Tweet Pertama Di Dunia Berharga RM11.93 Juta

Bos Twitter, Jack Dorsey, telah berjaya menjual tweet pertama di dunia dengan harga 1630.5825601 ETH bersamaan dengan RM11.3 juta kepada seorang usahawan blockchain Malaysia, Sina Estavi.

Twit pertama media sosial Twitter yang dipos oleh Jack Dorsey. Kredit: Twitter.com

CEO Twitter Inc dan Square Inc, Jack Dorsey, telah menjual ciapan pertama media sosial Twitter melalui platform Valuables. Tweet tersebut merupakan salah satu pembelian menggunakan teknologi NFT yang baru-baru ini mendapat perhatian dunia dengan penglibatan daripada Elon Musk dan artis seperti Beeple, Grimes, Kings of Leon.

Apa Itu NFT?

NFT adalah cara pengesahan menggunakan teknologi blockchain yang membantu pembeli mempunyai “hak” unik terhadap aset digital.

NFT tersebut dijual pada 21 Mac 2021 dan merupakan detik bersejarah di mana NFT digunakan untuk urusan jual beli “aset” media sosial. Platform jual beli seperti Opensea, Raribles dan Nifty Gateway adalah contoh popular di mana anda boleh jual dan beli karya anda secara digital menggunakan teknologi NFT ini.

Pembeli Twit Pertama Ialah Sina Estavi, CEO Syarikat Blockchain Malaysia

Tweet berikut bertarikh Mac 2006 bertulis “just setting up my twttr” dan berusia 15 tahun dijual kepada Sina Estavi (@sinaestavi), CEO Bridge Oracle yang berpangkalan di Malaysia.

Jack Dorsey berkata beliau akan menukar hasil jualan ini dalam bentuk Bitcoin dan akan disalurkan kepada GiveDirectly’s Africa Response di mana hasil ini akan digunakan untuk membantu rakyat Afrika yang terkesan akibat COVID-19.

Tweet Jack Dorsey itu pernah mendapat perhatian apabila CEO Tron, Justin Sun, menawarkan sebanyak USD500,000 untuk membeli tweet tersebut.

Akhirnya, ia berjaya dibeli oleh Sina Estavi dengan harga tawaran tertinggi melalui lelongan dalam platform Valuables.

CEO Cent, yang memiliki platform Valuables berkata:

Aset sebegini mungkin akan bertambah nilai atau mungkin juga turun. Namun, apa yang akan kekal adalah pengesahan bahawa “pada hari tertentu, pembelian telah dibuat” dan ini akan kekal di dalam memori pembeli, penjual dan pihak awam. Ini yang membuatkan detik ini berharga” – Cameron Hejazi

Adakah anda berminat untuk memiliki NFT? Pembelian boleh dibuat menggunakan Ethereum di platform seperti OpenSea, Nifty Gateway dan Rarible

Jika anda berminat dengan NFT dan belum memiliki Ethereum, anda boleh menggunakan platform seperti Luno atau Binance.

LaburWatch merupakan media kripto khas yang dibina untuk anda. Bantu kami sediakan lebih banyak konten untuk anda dengan derma ke alamat yang tertera di bawah.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

LaburWatch exists with the community and for the community. Help us reach out to more audiences and produce more content by donating to our crypto address below.

Ethereum/BSC/Polygon Network:
0xfFe09B19cF2AeB10d3975570d21b5A86e6e0a1e3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Bacaan Seterusnya