpan dalam bentuk digital kerana jika komputer/telefon anda digodam, seed phrase dapat digunakan untuk akses dompet anda dari mana-mana sahaja di dunia.

#4. Copy alamat dompet anda

Selepas anda daftar dompet anda, alamat dompet anda akan tercipta khas untuk jenis rangkaian yang anda miliki. Sebagai contoh, jika anda ingin hantar Bitcoin kepada Binance Chain Wallet, anda boleh gunakan rangkaian BEP-2 atau BEP-20 untuk menerima Binance-Pegged Bitcoin dalam dompet anda.

Alamat dompet blockchain anda akan bermula dengan 0x dan dituruti dengan nombor, abjad rawak. Contohnya seperti:

0xA355ebAed6899E8a9021335dE969D0C16C60b079

#5. Klik “Withdraw” dan letakkan alamat

Di laman Binance, anda perlu klik “Withdraw” dan paste alamat dompet anda di bahagian penerima.

#6. Pastikan rangkaian betul digunakan untuk jenis matawang kripto

Sebagai contoh, untuk Binance Chain Wallet, anda boleh terima Bitcoin dalam bentuk Binance-Pegged Bitcoin atau BTCB. Caj yang dikenakan lebih murah daripada menggunakan rangkaian Bitcoin dan anda masih boleh memiliki Bitcoin.

Namun, pastikan anda menggunakan rangkaian yang betul apabila ingin memindahkan aset kripto anda. Untuk Ethereum, gunakan ERC-20 atau jika anda ingin memiliki Binance-Pegged Ethereum atau ETHB, anda boleh gunakan rangkaian BEP-20. Cara ini lebih murah tetapi anda tidak dapat menghubungkan Ethereum anda dengan platform Ethereum lain.

Nota penting: Jika anda gunakan Metmask, anda perlu tambah rangkaian Binance Smart Chain secara manual untuk memindahkan mana-mana aset kripto dalam BEP-2/BEP-20. Gunakan Chainlist.org untuk tambah rangkaian secara manual dalam dompet anda.

#7. Pindahkan dan tunggu beberapa minit

Urusan perpindahan akan mengambil masa beberapa minit untuk disahkan dalam blockchain. Anda boleh semak transaksi yang dilakukan dalam blockchain explorer. Klik link yang disertakan dalam rekod pemindahan untuk lihat status pemindahan.

Rumusan

SC telah mengetatkan penguatkuasaan terhadap aset kripto terutamanya syarikat yang tidak berdaftar untuk beroperasi dalam Malaysia. Binance, Huobi, Crypto.com dan syarikat lain mempunyai cabaran yang besar untuk menembusi pasaran kewangan Malaysia.

Cara terbaik untuk memiliki kripto di Malaysia semestinya adalah dengan menggunakan platform berdaftar dengan SC. Untuk pelabur yang ingin tahu lebih lanjut, anda boleh meneroka ekosistem kripto yang sebenar dengan menggunakan platform tidak berpusat. Sistem kewangan tidak berpusat adalah idea/filosofi sebenar dalam komuniti ini.

Kelebihan menggunakan ekosistem kripto tidak berpusat adalah:

 

Apakah pendapat anda tentang keputusan Suruhanjaya Sekuriti untuk mengharamkan aktiviti dan operasi Binance di Malaysia?

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya