Tutorial Tukar Matawang Kripto Menggunakan PancakeSwap

PancakeSwap adalah platform tidak berpusat (“decentralised“) yang menawarkan perkhidmatan berasaskan rangkaian Binance Smart Chain (BSC). Melalui PancakeSwap, anda boleh tukar matawang kripto kepada matawang yang tidak disenaraikan dalam Binance atau Luno.

Apakah sebenarnya PancakeSwap, BSC dan bagaimanakah cara anda boleh memperoleh akses kepada matawang kripto lain menggunakan matawang kripto yang anda ada?

PancakeSwap dilancarkan oleh Binance, platform penukaran matawang kripto terbesar di dunia sebagai inisiatif untuk memajukan infrastruktur decentralised finance (DeFI). PancakeSwap adalah antara platform decentralised exchange (DEX) paling popular di dunia dengan jumlah pertukaran harian mencecah RM5.6 billion. Ia dibina berdasarkan konsep Binance Smart Chain (BSC) di mana pengguna boleh menukar token BEP-20. Contoh; token terkenal yang menggunakan protokol BEP-20 adalah BNB.

Ketahui dengan lebih lanjut tutorial menggunakan PancakeSwap di bawah.

Tutorial Tukar Matawang Kripto Menggunakan PancakeSwap

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang cara untuk menukar BNB atau Bitcoin anda kepada matawang lain tanpa melalui platform berpusat seperti Binance dan Luno.

Gunakan komputer untuk memudahkan urusan anda kerana aplikasi dompet BSC tidak disediakan untuk telefon bimbit.

#1: Muat Turun Dompet Binance Chain Wallet

Nota: Sebelum anda memuat turun dompet ini, pastikan anda mempunyai akaun bersama Binance terlebih dahulu. Anda boleh menerima, menghantar dan menghubungkan dompet ini dengan laman web yang menyokong rangkaian token BEP20.

Klik link di sini untuk muat turun aplikasi melalui Google Play Store. Anda juga boleh gunakan dompet lain yang menyokong penyimpanan BNB seperti Trust Wallet. Dompet dengan rangkaian BSC berbeza dengan dompet yang digunakan untuk menyimpan Ethereum dan rangkaiannya seperti MetaMask.

Setkan aplikasi ini sebagai extension dalam browser Google Chrome anda. Jika tidak muncul di bahagian atas kanan browser anda, klik “Manage Extension” dan letakkan Binance Chain Wallet di laman depan extension. Pastikan anda muat turun extension yang tepat daripada Binance.

#2: Anda Perlu Memindahkan Matawang Anda Dari Platform Lain Ke Alamat Dompet Binance Chain

Anda masih tidak dapat menggunakan matawang kripto anda jika ia terletakk di dalam platform lain seperti Binance atau Luno. Untuk memindahkan aset anda kepada dompet baru ini, anda perlu mendapatkan maklumat alamat dompet anda terlebih dahulu.

Klik “Receive”.
Klik “Address or QR Code”.

Kini, anda boleh menggunakan alamat ini untuk menerima Bitcoin, BNB atau matawang yang berasaskan protokol BEP-20. Copy dan paste dalam platform yang anda guna apabila anda membuat pilihan untuk mengeluarkan matawang anda. Di Luno, guna pilihan “Send” manakalah untuk Binance atau platform lain, anda boleh gunakan pilihan “Withdraw“.

#3: Anda Perlu Memiliki BNB Sebelum Anda Boleh Menggunakan PancakeSwap

Binance Chain Wallet yang anda baru muat turun ini akan menggunakan BNB sebagai bayaran caj seperti staking, penukaran matawang dan penghantaran keluar daripada dompet. Jadi, anda perlu mempunyai BNB mencukupi yang sesuai dengan tujuan anda.

Jika anda ingin menukar matawang kripto anda, caj yang dikenakan bergantung kepada jumlah. PancakeSwap mempunyai kadar yang jauh lebih rendah berbanding rangkaian Ethereum kerana ia mengutamakan token BEP-20.

#4: Pergi ke Laman Utama PancakeSwap

Kemudian, pergi ke laman utama PancakeSwap. Contoh seperti berikut:

Klik “Connect” untuk menghubungkan dompet Binance Chain anda dengan PancakeSwap. Kemudian, klik “Trade” dan pilih “Exchange”.

#5: Swap dan Sahkan Pertukaran

Selepas anda pergi ke “Exchange”, pastikan anda di laman “Swap” seperti gambar di bawah. Kemudian, anda boleh pilih apa matawang yang anda hendaki. Contoh di bawah adalah untuk menukar BNB kepada Bitcoin ($BTCB).

Kemudian, anda perlu klik “Confirm” dan dalam masa kurang daripada 1 minit, transaksi ini akan dibuat bergantung kepada jenis matawang kripto yang anda inginkan. Jika ianya mempunyai jumlah harian yang kecil, mungkin anda perlu mengubah mod pertukaran dengan contoh di bawah.

Maklumat mengenai caj, jumlah yang akan diterima serta impak terhadap harga pasaran akan dipaparkan sebelum anda sahkan pertukaran.

 

Untuk transaksi yang lebih cepat, anda boleh mengubah “Slippage Tolerance” sedikit demi sedikit kepada angka yang lebih tinggi. Kadar yang dicadangkan adalah 1% hingga 12% bergantung kepada populariti dan jumlah pertukaran harian matawang kripto tersebut.

#6: Semak Dompet Binance Chain Anda

Anda akan menerima mesej bahawa anda telah berjaya menukarkan matawang kripto ini. Semak di Binance Chain untuk memastikan anda menerimanya. Kadang-kala ini akan mengambil masa beberapa minit.

Tahniah! Itu sahaja langkah untuk menukarkan matawang kripto anda tanpa melalui platform berpusat seperti Binance atau Luno. PancakeSwap semakin popular di kalangan pengguna matawang kripto kerana kelebihannya tersendiri. Anda juga dapat membeli matawang atau token yang tidak disenaraikan di platform ini.

Rumusan

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan platform PancakeSwap berbanding Binance atau Luno. Antaranya seperti:

  • Jumlah yang kecil: Tiada jumlah minima untuk menukar matawang kripto anda tetapi jumlah BNB perlu mampu untuk membayar caj liquidity.
  • Kos yang lebih murah: Berbanding dengan platform pertukaran berpusat, PancakeSwap mempunyai caj yang jauh lebih murah berbanding rangkaian Ethereum. Anda juga dapat memperoleh kadar pasaran terkini.
  • Akses kepada token terbaru di pasaran: Anda dapat memperoleh akses terhadap projek terbaru yang menggunakan protokol BEP-20. Sebagai contoh, baru-baru ini, usahawan tech Malaysia, Radzi Tajudin, melancarkan token SavePalestine ($PAL) dalam langkah untuk mengutip derma  untuk rakyat Palestin melalui projek kripto. Token ini boleh diperolehi melalui platform PancakeSwap.

PancakeSwap adalah pembaharuan dalam infrastruktur kripto dan membolehkan projek atau token lain berkembang tanpa melibatkan platform pertukaran berpusat. Namun, perkembangan teknologi juga bermakna terdapat lambakan matawang/token yang bersifat spekulasi seperti Shiba Inu, Moonswap dan lain-lain.

Pastikan anda arif akan selok-belok industri matawang kripto dan hanya meletakkan wang yang anda sanggup untuk rugi. Walaupun industri kripto semakin popular, terdapat banyak penipuan seperti skim pump-and-dump dalam token baru ini.

Adakah anda lebih faham akan cara guna platform PancakeSwap? 

Klik di sini untuk mula dengan pelaburan matawang kripto yang sah di Luno dan dapatkan Bitcoin percuma bernilai RM25.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya